CANTIK

Selamatkan Wajah Anda

Bebas sumber Haiwan Terbaru Daripada ARTISTRY™

Berfungsi sebagai sup lemen kulit wajah, rangkaian baharu ARTISTRY SKIN NUTRITION™ ini memberi lima keperluan nutrisi utama untuk kulit wajah.

Berpengalaman 145 tahun dalam industri kecantikan kulit wajah, ARTISTRY™ kini membariskan sebuah rangkaian produk kesihatan wajah yang mengetengahkan

formula berasaskan tumbuhan di bawah satu bumbung iaitu ARTISTRY SKIN NUTRITION™.

Dikuasakan formula saintifik dan phytonutrient berasaskan tumbuhan semula jadi, setiap produk mengandungi bahan utama daripada Nutrilite™ iaitu peneraju vitamin dan suplemen makanan berasaskan tumbuhan yang selamat dan berkesan. Ini termasuk ramuan unik Biji Chia Putih yang diekstrak 100% daripada benih asal terus ke kulit wajah tanpa kompromi.

“Sebagai sebuah syarikat Kesihatan dan Kesejahteraan, Amway percaya pada kekuatan penyelesaian pemakanan dan kesihatan yang holistik. Sama seperti tubuh, kulit juga memerlukan nutrisi agar kelihatan sihat. Dengan menyematkannya di minda, kami mewujudkan satu penumpuan yang tiada seumpamanya. Setiap produk dalam rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION™️ mengandungi bahan-bahan dari Nutrilite™️, peneraju vitamin dan suplemen diet berasaskan tumbuhan di dunia, yang boleh dijejaki dari biji benih ke kulit bagi memastikan ia tulen, selamat dan berkesan. Setiap produk bertindak seperti suplemen untuk kulit, menawarkan penyelesaian untuk setiap keperluan individu dan

jurang pemakanan kulit,” kata Mike Duong, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei.

Produk ARTISTRY™ mewakili kepakaran lebih daripada 85 tahun dalam bidang nutrisi dan kesihatan dengan kepakaran lebih daripada 60 tahun dalam bidang kecantikan dan sains kulit sekali gus mewujudkan pusat bagi kecantikan serba boleh jika dibandingkan dengan jenama kecantikan yang lain.

ARTISTRY SKIN NUTRITION™ bertindak sebagai suplemen kulit. Saintis ARTISTRY™ turut membuktikan kulit tampak lebih sihat apabila 5 keperluan nutrisi utama dipenuhi iaitu membersihkan, menyeimbangkan, membina semula, melembabkan dan melindungi. ARTISTRY™ juga menghasilkan regimen lengkap harian iaitu pencuci, toner wajah dan krim pelembap muka multifungsi untuk semua peringkat umur. Lapisan kulit muka dibaiki, nutrien kulit diserap dan hasilnya kulit wajah dilindungi dari dalam terus ke luar seterusnya mempertingkatkan fungsi perintang kulit.

“Dengan keadaan cuaca lembap di Malaysia, kulit kita lebih terdedah terhadap dengan toksin dan pencemaran dari persekitaran sekeliling. Ia menjadikan kulit mudah berjerawat, berminyak dan pelbagai masalah kulit yang lain. Rangkaian produk kecantikan ARTISTRY SKIN NUTRITION™ bukan sahaja memberi solusi secara menyeluruh bahkan ia turut memenuhi keperluan individu dengan menyediakan rejimen kecantikan peribadi mengikut jenis kulit. Melalui produk ARTISTRY™, kecantikan tidak boleh dikompromi atau diletakkan sebagai pilihan,” kata Joanne Chong, Ketua Komunikasi dan Pemasaran Amway Malaysia. 

Tambahnya, setiap produk perlu memenuhi garis panduan ketat dan

sudah tentu ianya berdaftar di bawah Vegan Society. Label ARTISTRY™ juga berterusan menyokong formula sains semula jadi yang memberi fokus terhadap prestasi terunggul.

Phytonutrient menjadi tunjang utama formula ARTISTRY™. Bahkan ia juga adalah cara terbaik untuk menghasilkan produk kecantikan yang berkesan. ARTISTRY™ berterusan menggunakan sumber asli tersebut sehabis boleh bagi menghasilkan ramuan istimewa berasaskan tumbuhan.

Diasaskan oleh Dr Carl Rehnborg pada 1934, Nutrilite antara salah satu pengusaha terawal yang menggunakan phytonutrient dalam setiap produknya. Kini, Nutrilite menduduki tempat teratas di dunia yang menjual vitamin dan makanan tambahan dan paling menarik, jenama tersohor ini juga satu-satunya syarikat yang mempunyai ladang organik bagi menbangunkan tanaman, penuaian serta pemprosesan sendiri.

Rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION™ menawarkan keberkesanan untuk pelbagai jenis kulit.

Related posts

SK-11 Returns With A Groundbreaking Animated Anthology Series – the ‘VS’ Series

admin

Kulit Cerah Berseri Dengan Nutox Renewing Treatment

adminwm

Herborist Focus on Rebalancing, Rehydrating, Rejuvenating, Brightening and Firming The Skin

admin

Leave a Comment