1) Hitam Dan Hipokrisi Di Golden Globes 2018
Selebriti yang hadir di Beverly Hills untuk acara Golden Globes 2018, berlangsung pada 7 Januari 2018 telah bersepakat untuk memakai pakaian warna hitam bagi menyebarkan kempen gangguan seksual terhadap wanita dan lelaki. Namun begitu kebanyakan mereka dikecam netizen kerana sikap hipokrisi apabila memberi standing ovation kepada Kirk Douglas yang diraikan dalam majlis tersebut. Beberapa bulan lepas, pelakon Natalie Wood telah tampil sempena kempen #Me Too menceritakan bagaimana beliau dicabul oleh Kirk Douglas.
2) Deepika Padukone Diugut Bunuh
Pelakon Bollywood terkenal Deepika Padukone telah menerima ugutan bunuh dari parti politik Karni Sena di India. Ugutan dibuat berikutan watak permaisuri Rani Padmavati yang dilakonkan oleh aktres berlesung pipit itu. Parti politik Karni Sena membantah penyiaran filem Padmavati pada 1 Disember 2017 kerana dikhuatiri filem itu akan merosakkan imej Rani Padmavati yang dikatakan membunuh diri dengan melompat ke dalam api sebelum ditawan musuh. Menariknya, sejarawan di India masih lagi tidak dapat memastikan bahawa Rani Padmavati benar-benar wujud atau sekadar cerita dongengan. Walaupun menerima pelbagai kecaman, produser dan direktor filem Padmavati tetap mahu menyiarkan filem tersebut dan tarikh tayangan telah ditetapkan pada 26 Januari ini.
3) Jangan Tayang Sangat!
Tidak salah sekiranya ingin berkongsi aset di laman sosial media, tetapi harus dilakukan secara berpada-pada kerana takut akan menimbulkan perasaan riak dan takbur. Itulah teguran seorang ustaz kepada Datuk Seri Aliff Syukri di laman Facebook apabila usahawan yang terkenal dengan lagu ‘Abang Nak Tegur’ itu memuat naik video mengira wang sebanyak ratusan ribu ringgit di atas mejanya. Kebanyakan netizen menganggap perbuatan Datuk Seri Aliff itu melampau dan seolah-olah ingin menunjuk kekayaan yang dimiliki.
4) Haters Gonna Hate!
Sean Hall dan Nathan Butler, penulis lagu kepada “Playas Gon’ Play”, menyaman Taylor Swift kerana mengatakan korus lagu “Shake It Off” adalah hampir sama dengan korus mereka. Pihak Taylor Swift pula mengesyorkan agar mahkamah membuang kes saman itu kerana ayat “Players gonna play, haters gonna hate” itu adalah ayat umum yang sering digunakan oleh kebanyakan orang. Ironiknya, Taylor Swift sendiri pernah memohon tanda dagang untuk tahun “1989” sempena albumnya yang dikeluarkan pada 3 tahun lepas dan akan menyaman sesiapa yang menggunakannya. Hmm…
5) Kumpulan BTS Pemegang Rekod “The Most Tweeted Person”
Kumpulan K-Pop BTS telah memecah rekod di Twitter pada tahun 2017. Mereka telah menjadi ‘The Most Tweeted Person’ di Amerika Syarikat. BTS kini mempunyai 10.8 juta pengikut di Twitter dan kejayaan mereka bersambung pada tahun 2018 apabila lagu Mic Drop kolaberasi bersama Steve Aoki masih bertahan selama 6 minggu di carta Billboard Hot 100.