COVER STORY

CHEF WAN Antara Inspirasi, Kontroversi & Famili “Wan tak ambil peduli walaupun dilenyek tanpa simpati, dihina dan dikeji… tapi ramai juga yang memuji.”

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Every situation is a lesson to be learned, never expect things to happen, struggle and make them happened. Never expect yourself to be given a good value. Create value of your own.” Sungguh indah bahasanya, tidak pasti sang pujangga mana yang menulis, namun tepat sangat menggambarkan kehidupan penghias muka depan isu Jun, Profesor Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Tidak mahu saya membuat pengenalan lebih lagi kerana siapa pun yang tidak kenal chef nombor satu ini? Kalau kau orang kata Siti Nurhaliza itu popular gila, apa kurangnya dia? Malah kalau diajukan pada mat salih di London, Kanada dan Perancis fasal Siti jawab mereka, “Who?” Sebaliknya cuba mention nama Chef Wan tengok apa reaksinya. Hebat tak hebat anak Felda?

MajalahWM diterbitkan semenjak 2016, tetapi ini pertama kalinya kami menjemput personaliti lelaki menghiasi muka depan. Sementelah bulan Jun, merata majalah akan membincangkan isu lelaki dan tidak mungkin kami mahu ketinggalan. Lagi pula, sekarang hangat beberapa kes personaliti lelaki yang buat hal; meninggalkan dan menipu bini antara lain. Aduh mak… barangkali mereka ini terlalu leka menganggap ‘dunia ini milik lelaki’. Benarkah? Dan saya mencari kata-kata indah tentang lelaki tetapi entah kenapa yang saya jumpa agak tidak manis bunyinya. Apakah para pujangga dan pendeta juga berprasangka yang sama seperti wanita-wanita yang pernah diperbodohkan lelaki? Salah satu yang saya jumpa daripada pelakon Brigitte Bardot, “Men are beasts, even beast don’t behave as they do?” Mengingatkan saya pada kisah seorang PU (Pencetus Ummah) (kita membawang jap ya) yang sekarang bersungguh membuktikan dia baik pekerti. Dude, kalau kau berhati perut, tidak kau tinggalkan bekas isteri terkontang-kanting; menyelamatkan seorang janda dengan menjadikan isteri kamu sendiri janda. Apa bendanya tu?

Menyebut yang ini, Puan Wirda Adnan mengajukan pada Chef Wan tentang kedua-dua anaknya yang melalui penceraian. “Apa pendapat you?” Kata Chef Wan, “I’m happy for them because finally they get out of an unhappy marriages. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Dan saya selalu melihat balik penyebab penceraian itu. Adakah ia berlaku kerana sifat anak kita yang berperangai tak senonoh atau adakah anak kita yang menjadi mangsa?”

So, you rasa anak-anak you berjaya keluar daripada penderitaan?” “Serina yes, but not Nazri. He’s a womanizer. So the broke up was very sad for me. I marah dia fasal tak ada sifat bertanggungjawab macam bapa dia. He’s a ‘J’ you know…”

“Upp! Tak apa ke cakap macam tu? Kita nak tulis nanti ni?” “Dah dia memang macam tu. Sama halnya masa dia jadi juri rancangan memasak dulu yang mana kerana kesilapan yang dia lakukan telah memusnahkan kerjaya dia. Manusia, kalau sudah begitu sifatnya, akan payah nak berubah. I selalu cakap pada dia jangan mempermainkan hati perempuan kerana akan datang benda ini akan berbalik semula pada you.”

“Bagaimana pula dengan Serina?” “She’s fine. She’s a strong minded person. I just want her to be happy. Selagi dia happy, buatlah apa saja I tidak kisah, janji dia bertanggungjawab untuk kehidupan dia.”

Sebagai bapa… ehem, the bankable kind of dad, bukan satu masalah untuknya menanggung keluarga. Selain jandanya, saudara mara dan saya percaya kalau disenaraikan boleh jadi berjela. “Janda orang pun I jaga tau. Ada yang anaknya tak ada duit buat belanja sekolah, nak buat kenduri kahwin anak tapi duit tak cukup pun I tolong.”

