CANTIK

Marc Jacobs Skincare Diperkenal Buat Pertama Kalinya

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Marc Jacobs Beauty teruja mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan kulit yang pertama, Marc Jacobs Skincare pada 20 Jun nanti.

Produk utama dalam rangkaian ini adalah Couthquake Hydra-Full Retexturizing Gel Crème, yang menjanjikan rutin kecantikan atau penjagaan yang sama tetapi untuk hasil yang dapat anda lihat dengan serta merta. Anda bakal seronok menggunakan krim gel yang bertekstur yang mewah yang menggembirakan deria, sementara formula yang inovatif memberikan anda wajah yang lebih muda!

Tiga tahun proses pembuatannya, menjadi satu rahsia keanggunan di permaidani merah yang telah lama ditunggu-tunggu. Penampilan pertama rangkaian Marc Jacobs Beauty sebenarnya di Met Gala tempoh hari, yang mana ia digunakan barisan selebriti top seperti Lady Gaga, Halsey, Lily Aldridge dan beberapa lagi. Padanlah masing-masing selesa bergaya depan kamera dengan kulit yang lebih lembut dan anjal dan nak tahu, bintang-bintang ini tidak menggunakan foundation langsung sepanjang malam tersebut namun wajah mereka masih cerah bersinar.

Awal minggu ini, di Festival Filem Cannes, Selena Gomes juga menggunakan Youthquake Hydra-Full Retexturizing Gel Crème menjadikan dia nampak elegen dengan statement look dan bulu mata bersayap dan bergincu merah.[/vc_column_text][thb_gap][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button