Stigma datang haid telah sekian lama menghalang gadis-gadis mengejar impian mereka. Namun, kini tidak lagi. Kotex melancarkan Kotex #SheCan
Project bagi memperkasa gadis-gadis di Malaysia untuk menguruskan haid mereka dengan penuh kehormatan. Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kotex #SheCan Project meletakkan sasaran untuk mendidik 100,000 pelajar perempuan sekolah menengah di 100 sekolah mengenai kepentingan kebersihan semasa haid, kesihatan mental dan fikiran positif pada tubuh badan, kesemuanya dalam usaha membanteras stereotaip haid di dalam Masyarakat.
Menggunakan sepenuhnya kaedah permainan video sebagai kaedah berinteraksi dengan generasi gadis yang mengutamakan digital hari ini dan mendapatkan seberapa ramai yang boleh untuk turut serta dengan selama di dalam semua aktiviti ketika pandemik COVID-19 sekarang, program ini dibina di atas laman mikro. Ia merangkumi siri-siri permainan yang mendidik gadis mengenai topik seperti kebersihan semasa datang haid, kesihatan mental dan fikiran positif pada tubuh badan. Daripada program ini, yang diiktiraf Kementerian Pendidikan, sejumlah RM100,000 akan disumbangkan kepada 10 sekolah teratas yang menyertainya. Dikenali sebagai Dana Kotex #SheCan Fund, wang berkenaan akan digunakan bagi
menyokong pembinaan fasiliti pembelajaran lebih baik sekolah, seperti peralatan e-pembelajaran, bagi memberikan persekitaran pembelajaran berkualiti lebih tinggi bagi gadis-gadis. Di samping itu, pelajar perempuan sekolah menengah dari 10 sekolah teratas yang turut serta berkenaan akan juga menerima produk sanitari percuma bagi mengetengahkan lagi kepentingan kebersihan haid.
“Untuk tempoh yang sudah terlalu lama, gadis-gadis terhalang aspirasi dan matlamat mereka disebabkan haid. Sebagai jenama yang menjuarai kemajuan wanita, adalah menjadi keutamaan kami untuk menamatkan stigma ini. Meraih manfaat daripada kejayaan Bicara Kebersihan Kotex (Kotex Hygiene Talks) pada 2020 dan tema tahun ini Hari Kebersihan Haid (Menstrual Hygiene Day), kami mahu memecahkan situasi membisu dan stigma yang menyelubungi persoalan haid. Lebih penting, kami mahu menyokong gadis sekolah menengah dalam perjalanan mereka untuk menjadi generasi wanita berkeyakinan di masa hadapan, kata Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia.
Dengan para pempengaruh (influencers) dan personaliti media sosial diikuti kuat oleh generasi muda sekarang, Kotex juga telah berkolaborasi dengan mempengaruhi Cupcake Aisyah(@cupcake_aisyah di Instagram) dan Kashika Selvam (@kashikaselvam di Instagram) untuk
berkongsi pengalaman mereka di tahap berbeza di dalam permainan itu. Tahap dua, bertema Percayai Diri, Sayangi Diri, diterajui Cupcake Aisyah, di mana beliau berkongsi pengalamannya membesar sebagai remaja serta perjalanannya untuk menyelongkar diri sendiri dan juga penerimaan. Manakala Kashika Selvam di Tahap ketiga permainan itu akan mengenengahkan kepentingan fikiran positif tubuh badan dan menerima gadis dalam segala bentuk dan saiz. Menerusi kolaborasi dengan pengaruh-pengaruh ini, Kotex bermatlamat untuk memecahkan stigma mengenai haid dan mendidik gadis-gadis mengenai kepentingan berbual mengenai isu-isu ini secara terbuka.
“Kotex #SheCan Project telah mendidik gadis remaja tentang cara menangani persoalan akil baligh secara berkesan. Kaedah aktiviti permainan yang digunapakai juga berfungsi cukup bagus dalam membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri mereka dan belajar menerima diri mereka seadanya, tanpa membuat perbandingan dengan standard kecantikan yang tidak realistik. Jadi tahniah kepada Kotex atas kejayaan menganjurkan aktiviti sebegini yang sangat diperlukan,” kata Norizaitul Akmal, seorang guru dari SMK (P) Kapar.
“Program ini telah memberi impak besar di dalam hidup saya. Sebagai remaja, saya terdedah kepada standard kecantikan yang toksik dan bergelut untuk menangani dan menerima perubahan pada badan saya, disebabkan mencapai akil baligh. Saya cukup terhutang budi kepada Cupcake Aisyah dan Kashika yang menceritakan pengalaman mereka dan membolehkan saya mengubah tafsiran saya mengenai kecantikan dan berasa selesa dengan badan saya sendiri. Saya sekarang percaya bahawa saya boleh memiliki keyakinan untuk mencapai kejayaan dan mengejar cita-cita saya,” kata Asshuriatul Huda, pelajar dari SMK (P) Kapar.
Untuk menyertai keseronokan memecah stigma haid dan menjuarai kemajuan gadis-gadis ini untuk menjadi Wanita #SheCan yang hebat, sila layari laman web www.kotexshecanproject.com dan sertai kesemua tiga tahap permainan, menangkan untuk sekolah menengah anda RM100,000 dari dana Kotex #SheCan Fund.