GAYA HIDUP

Jennifer Lawrence Akui Sudah Lama Tidak Melakukan Hubungan Seks

Kita kenal Jennifer Lawrence sebagai selebriti yang begitu terbuka dalam sesi wawancara, tetapi baru-baru ini dia lebih terbuka, jauh daripada yang kita sendiri biasa lakukan.

Ternyata, Lawrence tidak banyak melakukan hubungan seks seperti yang anda sangkakan, berdasarkan bagaimana dia bercakap tentangnya. Dan alasan yang diberi mungkin mengejutkan anda; menurutnya kerana dia seorang germaphobe yang takut terkena STI.

“Cara saya bercakap seperti saya sering mengadakan hubungan seks tetapi sebenarnya apabila saya lihat semula pengalaman lalu, saya hanya melakukannya bersama teman lelaki saya. Saya bercakap seperti saya suka, tetapi saya tidak begitu melakukannya,” katanya kepada The Sun.

“Saya juga seorang germaphobe, saya telah sampai sejauh ini tanpa STI. Kemaluan itu berbahaya, jika saya berada dalam situasi di mana saya berpotensi mendapat STI, doktor pasti sudah terlibat. Begitulah tahap germaphobe saya,” katanya.

Tentang ‘doktor pasti sudah terlibat’ itu, Lawrence mungkin maksudkan jika dia dan pasangannya menjalani ujian STI – sesuatu yang bijak untuk dilakukan secara teratur. Setiap tahun terdapat 20 juta jangkitan STD baru di Amerika Syarikat, menurut CDC. Organisasi ini menunjukkan bahawa sesiapa yang melakukan seks yang tidak selamat harus menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun. Dan nampak gayanya Lawrence pasti akan lulus jika dia melakukan ujian tersebut.

Tentang kehidupan seksualnya kini, ia hampir tidak berlaku, “Buat masa ini saya tidak menjalin hubungan dengan sesiapa. Terus terang, saya sudah lama tidak melakukan hubungan seks,” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak tidur bersama orang yang bukan teman lelakinya. Pelakon itu berpisah dengan teman lelakinya, pengarah Darren Aronofsk sekitar musim luruh yang lalu, dan sejak itu menafikan khabar angin bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan Brad Pitt.

“Saya teringin untuk bercinta, tetapi seperti yang anda tahu ianya sukar.” Kawan baiknya pelakon Amy Schumer tahu pergelutan yang dialaminya dan menghantarkan hadiah yang lucu ketika Lawrence dan Aronofsky putus cinta.

“Keesokan harinya saya menerima sejambak bunga dengan nota bertulis, ‘Saya kasihan kerana anda akan mati bersendiri. Love, Amy.’”

 

Germaphobe: seorang yang takut kepada kuman dan obses dengan kebersihan

STI: adalah jangkitan yang boleh berlaku dengan melakukan seks

Related posts

Bagaimana Kesaksamaan Jantina Memanfaatkan Prestasi Syarikat

admin

Jurusolek Linda Rossa Memberi Tips Solekan Menjelang Hari Bahagiamu

adminwm

Could we BE any more excited?

admin

Leave a Comment