Mati Pucuk Paling Digeruni Lelaki

Mati pucuk ialah ketidakupayaan lelaki mencapai ketegangan zakar yang mencukupi untuk melakukan tusukan ke dalam faraj semasa mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan. Ia terjadi berkemungkinan disebabkan masalah kelemahan pada otot kecut dan kemasukan darah yang banyak pada zakar. Jadi, zakar tidak boleh mencapai tahap ereksi yang sepatutnya.

Kajian menunjukkan, kebiasaannya masalah mati pucuk berlaku kepada lelaki ketika berusia 40 tahun dan bertambah teruk apabila usia meningkat. Kajian lain pula mendedahkan, satu daripada lapan lelaki di Malaysia mengalami masalah mati pucuk. Penyebab utama masalah mati pucuk ialah menghidap penyakit yang menghalang pengaliran darah ke zakar seperti jantung, kencing manis, darah tinggi, masalah saraf dan tahap kolesterol tinggi. Penyakit ini menyebabkan zakar lemah dan tidak berupaya mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan tusukan ke faraj. Tentunya masalah ini memberi tekanan emosi kepada lelaki lalu mendorongnya mengambil ubat menguatkan tenaga batin yang dijual secara berleluasa dalam pasaran.

Kebanyakan ubat kuat yang sering disarankan mengandungi bahan aktif iaitu racun terkawal yang mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan. Tiada halangan kepada lelaki sudah berkahwin mengambil ubat ini untuk meningkatkan prestasi ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan.

Namun, tidak digalakkan bagi lelaki bujang mengambilnya kerana ia boleh melemahkan fungsi sebenar zakar terutama selepas mendirikan rumahtangga. Satu daripada punca yang melemahkan fungsi alat sulit ialah kurang melakukan pergerakan fizikal kerana faktor bekerja di pejabat dan memandu kenderaan dalam tempoh lama. Sebahagian besar pesakit terdiri daripada  pemandu teksi, bas, lori dan penunggang motosikal.

Oleh itu, lelaki dan perempuan perlu melakukan banyak pergerakan fizikal bagi melancarkan aliran darah untuk menguatkan otot di bahagian alat sulit.

“Senaman ialah satu kaedah perubatan terbaik bagi pemulihan penyakit kronik lain.

Tanda-tanda

Tidak mampu untuk mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk aktiviti seksual adalah tanda yang menunjukkan anda menghadapi lemah tenaga batin atau mati pucuk. Masalah ini boleh muncul sendiri dalam beberapa cara seperti di bawah:

  1. Berlaku sementara atau muncul hanya sekali-sekala, masalah tidak mungkin menjadi serius, semua lelaki mengalami masalah dengan ereksi pada suatu masa dalam hidup mereka.
  2. Secara beransur-ansur dan berterusan, mungkin ada sebab fizikal; ini biasanya kes mati pucuk kronik
  3. Terjadi tiba-tiba tetapi anda masih mempunyai ereksi di awal pagi dan dapat mempunyai ereksi sewaktu bersama, itu mungkin masalah psikologi, mungkin juga faktor fizikal.
  4. Masalah untuk mendapatkan ereksi dan mengekalkan ereksi.
  5. Keinginan seksual yang berkurangan.

Atau anda ada masalah sebegini

  1. Selain daripada masalah yang di atas, ramai lelaki tidak sedar atau lebih teruk lagi terlalu ego untuk atau mengaku bahawa mereka ada masalah-masalah lain. Lebih kurang tiga juta lelaki di Malaysia (ini jumlah yang ada dalam data) mempunyai masalah seperti diatasi, tetapi masih ramai lagi yang hanya membiarkan masalah tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Masalah-masalah lain adalah seperti berikut:

  1. Pancutan pra matang.
  2. Nafsu yang berkurangan disebabkan faktor usia atau penyakit.
  3. Badan mudah penat dan lesu.
  4. Lambat terangsang walaupun dibelai oleh isteri.
Tanda ada kelemahan seorang lelaki

Jika anda mengalami perkara berikut maka anda ada simptom lemah tenaga batin:

  1. Kurang tegang semasa hubungan intim
  2. Ada masa tegang ada masa kurang tegang dan ada masa langsung tak tegang
  3. Kurang nafsu untuk bermesra dengan pasangan
  4. Badan cepat lesu walaupun macam tak ada sangat aktiviti yang boleh mendatangkan kelesuan
  5. Keinginan untuk melakukan hubungan intim ulangan tidak segairah dulu
Cara Rawatan Mati Pucuk

Bersenam

Pergilah ke padang berdekatan dengan rumah anda, jalan perlahan-lahan sambil menghirup angin segar. Malah berjalan dalam ruang tamu rumah pun boleh dianggap sebagai senaman. Bersenam sebenarnya mampu melancarkan aliran darah, seterusnya dapat meningkatkan nitrik oksida dalam saluran darah. Dengan bersenam, ia akan membuatkan ejakulasi yang padu. Senaman yang menggunakan berat beban ‘weight training; akan meningkatkan testosterone secara semula jadi. 

