GAYA HIDUPSANA-SINI

sooka Mempersembahkan Horrorscope Koleksi Filem Seram

Pelbagai makhluk-makhluk halus, seperti langsuir dan pontianak akan menjelma di dalam sooka, perkhidmatan penstriman mudah alih terkini di Malaysia menerusi kempen Horrorscope khusus untuk para peminat filem seram dan ‘thriller’, khas pada bulan Oktober ini. 

Kekal dengan aspirasi untuk menyediakan kandungan terbaik seperti siaran langsung acara sukan global serta drama dan program hiburan tempatan terbaru, sooka berhasrat untuk menampilkan aksi-aksi seram tanpa henti melalui seleksi filem-filem tempatan dan antarabangsa, serta rancangan berepisod dari Indonesia dan Korea, seperti Gantung The Series (Suntingan Sutradara), Munafik 1 dan 2, 3am Bangkok Ghost Stories, Malaysian Ghost Stories, Saka Nan Sepi, Hometown, Catch the Ghost, Hotel Del Luna dan banyak lagi.

Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “Kami sedar bahawa sentiasa terdapatnya permintaan yang tinggi untuk kandungan seram setiap kali munculnya bulan Oktober setiap tahun. Di Malaysia, kita mempunyai banyak kisah-kisah tempatan berkisarkan hantu yang menyeramkan – daripada hantu penanggal hinggalah kepada toyol – ditambah dengan cerita-cerita peribadi yang disampaikan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang sememangnya menambahkan minat kita terhadap kisah bertemakan seram.”

Kami mahu membawa minat ini lebih jauh lagi buat para penonton melalui kempen terbaru Horrorscope, dengan menghidangkan senarai kandungan seram yang disusun khusus dengan sedikit kelainan bersempena tema ‘zodiak’. Kami juga akan mempersembahkan Suntingan Sutradara (Director’s Cut) untuk Gantung the Series, sebuah siri drama seram yang diadaptasikan daripada novel Gantung FIXI tulisan Nadia (Neddo) Khan, dan diarahkan oleh Shamyl Othman. Kedua-dua penulis dan pengarah ini akan berkongsi inspirasi mereka di sebalik siri ini menerusi satu sesi Instagram Live istimewa bersama sooka pada 29 Oktober 2021, di mana kita boleh menantikan banyak lagi kisah seram di sebalik tabir di sepanjang penggambaran siri ini.

“Kami berharap agar menerusi kempen Horrorscope, kami dapat terus merealisasikan matlamat kami untuk menyediakan kandungan yang lebih relevan dan menghiburkan untuk rakyat Malaysia bagi memenuhi selera penonton tempatan dan boleh dinikmati di dalam peranti mudah alih mereka, pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja,” jelas Emarina.

Di sepanjang tempoh kempen ini, mulai 18 Oktober hingga 5 November 2021, pelan VIP Entertainment sooka boleh didapati pada harga RM15.90.

Related posts

CARTIER  MALAYSIAN FLAGSHIP BOUTIQUE PERFECTLY SHOWCASES THE GENEROUS SPIRIT OF THE MAISON.

adminwm

Anda Berisiko Kanser Payudara

admin

Ini Bukan Politik

admin

Leave a Comment