GAYA HIDUPkesihatan

Anda Berisiko Kanser Payudara

Kanser pembunuh senyap. Sebenarnya, doktor sendiri tidak mampu untuk menghuraikan sebab seseorang itu menghidap kanser. Kanser payudara kanser utama bagi kaum wanita. Menurut kajian, faktor seperti persekitaran, hormon dan juga gaya hidup kesemuanya mempunyai impak yang tersendiri terhadap kesihatan seseorang.

Penyebab kanser payudara yang lazim

Ada beberapa penyebab yang secara lazimnya boleh mengakibatkan kanser payudara. Faktor-faktor ini meningkatkan risiko untuk anda untuk menghidap kanser payudara.

Umur

Umur merupakan penyebab kanser payudara yang paling besar. Apabila umur bertambah, risiko anda untuk menghidap kanser payudara turut meningkat.

85% daripada kes kanser payudara berlaku dalam kalangan wanita yang berusia 50 tahun ke atas. Hanya 5% daripada kes tersebut berlaku dalam kalangan wanita yang berumur 40 tahun ke bawah.

Umur ketika datang haid dan menopaus

Wanita yang datang bulan lebih awal daripada usia 12 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara. Risiko yang sama juga turut dihadapi oleh wanita yang mengalami menopaus pada umur lebih daripada 55 tahun.

Semakin lama wanita mengalami menstruasi, semakin besar risiko untuk mereka menghidap kanser payudara. Pendedahan kepada hormon estrogen dan progesteron merupakan antara faktor yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

Mempunyai tisu payudara yang lebih tumpat

Wanita yang mempunyai tisu payudara yang lebih tumpat dan padat didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara. Namun, pakar sendiri tidak pasti punca sebenar yang mengaitkan faktor ini dengan kanser.

Ketika mamogram, tisu yang tumpat akan muncul sebagai tompokan berwarna putih yang menyukarkan doktor untuk mengesan kehadiran tumor pada kawasan payudara.

Selalunya, wanita yang lebih muda, mempunyai BMI yang rendah dan sedang melalui terapi hormon untuk menopaus mempunyai payudara yang lebih tumpat daripada biasa.

Melakukan terapi hormon

Pesakit yang melakukan terapi hormon (menopausal hormone therapy) untuk mengurangkan simptom yang diakibatkan oleh menopaus berisiko untuk mendapat beberapa jenis kanser. Malah, wanita yang melakukan terapi hormon ini turut mengalami risiko yang lebih tinggi untuk menghidap sakit jantung ataupun strok.

Pernah menghidap kanser

Pesakit yang pernah didiagnosis dengan kanser, tidak kiralah kanser apa pun, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara.

Selain itu, jika anda pernah menghidap kanser payudara pada salah satu payudara anda, maka anda mempunyai risiko sebanyak tiga atau empat kali ganda untuk menghidap kanser payudara di bahagian payudara yang sihat ataupun pada payudara yang sama.

Kehamilan dan menyusukan anak

Wanita yang tidak pernah hamil ataupun mengandung setelah berumur 30 tahun didapati lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara berbanding wanita yang bersalin sebelum umur 30 tahun.

Wanita yang menyusukan anak pula mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap kanser payudara, lebih-lebih lagi wanita yang menyusukan anak lebih daripada setahun.

Wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak selalunya akan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti tidak merokok ataupun minum arak. Oleh itu, mereka kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara

Related posts

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

TOUS Malaysia Butik Flagship Kini Dibuka Di Bangsar Village II

adminwm

POKOK AJAIB MORINGA PENYELAMAT ORANG MISKIN

adminwm

Leave a Comment