“Apa yang power, kesan bersenam ini sama seperti kita mengambil Viagra!”

Itulah yang dikatakan oleh Dr. Zachary Muncher, Pakar Urologi terkemuka dari US.

Kurangkan atau berhenti merokok

Mati pucuk terjadi sebab bekalan darah ke zakar terhad disebabkan arteri tersumbat atau sempit. Antara punca arteri sumbat atau sempit disebabkan merokok, walaupun rokok tanpa tembakau sekalipun.

Berhenti sama sekali kalau boleh atau cuba la kurangkan merokok.

Kurangkan pengambilan gula

Menurut USDA, purata pengambilan gula yang diperlakukan oleh lelaki dalam sehari ialah sembilan sudu kecil sehari. Pengambilan gula sehari mempengaruhi masalah ini. Selepas anda makan atau minum gula, ia akan menyebabkan pertambahan kadar insulin dalam badan yang akan menyebabkan kurangnya testosterone.

Alprostadil

 Ya, anda boleh dapatkan ubat mati pucuk ni di farmasi.

Memang banyak ubat kuat lain yang dicanang-canangkan tetapi tidak banyak ubat mati pucuk diluluskan KKM di luar sana.

Ada dua cara menggunakan Alprostadil

Cara pertama dengan sapu krimnya. Sekadar sapu pada bahagian zakar saja sekitar lima hingga 30 minit sebelum melakukan hubungan seks. Ianya membantu menambah diameter saluran darah pada zakar bagi meningkatkan perjalanan darah ke kawasan tersebut. Satu picagari kecil turut diberi bagi membantu pesakit menggunakan ubat ini.

Cara kedua tadi suntikan. Suntikan boleh dibuat oleh kita sendiri. Ubatnya tetap sama iaitu alprostadil. Jangan bimbang sebab pesakit akan diajar cara untuk menyuntik ubat di pangkal zakar. Ianya akan membantu meningkatkan aliran darah ke zakat. Selepas mencucuk ereksi akan tetap berlaku dalam masa 15 minit walaupun tanpa keinginan seks.

Vakum Plastik

Alatan vakum ini mengaplikasikan ruang vakum bagi membolehkan ereksi berlaku. Pesakit perlu memasukkan zakar ke dalam alatan vakum plastik yang diberi oleh doktor. Kemudian, udara yang berbaki dalam alat tersebut dikeluarkan. Cara ini membantu mengepam darah ke bahagian zakar lalu menghasilkan ereksi. Selepas ereksi berlaku, alat berupa getah akan diletakkan di pangkal zakar bagi mengekalkannya. Alat vakum plastik kemudian dialih sebelum meneruskan hubungan seks. Ingat, getah tadi perlu dilepaskan dalam masa 30 minit. Kalau tidak, pembengkakan boleh berlaku!

Cara Rawatan Mati Pucuk dalam Islam

Berdoa rawatan mati pucuk cara Islam

Bukan sahaja cara rawatan mati pucuk secara saintifik sahaja. Selagi ada alternatif lain, selagi ianya selamat, lakukan dan perlu berikhtiar serta berdoa, mohon Allah permudahkan.

Doa & Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

  1. Mulakan dengan Surah Al-fatihah.
  2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
  3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Taala, lalu membaca kalimah ini.
  4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun ke bawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.

Lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasa lah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari daripada penyakit-penyakit batin inshaAllah. Ayat-ayat Allah adalah penawar. Dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan Said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Aa-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri.Allah jugalah yang memberi kesan ke atas sesuatu.

 

*Sumber daripada pakar Obstetrik-Pakar Sakit Tuan (OBGYN), Dr. Ismail Tambi, Dr. Pakar Sakit Tuan no. 1 di Malaysia. Ianya bukan ubat  tetapi supplement Tongkat Ali. Tujuannya bukan untuk mengubati ataupun merawat, tetapi sebagai penjagaan. Apa yang menarik tentang XGENE ROYALE ini adalah, ianya mempunyai status Clinically Proven (Terbukti Berkesan Secara Klinikal) yang sah, sebelum dipasarkan ke pasaran umum. Paling penting, XGENE ROYALE ini ialah formulasi Dr. Ismail Tambi, doktor pakar sakit tuan dari Malaysia sendiri.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON