SK-II nama yang senang disebut dan diingati. SK singkatan Secret Key dan rahsianya adalah Pitera, Pitera yang bisa membuat kulit jadi cantik.
SK-II Facial Treatment Essence (FTE) lahir pada 21 Disember 1980, bermakna sudah 38 tahun di pasaran dan semenjak itu tiada gantian yang terbaik untuk sebarang permasalahan kulit, ternyata ia menjadi pilihan jutaan wanita di seluruh dunia.
Saya dan SK-II
Sebagai penulis fesyen dan kecantikan, dunia saya terdedah dengan segala macam jenama. Bagi produk kecantikan, jenama SK-II tidak terkecuali. Di banyak ketika produk-produk kecantikan sampai ke meja penulis, malah kami antara insan terpilih mencubanya terlebih dahulu sebelum ia sampai ke kaunter-kaunter kecantikan. Malah sepanjang saya sebagai orang kanan di majalah, saya bukan sahaja berkesempatan menggunakannya percuma tetapi berpeluang ke majlis-majlis pelancaran dalam dan luar negara, menemuramah saintis dan pakar kecantikan, pengasas jenama dan yang kawan-kawan paling cemburu, kami sempat bergambar kenangan dengan selebriti-selebriti dunia khasnya yang menjadi jurucakap atau ‘brand ambassador’ kepada produknya.
Anehnya kisah saya dengan SK-II tidak bermula di sini, tetapi di London pada 1984. Saya masih ingat mengambil cuti yang paling lama dalam sejarah saya bekerja. Ya hampir tiga bulan. Tiga bulan saya ‘enjoy’ berpergian ke sana sini, keluar masuk gedung membeli-belah hampir setiap hari kalau kami tidak menjelajah luar dari kota London.
Berbalik kepada kisah saya dengan SK-II. Teringat hari itu, baru seminggu di sana dan kebetulan hari jadi saya. Awal pagi selepas sarapan kami sudah keluar. “Ke mana kita?” “Hendak window shopping’. Masuk ke Selfridges, mata saya terpana melihat kaunter-kaunter kecantikan yang berhias cantik. Dari satu kaunter ke kaunter saya dibawa kelekaan, mencium dan mencuba segala macam tester… hah bau di badan sudah bercampur aduk wanginya.
“Wir, Kak Yah belanja?” Boleh beli apa sahaja, tidak melebihi seratus pound sterling… saya membeliakkan mata. ‘Besar itu.” Okay dan saya pun tidak menunggu waktu untuk menjelajah ke satu tingkat ke satu tingkat bangunan, mencari sesuatu yang paling saya mahukan, dan pastinya ia sebagai kenangan abadi ketika di London.
Rupanya tidak mudah bila kita diberi untuk memilih. Kami keluar dari bangunan indah ini, mencari lagi department store. Masuk pula ke Harrods, lagi jiwa saya bergelora, seratus pound sterling menjadi terlalu kecil buat saya, semuanya mahal belaka, yang cantik tapi tidak termampu. Namun fikiran saya kepada satu kaunter kecantikan, saya teringat singgah mendengar penerangan juru kecantikan, dan seketika membuat saya terfikir, inikah yang mahu aku beli. Namun kerana wang itu bukan daripada kocek sendiri saya amat berhati-hati dalam membuat pilihan. Hari itu pulang tidak membeli.
Zaman remaja zaman bercinta.
Setiap hari berpergian, keluar pagi balik senja saya merasakan kulit saya semakin teruk. Dengan perubahan cuaca, dari musim sejuk masuk ke musim bunga kulit mengerutu, bersisik kerana kering, dan tona warna tidak sekata lagi, garis halus sudah mula muncul. Saya bertambah risau, takut sangat sudah tidak cantik. Memang di usia 20-an ini
saya sangat cemas kalau kulit wajah tidak licin, dan paling takut ditumbuhi jerawat.
Aduh, apa nanti kata orang di sana, sudah tentu saya tidak mahu buah hati saya pula yang lebih kecewa melihat kekasihnya tidak secantik yang dia kenal. Aduh mak, walau masih boleh melihat wajah di cermin tetapi saya tidak mahu nanti saya pula takut melihat wajah saya sendiri.
Saya teringat mengajak kakak pergi semula ke gedung mewah itu dua minggu selepas itu, masa itu kami baru balik dari Sheffield menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Cuaca di Sheffield terlalu-lalu sejuk dan sekembalinya kami keesokan harinya, saya dapati kulit muka berkerak-kerak, mengelupas dan kemerahan.
Semalaman saya di depan komputer dan akhirnya sudah tahu produk apa yang saya mahu. Kami ke kaunter SK-II keesokan hari.
Saya pasti SK-II pilihan
Kaunter SK-II seperti selalu, terlalu sibuk. Dan saya melihat seorang demi seorang yang datang dan pulang paling tidak satu produk, dan produk itu ialah SK-II Facial Treatment Essence (FTE), atau sekotak yang terdapat pencuci dan pelembabnya sekali. ‘Sure, you want to buy this?,” kakak beberapa kali bertanya, dan lekas-lekas saya menjawab, “Yang lain belum tentu akan keberkesanannya tetapi jenama ini, Insha Allah mujarab.” Justeru saya membawa pulang bukan sahaja FTE tetapi bersemangat untuk mengambil set lengkap. Entah berapa jumlah yang kakak saya sain, saya pun tidak ingat.
Dan saya bangga diberitahu oleh sang kekasih, orang London bertambah cantik, “berseri-seri nampak,” katanya. Saya tidak malu memberitahu, yang saya berbelanja beratus juga membeli SK-II. Hem… dia ‘being a metrosexual person’, sekilas itu menyiakan, “trust that brand,” saya teringat jawapannya masa itu.
Sejak itu saya tidak tinggalkan FTE… dan untuk penjagaan lain, saya ada juga mencampurkan dengan produk lain yang mengisi almari solek. Tetapi sebaik-baiknya, gunakan set lengkap untuk hasil yang lebih berkesan.
Pernah saya terlalai, dek pelbagai produk lain juga diberikan kepada saya percuma, saya lupa menitiskannya ke muka. Dan bila keadaan kulit menampakkan masalah, saya kembali menggunakannya, namun 10 tahun kebelakangan ini saya rasa, FTE, SK-II is a must, saya mampu tidak berbedak dan bercelak, tetapi saya kira FTE, wajib.
Oh ya, terima kasih juga kepada SK-II Malaysia kerana saya sering juga dihadiah pek lengkap SK-II atau paling kurang sebotol FTE, untung tidak payah membeli, tetapi andai kata sudah habis stok, saya tahu hujung bulan kaunter mana saya harus tuju.
Bagi yang pernah mencuba, tetapi anda tidak nampak keberkesanannya, saya mohon maaf tetapi rata-rata kawan-kawan saya swear this is the best product ever at the beauty counter’, saya rasa kalau anda sekali pakai dan drop it, elok dapatkan semula. Saya pasti pelaburan anda akan berbaloi. Dan nasihat saya tolong, jangan cepat percaya kepada produk-produk yang berluasa diiklankan di skrin tv atau yang bergantungan di papan tanda. Mungkin sekali dua pakai elok, akibat masa panjang kamu tidak tahu.
Kalau anda belum mencubanya, pergilah ke kaunter-kaunter SK-II dan minta sample, dan waktu sama anda juga boleh mohon untuk menjalani skin consultation, malah di setengah kaunter disediakan ruang untuk mengambil gambar kulit anda lengkap dengan analisis kulit sekali. Bertanyalah soalan kepada juru kecantikan SK-II dan percayalah anda akan melihat perkembangan yang menakjubkan kepada kulit jikalau anda rajin dan setia
menjalani regim kecantikan yang disyorkan. Dan adalah lebih baik menggunakan set lengkap untuk hasil yang memberangsangkan.
