GAYA HIDUP

Cat Sebaik Yang Dijanjikan

AkzoNobel, syarikat cat dan salutan antarabangsa yang terkemuka, baru-baru ini melancarkan program ‘Dulux Promise’ yang memastikan anda dapat mencapai warna yang sempurna, hasil akhir yang sekata dan liputan yang dinyatakan; atau produk cat anda akan digantikan.

AkzoNobel sedar bahawa memilih cat yang akan memberi hasil yang diingini untuk dinding anda bukanlah satu tugas yang mudah. Adakalanya, cat yang digunakan pada dinding tidak menepati warna yang dipamerkan pada katalog warna, dan kadangkala, pengecatan yang tidak konsisten akan menjadikan liputan dan hasil pada dinding kelihatan tidak kemas atau tidak memuaskan. 

Program Dulux Promise membantu menangani masalah yang sering dihadapi pengguna dan menjanjikan bahawa produk-produk terpilih dari portfolio Dulux Promise akan menawarkan ciri-ciri berikut apabila dicat pada dinding yang bersih dan kering sepenuhnya, mengikut sistem pengecatan Dulux:

  1. Warna sempurna – Warna cat akan sepadan dengan warna yang dipamerkan pada katalog Dulux seperti dek kipas dan kad tona, namun perlu diketahui bahawa perbezaan warna yang terjadi akibat jenis bahan (warna mungkin kelihatan berbeza mengikut jenis bahan atau permukaan yang dicat), bentuk, saiz dan pencahayaan permukaan tidak termasuk dalam jaminan program ini.
  2. Hasil akhir sekata – Cat yang dibeli akan memberi hasil yang sekata tanpa kesan bercapuk sebaik sahaja kering sepenuhnya apabila digunakan pada permukaan yang bersih dan telah disediakan dengan baik.
  3. Liputan – Satu bekas cat akan memberi liputan mengikut saiz kawasan yang dinyatakan pada label produk dan lampiran data produk; namun, sesetengah warna mungkin memerlukan dua lapisan untuk mencapai kelegapan yang diingini.

Melalui program Dulux Promise, AkzoNobel ingin memudahkan proses membuat keputusan dan memberi jaminan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan apabila memilih produk cat untuk dinding mereka. 

David Teng, Pengarah Komersial SEAP di AkzoNobel Decorative Paints berkata: “Di AkzoNobel, kami sentiasa berusaha memperbaiki dan menginovasi produk-produk kami tanpa menjejaskan komitmen terhadap kualiti. Program Dulux Promise adalah contoh terbaik dalam usaha kami untuk meyakinkan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan hati apabila memilih produk-produk Dulux semasa mengubah rekaan atau memberi nafas baharu kepada rumah mereka.”

Langit Cerah Sedang Menanti

Bersempena pelancaran Dulux Promise, AkzoNobel juga memperkenalkan Colour of the Year 2022 – Bright SkiesTM – warna biru muda yang menenangkan seperti udara yang segar. 

“Pada 2022, Bright Skies akan membantu kita mengalu-alukan idea dan bentuk baharu untuk masa depan baharu,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global AkzoNobel. “Warna ini melambangkan langit yang tiada sempadan, memberi ruang untuk kita mendefinisi semula rumah, persekitaran, seni dan memberikan suara baharu dalam kehidupan. Ketika pengguna meneroka cara untuk mengekspresi diri dan mengubah ruang mereka, matlamat kami sebagai pakar warna adalah untuk memberi inspirasi agar mereka berasa yakin semasa memilih warna.”

Colour of the Year 2022 membantu memberi ilham kreativiti dan keyakinan untuk pengguna, manakala program Dulux Promise memberi jaminan kualiti produk-produk kami. Dengan cat sebaik yang dijanjikan, pengguna pasti boleh menikmati ketenangan minda apabila mereka memilih untuk memberi nafas baharu, melindungi dan mencantikkan ruang-ruang kediaman mereka.

Related posts

#BelikeTONY Ini Petua Tony Fernandes Menjadi Usahawan Berjaya

admin

Pure Blossom and Opulent Elegance.

adminwm

The New 13 Paix

adminwm

Leave a Comment