GAYA HIDUP

Resipi Bubur Oat Untuk Pesakit Diabetes

Resipi yang ringkas dan sihat ini diilhamkan daripada masakan India. Walaupun resipi ini disyorkan kepada pesakit diabetes, namun ia boleh juga digunakan sebagai diet untuk menurunkan berat badan. Bubur oat yang sedap ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk disiapkan.

Bahan-Bahan :

1 ½ cawan air

3 sudu besar Rolled Oats

2 atau 3 helai Daun Kari

½ sudu kecil Jintan Putih (lebih atau kurang mengikut cita rasa sendiri)

½ sudu kecil Garam Himalaya (lebih atau kurang mengikut cita rasa sendiri)

½ sudu kecil empeng cili (lebih atau kurang mengikut cita rasa sendiri)

Sebagai opsyen, boleh juga diletakkan 1 sudu besar kelapa parut.

Cara Memasak:

  1. Masukkan air ke dalam periuk.
  2. Sebelum air menggelegak, masukkan Rolled Oats.
  3. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain seperti Daun Kari, Jintan Putih, Garam Himalaya, empeng cili dan juga kelapa parut jika inginkan sedikit kelainan.
  4. Gaul dan tunggu sehingga bubur masak.

Bubur oat ini juga boleh dimakan bersama lauk-pauk lain jika anda sedang berdiet. Garam Himalaya digantikan dengan garam biasa kerana garam yang bewarna merah jambu ini mempunyai banyak mineral berbanding garam biasa. Jintan Putih pula boleh membantu merendahkan paras gula darah di dalam tubuh. Daun kari digunakan untuk membantu mencegah diabetes.

Related posts

4 Tempat Unik untuk Dijelajahi di Malaysia Musim Cuti ini!

adminwm

Cat Sebaik Yang Dijanjikan

admin

Edisi BMW 3 Series Terbaharu.

admin

Leave a Comment