Pada usia saya sudah masuk angka enam, saya bertambah rajin untuk membelai wajah ini. Saya tahu hanya dengan penjagaan yang rapi dan sistematik, kulit saya tidak bermasalah sangat; kurang berkedut, tidak ‘dull’ dan ia masih lembab, licin dan nampak sihat.
Bila keanjalan kulit menurun dan bertambah lemah, sesuatu harus dilakukan. Tetapi ramai mendapatkan alternatif lain untuk mengembalikan keremajaan, membaik pulih keadaan kulit dengan menjalani siri menegangkan kulit dengan surgeri dan sebagainya. Hai kawan-kawan tengoklah wajah-wajah mereka di sebelah kamu, mereka yang menjalani aneka rawatan botox, face lift, surgeri dan sebagainya. Adakah mereka nampak lebih cantik dan muda?
Adakah kulit mereka halus, licin, lembab tidak kering, tegang tidak berkedut, lagi jernih?
Kalau jawapannya negatif, hentikan angan-angan untuk mencuba, kerana kalau sudah berbotox anda perlu buat banyak kali dan seterusnya dan seterusnya kerana masih cacat di sana sini. Kepada yang sudah menjalaninya, nasihat saya sekali lagi… cukup-cukuplah, mari cari produk yang sudah mendapat pengiktirafan dan menggondol pelbagai anugerah produk kecemerlangan, ‘best seller with more than 90% PITERA’, bio ingredient mengandungi pelbagai vitamin, asid amino dan bahan galian. Istimewa FTE produksi pertama dan sehingga kini tetapi sama, maknanya sudah 38 tahun ia sempurna dan amat unik sehingga kini.
Saya tidak kata kulit saya sekarang secantik yang dimahukan tetapi saya boleh kata, ia dalam tahap yang membanggakan. Ada juga hari-hari yang saya rasa malas untuk melayan kulit tetapi saya sedaya upaya, botol yang terletak betul-betul di sebelah katil saya, dan menuang beberapa titis ke kapas, dan menekap ia ke muka, itu sahaja tanpa perlu produk rawatan lain.
Cukup dengan ini sahaja dan saya tidur, bangun kulit saya tetap ‘radiant’ dan
jernih. Tepat sekali mengapa ia digelar produk ajaib.
Keistimewaan FTE
Mengandungi 90 peratus Pitera, air ajaib ini bisa membantu mengekalkan proses pembaruan kulit secara semulajadi. Ia dapat membantu memperbaiki kulit wajah dalam lima dimensi kecantikan; kulit jernih bagai kristal, pemasalahan kulit seperti noda-noda hitam kurang terlihat, kedutan kurang menyerlah, tekstur kulit lebih elok dan kulit lebih lembut lagi memancarkan seri.
Bagaimana menggunakan?
Menggunanya mudah. Dengan menggunakan kapas dan basahkannya dengan FTE dan tekap ke muka atau tuangkan anggaran sesudu teh FTE pada telapak tangan. Tekankan ke wajah dengan perlahan supaya esen mudah meresap ke muka. Sapukan juga pada leher. Gunakan dua kali sehari. Dan untuk hasil yang lebih baik, gunakan SK-II Facial Treatment Essence ini dengan SK-II Facial Treatment Clear Lotion.
Jika anda ingin mencuba SK-II Facial Treatment Essence, sila lawati laman web SK-II untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk memulakan perjalanan penjagaan kulit anda dengan SK-II, saya syorkan pelaburan
dalam SK-II Welcome Set yang hanya dijual pada harga RM260. Dalam set ini, anda boleh mencuba Facial Treatment Essence (75ML) bersama-sama dengan sampel SK-II Facial Treatment Clear Lotion dan R.N.A. Power New Age moisturizer. Selamat mencuba.
artikel:SKII Meraikan Hari Ibu Dengan Hadiah Sempurna Inspirasi Bunga Sakura Jepun
Gambar: Ewanina Effandie