AGAMA

“Kami dah kahwin. Tak kan tak boleh nak peluk cium? Halal dah kot.”

“Bukan tidak boleh. Tetapi…”

Ustaz Bakhtiar Fitri menerusi laman Twitternya berkongsi tentang pasangan yang sudah berkahwin tetapi berpeluk cium (menayangkan kemesraan) di tempat awam.

Berikut pendapat Ustaz Bakhtiar tentang permasalahan ini;

Jom baca thread ini tentang batasan hubungan suami isteri di hadapan khalayak ramai menurut pandangan Islam. Thread ini bukan untuk mengecam sesiapa tetapi sekadar berkongsi ilmu.

Kata Ustaz Bakhtiar, “Islam sangat menggalakkan amalan yang boleh menyuburkan perasaan kasih dan sayang suami isteri.

“Daripada Ibnu Abbas r.a; Nabi SAW bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian kepada isteriku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9822″][thb_gap height=”40″]

Namun, amalan kasih sayang ini mesti menurut batasan yang ditetapkan agama. Maknanya tidak semua hubungan ‘intim’ perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Kerana itu, perintah kasih sayang suami isteri perlu dilaksanakan dengan rasa malu supaya tidak menjadi tontonan umum.”

Tambah Ustaz Bakhtiar, 

“Sabda Nabi SAW:

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

Maksudnya, “Iman itu ada 70 lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang daripada iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)

Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah, “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya daripada kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9823″][thb_gap height=”40″]

Ustaz Bakhtiar turut berkongsi komen oleh Mufti Wilayah Dr. Zulkifli Mohd Albakri, yang antara lain menyebut;

“Suami isteri perlu insaf, perlakuan intim keterlaluan seperti mencium bibir, berpelukan yang mengghairahkan, bergambar dalam keadaan berbaring dan sebagainya terutama gambar perkahwinan telah menjatuhkan maruah suami isteri yang sepatutnya cukup sekadar menjadi rahsia suami isteri. Lebih menakutkan dan menjadi dosa, jika gambar intim yang keterlaluan menyebabkan lelaki perempuan yang belum berkahwin terangsang untuk melakukan sedemikian. Walaupun lelaki dan perempuan tersebut telah bertunang, tetap haram berbincang hal-hal yg membawa kepada yang haram. Maka, jauhi sama sekali mempamerkan hubungan suami isteri yang keterlaluan. Cukuplah berkongsi amalan suami isteri yang baik yang dibenarkan oleh agama.”

Moga bermanfaat. Wallahua’lam.

 

Sumber: Twitter https://twitter.com/bakhtiarfitri
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Istidraj – Kamu Sedang Diuji

admin

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

adminwm

Minta Cerai Tanpa Alasan – Haram Bau Surga

admin

Leave a Comment