Agar tubuh dan fikiran terasa lebih baik anda tidak sekadar perlu menyertai kelas yoga, mengamalkan vitamin dan supplement, menjalani rawatan spa yang mahal, atau bercuti panjang di lokasi mengasyikkan.
Ada cara yang lebih mudah dan murah boleh dilakukan supaya kehidupan sehari-hari lebih nyaman, juga sihat dan bahagia.
-
Penuhi bahagian dalam rumah dengan tanaman
Tanaman dalam rumah terbukti dapat mengurangi stress dan meningkatkan kebahagiaan. Bagaimana caranya?
Pada dasarnya, tumbuhan membantu kita menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen.
Tanaman tertentu juga membantu memurnikan udara dan menyaring unsur kimia buruk di udara.
Daun berwarna dan bunga menjadikan ruang lebih cerah, begitu juga perasaan kita.
-
Minum air putih secukupnya
Air adalah unsur utama tubuh manusia: sekitar 55% dalam badan perempuan dewasa dan 60% dalam badan lelaki.
Minum air putih secukupnya bagus untuk peningkatan tenaga, juga untuk kebolehan konsentrasi.
-
Tukar susunan perabot bilik tidur
Menukar susun atur perabot di rumah dapat memberi perasaan positif – tindak balas yang diperolehi apabila di kelilingi suasana baru.
Cuba lakukan dengan mengatur semula perabot di kamar tidur: biarkan tingkap terbuka untuk pengaliran udara segar dan cahaya, simpan barang sampingan yang tidak perlu dalam almari atau bawah katil, tukar cadar dan ubah kedudukan katil kepada lokasi baru.
-
Cat rumah
Warna dinding rumah sangat mempengaruhi perasaan.
Hijau yang mewakili alam dapat mencipta keseimbangan, harmoni dan lebih relaks.
Biru sebagai warna menyejuk memberi rasa kedamaian
Melihat warna ini dapat memberi kita tidur yang berkualiti.
Hindari merah kerana ia menyebabkan kita bernafas lebih cepat, meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah.
-
Dengar kicauan burung
Kajian yang dilakukan para ilmuwan di King’s College London menunjukkan bahawa mendengar kicauan burung dapat memperbaiki kesihatan jiwa sehingga empat jam.
Dr Andrea Mechelli dari Institute of Psychiatry, Psychology & Neuroscience mengatakan, “Pendedahan jangka pendek kepada alam semula jadi boleh memperbaiki kesihatan mental.”
-
Bela kucing
Kajian menunjukkan bermain dengan kucing memberi pengaruh positif dan menenangkan.
Satu kajian yang diadakan selama 10 tahun kepada lebih daripada 4,000 warga Amerika oleh para pengkaji di Stroke Institute, University of Minnesota mendapati, pemilik kucing 30% lebih kecil berkemungkinan meninggal kerana serangan jantung atau tekanan darah tinggi berbanding orang yang tidak memiliki kucing.
-
Lebih banyak ketawa
Ketawa bisa melepaskan ketegangan fizik di otot, memperbaiki aliran darah dan mencetuskan pelepasan nitrat oksida yang meningkatkan sistem imun.
Ketawa juga boleh mengurangkan hormon stress dan melepaskan endorfin, sebatian kimia yang membuat kita bahagia dan berfungsi sebagai ubat penahan sakit semulajadi.
Ya, ketawa boleh menjadi ubat yang paling berkesan.
-
Terapkan cara kerja orang Scandinavia
Negara-negara Skandinavia – Sweden, Denmark, Finland, Norway dan Iceland – rakyatnya antara yang paling bahagia di dunia.
Mereka ada berbagai cara untuk meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan antaranya di tempat kerja.
Orang Sweden mengamalkan fika: berehat minum kopi. Ia merupakan aktiviti wajib di tempat kerja di negara ini.
Tanya bos anda adakah boleh pekerjanya melakukan cara yang sama? Kerana bukankah tempat kerja yang bahagia menyumbang kepada kerja yang produktif?
-
Lebih banyak tidur
Istirehat sama pentingnya bagi kesihatan jiwa dan tubuh, seperti juga pemakanan yang teratur dan olahraga.
Kurang tidur akan melemahkan sistem imun, meningkatkan hormon stress, keresahan dan depresi.
Untuk tidur yang lebih berkualiti: jaga bilik tidur anda agar sentiasa dalam keadaan tenang dan nyaman, hindari makan lewat malam dan matikan elektrik – cahaya biru dari telefon atau tablet akan membuat anda terjaga.
Juga kurangkan pengambilan kafein.