Selepas Gegar Vaganza 8, rancangan nyanyian Big Stage musim kedua pula bermula malam tadi. Seramai 19 anak muda yang membuat persembahan, ada yang bagus dan ada juga yang langsung tak sesuai mengenengahkan bakat.
Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Ajai di pilih sebagai juri tetap, Aliff Aziz muncul sebagai juri jemputan manakala dua lagi iaitu Dato’ Seri Vida sebagai presiden netizen manakala Mas Idayu sebagai juri pedas.
Menyebut tentang ‘langsung tak sesuai mengenengahkan bakat’ banyak warganet memberi komen ‘panas telinga’ mendengar nyanyian salah seorang peserta iaitu Iqbal. Iqbal asalnya bukanlah seorang penyanyi tetapi usahawan yang sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta kontroversi dengan Dato’ Seri Vida dan kemudian mengeluarkan lagu baru.
Ribuan warganet termasuk ada dalam kalangan selebriti sendiri menyuarakan ‘panas telinga’ dengan persembahan Iqbal dan berpendapat ianya hanyalah satu lagi cara Astro untuk menjadikan rancangan ini popular.
Tidak perlu meletak salah utama pada Iqbal kerana dia dijemput oleh pihak Astro. Sebaliknya Astro sendiri yang sebenarnya perlu serius dalam merencana rancangan nyanyian dan menjadikan ianya satu pertandingan yang dihormati, bukan hiburan picisan semata-mata. Lagi pula sudah seperti satu ‘penghinaan’ (maaf untuk perkataan ini) bagi penyanyi yang sudah punyai puluhan tahun pengalaman menyanyi seperti Siti, Ajai dan Mas Idayu untuk menjurikan persembahan peserta seperti Iqbal, apatah lagi di hadapan jutaan penonton. Siti sendiri, ketika memberi komen nampak sepertikan kelu dan tidak tahu bagaimana memberi markah untuk persembahan Iqbal.
Untuk Astro, better be serious next time manakala untuk Iqbal, lebih baik fokus sahaja pada bisnes.
Gambar ihsan: UtusanTV