FESYENGAYA HIDUP

Kerana Orang Kaya Dari Arab dan Isu Seksual, Jenama Fesyen Perkenalkan Koleksi Modest

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

[vc_column][vc_column_text]Kerana orang kaya dari Arab dan isu seksual, jenama fesyen perkenalkan koleksi Modest. Menarik sekali tajuk dan kisah di sebalik kisah minggu fesyen sempena musim luruh/sejuk 2018/19 ini.

Feminism – tidaklah saya 100% mengikuti isu ini namun sudah namanya penulis jadi walau tidak dicari berita mengenainya tetap sampai ke telinga, dan di depan mata setiap kali halaman Google dibuka. Dan yang membuatkan saya tertarik bukan sangat isu biasanya (diskriminasi pekerjaan, ketidaksamaan gaji dan kekurangan pemimpin wanita antara lain) tetapi bagaimana ia boleh meleret ke dunia fesyen.

Pertunjukan minggu fesyen musim Luruh/ Sejuk 2018 yang menarik perhatian saya selain beg kegemaran Carrie Bradshaw adalah stail menutup aurat yang dipentaskan Lanvin, Gucci, Chanel, Dior dan Vercase antaranya. Kali ini mereka tidak menghidangkan helaian yang mendedah dan mengiurkan sebaliknya siluet labuh dan bertutup termasuk juga tudung yang sebelumnya entah siapa sangka akan diperkenalkan jenama mereka. Dan lebih menyeronokkan lagi, kehadiran gaya ini direstui warga fesyen yang memerhati.

Opps nanti dulu, don’t get yourself too happy kerana yang pereka-perekanya pentaskan bukan sepenuhnya patuh syariah kerana masih ada juga helaian dengan belahan di kiri dan kanan baju tetapi setidaknya mereka cuba juga mengikut cara berpakaian Islam dan tahu bahawa yang mendedahkan itu berpotensi besar menyumbang kepada tarikan seksual.  

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah Al-Ahzab 59 yang saya kongsikan di atas cukup menerangkan akan gangguan yang diterima jika wanita tidak kisah ‘membelanjai’ lelaki.

Pun begitu, saya faham jangan hanya menyalahkan wanita kerana lelaki kalau dalam fikirannya seks tak sudah tentulah melihat wanita yang menyarung jubah Hidayah International itupun boleh naik nafsu syahwatnya.

Berbalik kepada yang saya sebutkan di atas tadi, bagaimana feminism boleh meleret ke dunia fesyen?

Terima kasih yang utamanya kepada penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein kerana saya kira dialah penyebab utama berlakunya perubahan ini. Semenjak Februari lalu pelbagai kisah gangguan seksualnya terhadap pelakon Hollywood dan Eropah terbongkar. Antara yang menjadi mangsa puluhan aktres termasuk kalangan kelas A seperti Gwyneth Paltrow, Angelina Jolie, Uma Thurman, Salma Hayek dan lebih teruk lagi Rose McGowan yang pernah dirogol oleh Harvey. Mereka ini menjadi mangsa dan apabila mahu menuntut hak atas salah laku itu, mereka diberi amaran bakal goyah populariti dan hilang tawaran kerja. Dan yang Harvey perlakukan itu bukan baru. McGowan dalam biografinya bertajuk Brave memberitahu dia dirogol 20 tahun lalu. Begitu juga yang diceritakan Uma Thurman, Gwyneth Paltrow dan barisan pelakon lain. Bertahun mengumpul keberanian dan itu pun hanya selepas pengakuan McGowan mendapat perhatian, barulah yang lain turut bersuara.

Saya tutup kisah Harvey, kerana kehadiran fesyen modest ini turut berpunca daripada kuasa pembeli negara Arab. Walau dunia fesyen sedia tahu orang kaya-kaya dari negara Timur Tengah itu berbelanja bagai nak gila, tetapi mereka mengabaikan saja atas pendapat golongan itu berfikiran sempit dan terlalu mengikut tradisi hingga membelakangi kehendak dunia moden. Pun begitu sampai bila mahu dihiraukan sementelah yang dikejar dalam perniagaan adalah keuntungan? Jadi perlu juga melayani permintaan klien yang mana pakainya hanya yang bertutup atas bawah. Itu sebabnya ketika Ramadan lalu Net-a-Porter mengambil langkah memenuhi permintaan besar dari negara Arab dengan mengeluarkan koleksi kapsul khas untuk pasaran di sana, manakala usahawan bijak seperti Ghizlan Guenez pula melancarkan laman sesawang beli-belah yang menjual hanya koleksi modest.

“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street; fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening.” Coco Chanel

Jadi begitulah, fesyen melambangkan kehidupan semasa masyarakatnya. Dengan ini, anda akan faham mengapa koleksi modest kali ini diterima luas secara tiba-tiba. [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”20″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button