AGAMA

FIDYAH qadha atau fidyah atau keduanya sekali

Ramadan hampir tiba. Apakah anda sudah menjelaskan hutang meninggalkan puasa? Sudahkah anda membayar fidyah?

Apa itu fidyah? Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang membabitkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajib lah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

KIRAAN FIDYAH

Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh kamu meninggalkan puasa selama seminggu (tujuh) hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi. Atau kamu belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

Tujuh hari x RM4.00 = RM28.00

Dan sekiranya kamu belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Kemudian kamu tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2020) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Kamu berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(tujuh hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun.  Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.

GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

 Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

 Contoh:

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah

30hari x Rm4.00 = RM120.00

2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama tujuh hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

 Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

 7 hari X RM4.00 = RM28.00

*Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.

*Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.

*Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh :

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah tiga tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)

10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)

 4. Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh:

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)

 5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 Contoh:

 Jamal telah tidak mampu berpuasa selama tiga hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak ) 

3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)

Kalkulator Fidyah

Kira Fidyah – Kalkulator Fidyah

* Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

* Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menerima pembayaran fidyah secara tunai sahaja. Bermula tahun 2012, LZS akan mengenakan tambahan RM0.05 sebagai upah untuk mengagihkan fidyah kepada asnaf.

Permasalahan Fidyah & Kaffarah

Nota Penting

1. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa kerana lemah dan uzur (Fidyah)

2. Orang yang sakit namun ada harapan sembuh (Fidyah)

3. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka kerana sakitnya (Qadha)

4. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan berikutnya (Qadha & Fidyah)

5. Orang yang musafir lalu berbuka kerana musafirnya (Qadha)

6. Orang yang musafir namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan tahun berikutnya (Qadha & Fidyah)

7.Perempuan yang haid (Qadha)

8. Perempuan yang haid namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan berikutnya (Qadha & Fidyah)

9. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa (Qadha)

10. Perempuan yang mengandung atau sedang sedang menyusukan anak namun khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan (Qadha & Fidyah)

11. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan (Qadha)

12. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya (Qadha & Fidyah)

Sumber dari PPZ MAIWP 

Related posts

KHATAMKAN QURAN DI BULAN RAMADAN MESKIPUN SEKALI

adminwm

“Namun alangkah ruginya aku, ternyata di balik semua amal itu terdapat ‘nafsu tersembunyi…'”

admin

ADAB BERASMARA SUAMI ISTERI 

adminwm

Leave a Comment