CANTIK

Siri Pucelle Audacity Eau De Parfum

Berani, berkelas dan anggun – ciri-ciri wanita muda moden yang memberi inspirasi kepada penciptaan Siri PUCELLE Audacity Eau De Parfum (EDP) yang baharu.

Siri PUCELLE Audacity melambangkan kewanitaan dan pada masa yang sama menunjukkan keberanian dan kebebasan, daripada aromanya yang diformulasi khas dengan gabungan buah-buahan, bunga-bungaan, kayu kayan, kasturi, dan aroma hijau-hijauan.

Reka bentuk pembungkusannya menggambarkan inti pati Audacity dengan reka bentuk botol kaca yang moden dan anggun serta didatangi dengan penutup hitam berkilat. Setiap varian dikenali melalui pilihan berdasarkan warna pastel di bahagian depan botol, yang menggambarkan ciri kewanitaan dalam reka bentuknya.

Siri wangian PUCELLE Audacity ini didatangi dalam tiga aroma unik, iaitu Glimmery, Ascendant, dan Valorous – Siri Audacity ini direka unik untuk menggambarkan wanita muda supaya menangani cabaran yang dihadapinya sepanjang hari. Setiap aroma dicipta untuk dipadankan dengan ciri-ciri yang berbeza dan kepribadian wanita muda yang bebas serta berani dalam mengejar impiannya.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Glimmery (RM19.90 / 50ml)

Dengan gabungan nota bunga-bungaan, buah-buahan, kasturi dan hijau yang mewah, Glimmery adalah formula kompleks yang segar dan memberi semangat kepada si pemakai. Aroma ini sangat sesuai untuk wanita yang berani dan mempunyai impian. Hanya dengan beberapa semburan, wangian ini akan meninggalkan aroma segar yang tersendiri kepada si pemakai.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Ascendant (RM19.90 / 50ml)

Ascendant adalah nota campuran bunga-bungaan, buah-buahan, kasturi dan nota hijau. Wangian ini merupakan formula kompleks yang sesuai dengan aura seorang pemimpin. Ascendant mengukuhkan lagi sisi kekuatan dan kebebasan wanita muda yang mampu membentuk sisi kepemimpinan seorang wanita.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Valorous (RM19.90 / 50ml)

Valorous adalah aroma yang mewakili keberanian. Wangian ini adalah terhasil dari nota campuran bunga-bungaan, buah-buahan, kayu-kayan, dan nota hijau, di mana rumusan kompleks ini menunjukkan potensi yang tidak terhad hanya kepada wanita muda.

Related posts

Koleksi Liquid Lipstick Dari Pat McGrath

admin

DUTA SLAÉ SELEPAS PULANG DARI AUSTRALIA

admin

Warna Sekata Dalam Masa Empat Minggu

admin

Leave a Comment