“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqomah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Kirim kan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dirahmati dan direda Ilahi. InshaAllah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah, dan selalu berada di dalam rahmat dan ehsannya.” – Noor Neelofa Mohd Noor, 31.
Petikan daripada instagram Neelofa yang mengesahkan dia telah berniqab. Ini membuat ramai warga Malaysia terkejut lebih-lebih lagi pengikutnya di IG yang berjumlah lapan juta, malah selepas pengumuman ini mendadak angka jutanya.
Membacanya saya hanya mampu mengucap syukur Alhamdulillah. Satu keputusan yang tidak mudah saya pasti. Keputusan yang saya percaya bukan secara tiba-tiba atau terburu-buru dan pasti telah dirancang mengambil kira segala-galanya. Seorang wanita yang bukan sahaja jelita tapi lagi bijak, (terbukti dengan keputusan cemerlang baik di peringkat seawal menengah rendah dan pendidikan tinggi, universiti. “Bidadariku,” kata ibunya, Datin Noor Kartini, yang amat bersyukur dikurniakan anak yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi anak yang tidak memberikannya dia masalah. Neelofa mendengar kata dan langsung tidak melawan setiap arahan atau pemintaannya.
Pengasas Empayar Neelofar ini sudah pasti telah menimbang semasak-masaknya keputusan berniqab yang berkemungkinan keberadaannya sebagai duta-duta jenama bertaraf antara bangsa tidak akan lagi menawarkan dia ‘job’ yang nilainya juga ribuan ringgit kalau pun tidak angka juta. Dan kebarangkalian juga dia tidak lagi diundang ke rumah-rumah fesyen dunia sebagai tetamu di minggu fesyen mahupun tetamu untuk keraian besar produk-produk keluaran mereka. Seyugia akan barangkali juga tiada lah lagi kita melihat dia bergaya dengan produk daripada jenama besar dunia, yang selebriti lain teramat impikan. Kebarangkali juga namanya akan hanya menjadi sejarah, ya tidak lagi dia diraikan seperti selebriti besar dengan layanan vvip.
“Saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk dipangkah atau dilabel sebagai ekstrimis. Namun saya percaya berhijab tidak akan menjejas rezeki saya.”
“It is my personal decision. Saya ikhlas dengan diri saya, niat saya straight dan clear. Ikhlas dengan apa yang saya amalkan. Semua pun dengan izin Allah dan Allah boleh ambil pun anytime. Keputusan ini daripada apa yang saya pelajari, ilmu yang dicari, pemahaman yang saya dapat, should i ignore it atau amalkan? Saya pilih untuk mengamalkan yang baik dan meninggalkan semua yang kurang bermanfaat. Saya pohon semua pihak mendoakan perjalanan baru ini sentiasa di dalam rahmatNya.”
Mendapat restu daripada ibunya, “MasyaAllah, Ya Allah aku tiada ungkapan untukku ucapkan syukur dengan kurniaanMu mengamanahkanku, bidadari yang terindah untukku, yang banyak mengajar aku, yang menjadi inspirasiku. Ya Allah syukur ke atas hidayah untuknya yang Kau kurniakan dan kumohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.. Aamiinn. Love you bidadariku @neelofa anak luar biasa.”
Sejujurnya saya amat tersentuh dengan keputusan Neelofa. Dia yang jelita, yang punya pengikut IG berjuta-juta, yang dipilih oleh jenama-jenama besar dunia bagi menyerikan produk mereka, ya, dengan jutaan pulangan diperolehi hasil daripada menjadikan diri sebagai model produk, kini menolaknya perlahan-lahan demi kerana Allah. Neelofa memilih mengenepikan keindahan duniawi dan mencari akhirat kerana di situ manusia akan kekal selama-lamanya. Untuk apa berkisah sangat tentang dunia yang sementara ini sedangkan di sana, yakni di syurga tempat kita kekal abadi buat selama-lamanya.
Sesungguhnya Neelofa amat beruntung kerana Allah memilih dan menganugerahkan dirinya semua yang terbaik. Pada usianya yang masih muda dia sudah mengurangkan kesibukannya tentang duniawi dan meningkatkan keimanannya untuk menuju ke alam yang fana. Sedetik berasa cemburu pula kepadanya, dia mempunyai segala-galanya, wajah yang jelita, hidup yang sempurna; ahli keluarga yang menyayanginya, pandai pula dalam pelajaran dan bijak di dalam mengatur perniagaan sehingga empayar tudungnya mengapai angka keuntungan wang berjuta, tidak termasuk perniagaan kecantikan dan kesihatan, kini dengan rahmatNya diberikan pula cahaya untuk terus beristiqomah. Semoga perjalanannya ke sana terus dirahmati dan dirinya menjadi idola anak-anak muda khasnya.
Penampilan baru Neelofa