AGAMA

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari

“Berkahwinnya seorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.” Hadis riwayat al-Baihaqi.

Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya khususnya manusia, fitrahnya suka pada ketenangan hidupan sebagai suami isteri dan berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

Hubungan suci lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Rumahtangga yang dibina adalah alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

Seandainya suasana sesebuah rumah tangga itu aman dan kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain, maka insha-Allah akan tenteram dan sejahtera masyarakat.

Perkahwinan ialah amanah untuk memikul tanggungjawab membentuk keluarga yang lebih besar.

Seyugia bagi menjamin keharmonian rumah tangga, Islam menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri. Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.

Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah:

  • Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.
  • Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik.
  • Menyara anak-anak.
  • Melindungi isteri dan anak-anak daripada segi keselamatan dan kesihatan.
  • Melindungi maruah keluarga dan harta benda.
  • Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah.
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna.
  • Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.
  • Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain.
  • Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

Tanggungjawab Isteri

  • Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah.
  • Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan perkara maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.
  • Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
  • Menjaga kebersihan rumahtangga dan kesihatan diri serta anak-anak.
  • Menjaga amanah dan harta suami.
  • Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.
  • Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali dalam situasi darurat).
  • Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.
Rahsia dan Hikmah Perkahwinan?

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” Surah ar-Ra’di ayat ke 38 

Kurniaan nikmat Allah SWT kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.

Al-Baihaqi RA meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang maksud, “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi.” Hadis riwayat ath-Thabarani (7643)

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.

Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuatkan oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW maksudnya,

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.” Hadis riwayat al-Iraqi (2/29)

Sebaik-sebaik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu bersetubuh/berumahtangga, hendaklah dia berkahwin, kerana ia paling menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah pemelihara (dapat mengekang keinginan nafsu syahwat) baginya.” Hadis riwayat al-Bukhari

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi pelindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat. Cabaran-cabarannya luar biasa. Tanggungjawab yang hadir kadang-kadang terasa terlalu berat untuk dipikul di atas bahu. Ujian-ujian yang mendatang, kadang-kadang menyesakkan dada hingga dunia terasa sempit dan sesak.

Suami bukan malaikat, Isteri bukan bidadari…

Cinta dan perkahwinan itu hadir bersamanya tanggungjawab.

Tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggung jawab untuk mendidik anak isteri dengan ilmu yang benar.

Tanggungjawab-tanggungjawab ini semuanya nanti akan dihisab Allah di hari akhirat.

Setiap kita adalah pemimpin.

Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin ke atas rumah suami dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya.

 

HR Bukhari
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Fadilat Bersahur

admin

6 KERUSAKAN HARI VALENTINE

adminwm

INILAH KEKUATAN DOA BILA KITA UBAH

admin

Leave a Comment