Satu yang saya suka bila mendengar celoteh Chef Wan, terkadang mesti dia berlawak, “I ni harta tujuh keturunan pun tak habis makan!” Walaupun kita tahu dia bergurau, tetapi mengenali orangnya, kita sedia tahu kemewahan yang dimiliki. Sedangkan kak Wirda sendiri pernah beritahu, dulu Chef Wan kalau shopping macam orang gila. Walaupun di kalangan warganet ada yang kata dia suka menunjuk seperti baru-baru ini saya terbaca satu komen di Cari.com mengatakan Chef Wan suka ‘humblebrag’ tetapi pada saya, yang itu lain caranya. Nak tengok sejenis itu, pergi saja Instagram Alif Syukri, Vida dan pengusaha produk timbang kilo yang lain termasuk Kak KM… oh sorry, yang itu tak lalu. Chef Wan orangnya suka bercerita dan dia ada macam-macam idea, sebut apa saja topik. Malah kalau wartawan menemuramahnya, sediakan satu soalan pun sudah cukup kerana dari situ macam-macam kisah dia akan kongsikan.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9545″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]You tolong semua orang tu hingga mereka dapat merasai luxury atau sekadar beri cukup-cukup saja?” “Sekadar cukup sajalah.” “Habis tu sampai bila you nak menanggung orang, Wan?” “Mungkin sampai I masuk kubur? Ada sebabnya Tuhan bagi kita rezeki, anugerah dan umur yang panjang kerana untuk kita berkongsi apa yang kita miliki dengan orang sekeliling. Bukan untuk kita menikmati dunia tak sudah-sudah!”

You tak pernah rasa terbeban?”

“Darah daging I, apa yang nak terbebannya? Walaupun yang I khaskan untuk diri I hanya sedikit saja. I tak pakai Armani. Kasut Louis Vuitton ini pun dah dekat 10 tahun tak bertukar ganti. Kalau you tengok gambar-gambar I, balik-balik itu saja pakaiannya tetapi tak ada pula orang komen, “Eh, why you keep on wearing that jacket?””

Chef Wan sudah mengembara satu dunia, bertemu dengan teramat banyak orang yang membuatkan dia faham inspirasi, aspirasi juga perjalanan dan kesukaran mereka. Padanya, kehidupan di dunia ini seperti di atas satu pentas teater yang besar dan setiap orang punya peranannya. Ada yang memainkan peranan Sultan, editor, tukang sapu. Berbeza kesemuanya tetapi setiap watak punya sumbangan. Kita tidak dilahirkan di dunia untuk sekadar hidup, bekerja dan kemudian mati. No! No! Kerana peranan kita jauh lebih lagi. Sebut Chef Wan, “I want to be able to live as long as I can. When i’m healthy I can inspire people. Selagi boleh berbakti kita buatlah. Tapi kalau hidup lama sekadar untuk berfoya-foya yang itu tak mahu. Tuhan bagi kita hidup lama sebab Dia nak kita buat benda baik-baik.”

“Tuhan beri I macam-macam; wisdom, strength, willpower, challenges, but at the same time He test me and my children too. Jadi, kita tak perlu malu dengan kelemahan masing-masing, tak perlu sorokkan kekurangan kita di bawah karpet.”

“Apabila you bercerita tentang keluarga, tidakkah ianya seperti membuka pekung di dada?”

“Orang kita memang macam itu, katanya kita buka aib keluarga sendiri. Sedangkan mereka boleh ambil iktibar daripada cerita yang I kongsikan. Kalau nak tahu, itulah sebab I asyik buat rawatan laser kat muka I ni, nak kasi kulit I tebal biar tak malu apa orang nak kata!”

DE.WAN 1958 by CHEF WAN

Helen Keller menyebut, “Transformation doesn’t just happen. It takes a plan and a support system. This how-to guide is full of the top wisdom, tips, exercises and success stories to inspire an old dream or create a new one.”

