Sejak bertebaran khabar angin tentang bintang opera Maria Callas yang memakan cacing pita untuk menurunkan berat badan, ramai menjadi obses dengan rahsia kesihatan dan pemakanan selebriti, walaupun adakalanya ia kelihatan seperti tidak selamat. Walaupun ahli sejarah kini bersetuju bahawa cerita lagenda Callas itu sememangnya palsu, beberapa selebriti lain secara terbuka berkongsi tabiat kesihatan yang membimbangkan. Kita tidak hanya bercakap tentang diet pelik dan aneh, tetapi kita bercakap tentang tabiat yang nampak palsu. Di sini, kami kongsikan beberapa cara pemakanan pelik yang diamalkan selebriti.
Tiffany Haddish Minum Turpentine
Dalam wawancara bersama majalah GQ, Tiffanay Haddish mengakui meminum turpentine atas sebab kesihatan. Turpentine, sekiranya anda tidak tahu adalah penipis cat atau cat pelarut. Kata Haddish, “Satu sudu teh turpentine tidak akan membunuh kamu.” Tambahnya lagi, “Kerajaan tidak mahu anda tahu bahawa jika anda alami demam, ambil sedikit turpentine bersama gula atau minyak kastor atau madu dan demam akan pulih keesokan harinya. Haddish memulakan tabiatnya itu beberapa bulan lalu selepas melihatnya di YouTube. Walau bagaimanapun, saintis mengatakan bahawa dengan hanya beberapa auns turpentin boleh membunuh anda.
Shailene Woodley Makan Tanah Liat
Sebelum menyertai drama bersiri Big Littler Liars, Shailene Woodley pernah memberitahu majalah In The Gloss yang dia makan tanah liat. Dia mendapat petua itu daripada seorang pemandu teksi dan berkata, “Saya dapati tanah liat sangat bagus untuk kita kerana badan kita tidak menyerapnya dan ia nampaknya memberi caj negatif, jadi ia satu ikatan kepada isotop negatif. Dan (ini gila) ia juga membantu membersihkan logam berat dari badan kita.” Dia mengamalkan satu sudu teh sehari. Saintis mengatakan ada tanah liat yang boleh dimakan dan tidak semestinya ia tidak bagus untuk badan jika diambil dalam jumlah yang kecil. Satu-satunya kebaikan sebenar tanah liat ialah zink. Tetapi kita juga boleh mendapatkan zink yang sihat dengan cara pemakanan yang lain. Tidak mengejutkan, makan terlalu banyak tanah liat boleh menyebabkan sembelit.
Sarah Miles Rekomen Terapi Urin
Sarah Miles pernah berlakon filem klasik bertajuk Blow Up dan hampir memenangi Oscar pada 1970 untuk peranan utama dalam Ryan’s Daughter. Miles mendedahkan dia minum air kencing sendiri sepanjang hidupnya. Dalam satu temuramah bersama Sussex Life, dia menjelaskan bahawa dia meneguk sedikit, “Ia hebat untuk kulit anda, hebat untuk rambut anda, juga sistem imun anda – ia hebat untuk segala-galanya!” Dia juga pernah memberitahu cerita yang sama kepada Daily Mail. Perubatan sains tidak menemui bukti bagi pendedahan ini tetapi kita sediri boleh mengagak, minum air kencing kemungkinan tidak baik untuk kesihatan.
Steve Jobs Hanya Makan Epal dan Lobak
Anda tahu mengapa syarikat teknologi paling mewah di dunia dipanggil Apple? Ini kerana pengasasnya iaitu Steve Jobs mengamalkan diet buah-buahan ketika menubuhkan syarikat tersebut. Ya, dia hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa kanji. Dalam buku biografi Steve Jobs tulisan Walter Isaacson ada cerita tentang kecenderungannya memakan hanya satu atau dua makanan, seperti lobak atau epal, selama berminggu-minggu pada satu masa. “Walaupun epal dan lobak adalah makanan sihat dan miliki karbohidrat, ia mempunyai kandungan protein yang sangat sedikit – tidak seperti lemak dan karbohidrat, protein tidak boleh disimpan dalam badan, jadi penting untuk mengambil makanan kaya protein yang cukup setiap hari,” jelas Elisa Zied, penulis buku kesihatan bertajuk Nutrition at Your Fingertips dan penyumbang untuk msnbc.com. Ashton Kutcher juga pernah mencuba pemakanan yang sama ketika dalam persediaan untuk berlakon filem biopik Jobs, dan dia akhirnya dimasukkan ke hospital.
Kokain Rahsia Kesihatan di Hollywood
Rasanya ia masih digunakan (secara rahsia) di kalangan selebriti kini, tetapi pada awal tahun 1900-an beberapa orang terkenal termasuk selebriti Hollywood bercakap tentangnya secara terbuka yang mana ia boleh digunakan sebagai penyembuh kesihatan. Pada satu ketika waktu itu, anda boleh berjalan ke mana-mana kedai ubat dan membelinya untuk 25 sen satu auns. Figura seperti Thomas Edison, Jules Vern dan Arthur Conan Doyle termasuk pelakon panggung yang terkenal zaman itu, Sarah Bernhardt antara peminatnya. Ratu Elizabeth I, Presiden William McKinley dan Pope Leo III dikatakan sebagai penyokong utama. Walaupun begitu doktor mula menyedari orang boleh mati kerana dadah, kokain kemudiannya mula dikawal dan seterusnya diharamkan sekitar 1920-an.
Lord Byron Minum Cuka
Pada awal tahun 1800-an, penyair Lord Byron antara selebriti terkenal di London. Dia menghadiri pelbagai parti, bertanggungjawab memulakan trend-trend hangat waktu itu dan sama juga seperti selebriti di atas, dia mengamalkan diet yang sangat pelik. Byron taksub dengan diet dan turun naik berat badannya menjadi perhatian awam. Salah satu trend diet yang dipromosikannya secara terbuka adalah diet yang berpusat di sekitar cuka. Dia minum cuka dengan air dan hanya makan kentang yang direndam dalam cuka. Sudah tentu cuka masih digunakan kini dan bukanlah tidak bagus untuk kesihatan, tetapi pengambilan yang terlalu banyak adalah buruk bagi kita (terutamanya ia boleh memusnahkan enamel pada gigi). Secara umumnya kita harus bersetuju kerana waktu itu Byron sebenarnya menderita gangguan pemakanan.