SANA-SINIGAYA HIDUP

BMW Malaysia umum pengemaskinian produk untuk BMW iX xDrive50 Sport baharu.

BMW Malaysia baru sahaja mengumumkan pengemaskinian produk bagi BMW iX xDrive50 Sport baharu, membuktikan komitmen pengeluar kenderaan premium ini untuk mencorak alaf Mobiliti Berelektrik di Malaysia di samping memahat tanda aras baharu bagi pengalaman pemanduan elektrik yang dijanjikan. Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Kami teruja untuk memasuki tahun 2023 dengan BMW iX xDrive50 Sport serba baharu, ia mengimbau peristiwa pada bulan Januari 2022 bilamana kami juga telah memperkenalkan model-model BMW i terbaharu di NEXTGen Malaysia.

Kenyataan ini menonjolkan komitmen kami ke atas Mobiliti Berelektrik, bukan sahaja untuk meluaskan produk-produk yang kami tawarkan, tapi juga infrastruktur yang tersedia bagi menampung keperluan ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang kian berkembang. Usaha kami untuk mengelektrifikasi landskap automotif Malaysia telah berjalan selari dengan agenda kerajaan ke atas visi elektrifikasi, dan kita bakal saksikan banyak lagi kemajuan dalam aspek ini bersama ramai lagi rakan-rakan industri kami yang baharu.”

BMW iX xDrive50 Sport akan didatangkan dengan set roda aerodinamik BMW Individual 1021 multiwarna bersaiz 22 inci dengan gilapan 3D, di samping angkup brek bersaiz 17 inci dalam rona biru. Disediakan secara standard untuk BMW iX xDrive50 Sport baharu juga ialah BMW Iconic Sounds Electric yang menzahirkan suasana bunyi serba imersif dan bertaraf premium.

Pakej cermin sisi yang diperkembangkan juga akan terus melengkapi SAV elektrik tulen ini.
Bahasa reka bentuk yang mewah dapat dilihat pada ruang kabin BMW iX xDrive50 Sport baharu, berlatarkan Interior Design Atelier yang menghiasi kabin tersebut secara standard, turut disempurnakan dengan konsol sentral dan ruang meletak tangan yang bermaterialkan Sensatec.

Di dalam juga, BMW Live Cockpit Professional akan bersedia untuk mengalukan pemandunya, di samping skrin paparan instrumen melekuk bersaiz 12.3 inci dan skrin paparan sentral 14.9 inci yang disediakan secara standard. Keselesaan dan kemudahan ditawarkan dalam bentuk kerusi multifungsi bagi pemandu, dan ia turut dinaik taraf dengan ruang pengecasan tanpa wayar serta penyaman udara automatik 4 zon. Elemen hiburan pula dibekalkan melalui sistem bunyi keliling Harman Kardon untuk BMW iX xDrive50 Sport.

BMW iX xDrive50 Sport baharu menggandingkan kepuasan pemanduan elektrik yang sebenar dengan ketangkasan, jarak operasi dan juga keefisienan yang luar biasa. Kenderaan elektrik tulen ini mempunyai output berkadar 385 kW/523 kk, mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam tempoh 4.6 saat. Berbekalkan nilai tork Malaysia maksimum, 765 Nm serta kelajuan tertinggi berhad elektronik yang mencecah 200 km/j, SAV ini dikuasakan oleh pek bateri bersaiz besar dengan kapasiti 111.5 kWj yang membekalkan jarak operasi sejauh 630 kilometer (WLTP) setelah ia dicas penuh.

Hadir bersama Mod Kabel Pengecas Fleksibel 2 serta Mod Kabel Pengecasan Pantas 3, BMW iX xDrive50 Sport baharu dapat dicas dari 0 hingga 80% dalam tempoh 35 minit dengan menggunakan Pengecas Pantas DC, dan 0 hingga 100% dalam tempoh 10 jam 45 minit dengan Pengecas ‘Wallbox’ AC 11 kW. Pemilik BMW iX xDrive50 Sport baharu juga dapat menikmati akses pengecasan di lebih 610 buah fasiliti pengecasan di seluruh negara, dikuasakan oleh para pembekal solusi pengecasan EV tempatan yang bekerjasama dengan BMW Group Malaysia. Juga hadir secara standard bagi SAV elektrik tulen ini ialah Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, ConnectedDrive Services, Connected Package Professional, BMW Natural Interaction dan Perlindungan Aktif melalui BMW Live Cockpit Professional yang beresolusi
tinggi. Dari segi bantuan, BMW iX xDrive50 Sport baharu menampilkan Driving Assistant Professional, Parking Assistant dan ciri kawalan Luncur berserta dengan fungsi pembrekan. Pilihan warna yang standard bagi BMW iX xDrive50 Sport baharu meliputi Mineral White, Alpine White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, dan Blue Ridge Mountain Metallic. Dua warna baharu juga ditawarkan dengan bayaran tambahan sebanyak RM6,200, iaitu Individual Storm Bay Metallic dan Aventurine Red Metallic. Bagi ruang interior, pengguna boleh memilih antara Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Hitam, ataupun Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea dengan bayaran tambahan sebanyak RM17,300.

Related posts

Heritage Delights and Traditional Festivities

adminwm

OPPO A96’s 3D

adminwm

SHAPING A NEW ERA IN MOBILE IMAGING EXCELLENCE WITH VIVO X100 SERIES

adminwm

Leave a Comment