GAYA HIDUP

Cara Anda Minum Madu Salah, Patut Lah Tidak Menjadi Ubat

Madu, cairan berwarna coklat keemasa  yang merupakan kumpulan nectar tanaman yang telah bercaampur dengan saliva atau air liur lebah dan kemudian disimpan di dalam sarangnya. Madu tersusun daripada glukosa, fruktosa dan air. Dan mengandungi banyak nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral termasuk niasin, kalsium, tembaga, riboflavin, zat besi, magnesium dan zink. Kerana kandungannya yang kaya nutrisi dan zat aktif ini menjadikan madu sebagai bahan alam yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan.

Sudah tentu selama ini, tujuan memakan madu selain untuk sihat, tentulah bagi menyembuhkan penyakit. Namun kenapa walau sudah habis berbotol-botol madu, sakitnya masih ada.. pendek kata ia tidak menjadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tetapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir.

Kenapa makan tetapi tidak menjadi ubat?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah mencipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaAllah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan  Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tidak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

  1. Betulkan  Cara  Makan
    Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah SAW lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid. Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.
  2. Makan  Buah Dengan Betul
    Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.
  3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
    Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.
    Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.
    Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.
  4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik  Air
    Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tidak sama macam ruang lain di rumah anda. Di sini  banyak benda yang tidak elok menjadikan ia tempat tinggal mereka.Sesudah masuk ke bilik air, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas sudah keluar habis, barulah jirus kepala.Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul, apa yang anda makan dan ubat-ubatan yang diambil, inshaAllah akan menyembuhkan.

Kembali kepada cara betul minum madu supaya ia menjadi ubat kepada pelbagai penyakit;

  1. Pilih Madu Yang Asli.
    Caranya….
    Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tidak dihurung semut dan sebagainya. Tetapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.Cuma satu cara ini, manusia tidak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.
  2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
    Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam, maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tetapi sebelum habis waktu dhuha.
  3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
    Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima, minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, ia kena dicairkan dengan air.Cara minum: 
    Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.
  4. Ambil Madu Untuk  Raway Bahagian Pinggang Ke Bawah
    Cara minum:
    Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.
  5. Rawatan Bahagian Bawah
    Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib.Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

TIP INI PENTING!

√    Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√    Bagaimana hendak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√    Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.


Jika Badan Panas
Cara minum madu:
√ Madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
           √ Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

 

Jika  Badan Sejuk
Cara minum madu:
√ tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas
√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan         dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tidak bagus untuk perut
√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh                   katakan pukul empat petang nak bergerak, jam lapan pagi dah kena minum.
√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais                 misalnya.
√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan     di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum         dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di               bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.

Kredit:
Dr Hisham Hashim

KENALI DR HISHAM HASHIM
Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan Mufti Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.

Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.

Related posts

TikTok Launches New Tools To Combat Bullying On The Platform

admin

Disney+ To Launch in South Korea, Hong Kong AND Taiwan In November

admin

Nutox Staying Young Untuk Selamanya Kekal Muda

admin

Leave a Comment