Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

Habbatussauda (Jawi: الحبة السوداء,[2] nama ilmiah: Nigella sativa) ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan atau biru ceraka dengan lima hingga 10 kelopak.

Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Biji habbatussauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.

Habbatussauda digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia Barat dan juga masakan Poland. Habbatussauda mempunyai rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano dalam satu. Ia mempunyai rasa dan bau yang kuat terutama sekali apabila digigit. Di Palestin, ia ditumbuk untuk membuat pes qizhat. Ia boleh digunakan untuk masakan kari, sayur, kekacang dengan memanaskannya dalam kuali. Habbatussauda juga boleh digunakan sebagai rempah dalam resipi yang menggunakan lenggai, sayuran, selada dan ayam. Di sesetengah tempat, ia digunakan untuk menyedapkan roti dan digunakan dalam campuran rempah pancaporon (campuran lima rempah) atau dengan sendirinya dalam masakan Bangla seperti naan. Habbatussauda juga digunakan dalam keju tali Armenia, sejenis keju yang ditarik berulang kali sehingga halus lalu ditocangkan bernama majduleh atau majduli di Asia Barat.

Sejarah

Kajian arkeologi tidak ketahui bila penanaman N. sativa bermula, namun bijinya ada dijumpai di beberapa tapak galian Mesir purba seperti makam Tutankhamun. Bijinya dijumpai dalam balang orang Het di Turki dari alaf ke-2 SM.

N. sativa mungkin pernah digunakan sebagai penambah rasa di Dunia Lama dalam makanan. Seorang ahli pakar perubatan Parsi bernama Ibnu Sina dalam Kanun Perubatannya menyarankan N. sativa sebagai rawatan untuk dispnea (sesak nafas).[8] Ia juga pernah digunakan di Asia Barat sebagai ubat.

Kimia

Minyak habbatussauda mengandungi asid linoleik, asid folik, asid palmitik, trans anetol dan perawis kecil lain.[3] Sebatian aromatik termasuk lah timokuinona, dwi hidroquinona, p-simena, karvakrol, α-tujena, timol, α-pinena, β-pinena dan trans anetol. Minyak merangkumi 32% hingga 40% daripada keseluruhan kandungan biji N. sativa. Biji habbatussauda juga mengandung timokuinon.[10]

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON