Perspektif kecantikan terkini sentiasa dilihat melalui hasil sentuhan filter, suntingan dan kesan visual dalam pelbagai aplikasi mudah alih. Kita sering menggunakan media sosial dan teknologi untuk menutup kecelaan, pori-pori dan mencerahkan kulit wajah. Nanowhite ingin mengubah perspektif kecantikan dengan kempen ‘No Filter, Just Clear Glowing Skin’ (Tiada Penapis Foto, Hanya Kulit Cerah Berseri), yang diilhamkan untuk wanita Malaysia memiliki kulit sihat dengan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.
Bersama Sweet Qismina iaitu duta Nanowhite, tampil dengan kulit wajahnya yang sihat dan cantik berseri menyerlahkan lagi keyakinannya apabila berdepan dengan kamera dan para peminat. “Rahsia saya sekian lama memiliki kulit wajah cerah berseri ialah Nanowhite Spot Correction Advanced Serum,” Sweet Qismina mendedahkan rahsianya di majlis beramah mesra dengan peminatnya baru-baru ini, di mana dia mempersembahkan lagu hit single pertamanya, ‘Namo’. “Saya memang menggunakan Nanowhite Spot Correction Advance Serum sebagai base penjagaan kulit saya. Kini kulit saya tampak dan kelihatan lebih sihat dan benar-benar berseri tanpa perlu menggunakan penapis foto. Saya rasa lebih yakin untuk tampil menunjukkan diri saya yang sebenarnya.”
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum dirumus dengan Niacinamide yang berkesan mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat sambil menambah baik tekstur kulit, dan Arbutin, yang membantu kulit yang kusam untuk menjadikan wajah lebih Berseri. Jasper Lim, Pengarah Eksekutif di Tohtonku, menjelaskan, “Selama lebih satu dekad, kami telah menawarkan produk inovatif dan berkualiti yang menyeluruh untuk membantu pengguna kami memililki kulit cerah dan cantik berseri. Kecantikan adalah subjektif, dan Nanowhite ingin mengetengahkan kecantikan kami bermula dari dalam.
Dengan kempen ini,kami ingin membantu lebih ramai Wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan berseri secara semula jadi, tanpa memerlukan filter.”
Menurut beliau lagi, “Tekstur Nanowhite Spot Correction Advanced Serum sangat ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian. Serum ini membantu untuk mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat dengan pantas dan membolehkan anda memiliki kulit yang cerah dan bersih berseri dalam masa hanya 4 hari.”
Dengan teknologi pengkapsulan nano, serum ini 10 kali lebih berkesan menembusi kulit, membolehkan bahan aktif diserap dengan lebih mudah oleh lapisan kulit yang jauh lebih dalam. Serum ini juga mengandungi 400 kali lebih banyak kompleks pencerahan berbanding vitamin C untuk kecantikan tanpa ilter.“Terima kasih kepada Sweet Qismina kerana sudi menyertai kami sebagai duta Nanowhite. Kulit wajahnya yang tanpa cela dan cantik berseri sesungguhnya membuktikan keberkesanan Spot Correction Advanced Serum. Kami ingin berkongsi rahsia ini agar anda juga boleh rasa yakin dengan kulit anda. Kerana, keyakinan dan kecantikan kulit yang sempurna pasti terpancar dalam swafoto anda!” jelas Jasper.
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum kini boleh didapati di Guardian dan Watson di seluruh negara dan melalui talian di Shopee dan Lazada. Katakan tidak kepada filter dan ‘Ya’ kepada kulit cerah dan berseri!