Walaupun satu dunia tahu reputasi Chef Wan dalam bidang kulinari, tetapi dia ambil masa begitu lama untuk memulakan perniagaan makanan sendiri. Dalam temubual dengan David Rocco dan rancangan television antarabangsa yang lainnya, juga ditanyakan soalan yang sama; kenapa umur dah senja baru nak buka restoran?

Pun yang sebenar, Chef Wan tidak cukup yakin. Walaupun pernah bekerja di berbagai hotel dan restoran mewah, menjadi tukang masak peribadi untuk orang kaya-kaya, Perdana Menteri, termasuk Raja dan Sultan dalam dan luar negara, tetapi padanya pengalaman itu belum cukup untuk dia menubuhkan restoran sendiri. Seringkali dia tertanya, “Sudah cukup sedap ke masakan aku ni?”

“Sebelum buka restoran, 10 kali I memikir. Walaupun sudah bertahun pengalaman dan bekerja serata benua, but I never had the confidence. I sangsi bolehkah I menjadi seorang ahli perniagaan yang baik? Daripada dulu sudah banyak yang mengajak I bekerjasama dengan mereka seperti KFC, Tabung Haji, Malaysian Kitchen. Pemilik PappaRich pernah offer I banglo dia berharga lapan juta untuk I collaborate dengan jenama dia. Masa meeting dia beritahu, “You take one, but I want your brand name. And you beritahu berapa percent you nak dalam business ni.” Begitu juga halnya dengan pemilik Secret Recipe tetapi semua tawaran tu I tolak.”

Namun begitu, selepas empat tahun dalam bulan Ramadan, menjadi Ketua Chef di Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan setiap hari mendapat kunjungan lebih 800 tetamu, memberi dia keyakinan, seraya bersetuju menubuhkan De.Wan 1958 yang menghidangkan makanan Melayu autentik, bertempat di The Linc Jalan Tun Razak. Chef Wan tidak mengusahakan bersendiri sebaliknya diiringi rakan seperniagaan, tidak silap saya dengan bajet melebihi tujuh juta ringgit.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9546″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Di sinilah dunianya. Mengapa perlu dia mengehad pilihan dan menutup peluang yang terbentang depan mata? Lagipun, “If you limit your choices to what seems possible or reasonable, you disconnect yourself from what you truly want, and all that is left is a compromise.” Dengan itu Chef Wan meneruskan keinginannya kerana dia percaya boleh melakukan lebih daripada apa yang dia bayangkan. Dia tahu yang dia punya banyak pengalaman juga ada kelebihan dianugerahiNya, pasti tidak mahu disia-siakan. Chef Wan bukan sekadar meneruskan apa yang selama ini dia lakukan, tetapi bersaing dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.

Membelek Instagramnya, setiap hari ada saja pos tentang restoran dan ada antaranya dia bercakap tentang masalah yang dialami kini; dengan chef yang memasak tidak mengikut resepi dan buffet table setting misalnya. Dua minggu pertama selepas dibuka, dua orang chef kena gantung apron; kononnya berpengalaman kerja sana-sini tetapi yang sebenar, tidak pun pandai mengelola urusan di dapur dan ada pula tu yang nak menempah kuih muih dari luar? Hem, pening mendengarnya. Apalah guna segala resepi Chef Wan yang dikumpul daripada zaman tok neneknya dulu?

Meskipun begitu, Chef Wan being Chef Wan; dalam pada geram dengan performance beberapa pekerja, dia sudah peruntukkan angpau Raya buat mereka.

Tak mengapa, bagilah chance kerana bisnes diawal beroperasi memang begitu. Yang penting makanan di De.Wan tiada MSG atau terlebih gula dan sebagainya yang boleh membuatkan kita terlantar di Gleneagles. “Kerana ini masalah orang kita yang malas memasak, asyik-asyik makan di luar sedangkan mereka tidak tahu pun bahan yang dimasukkan dalam makanan mereka.”

Dan persoalan lain, ada pula restoran yang charge mahal tetapi makanan bukan pun semuanya dimasak sendiri oleh in house chef sebaliknya outsource dari luar. Beli dengan harga murah kemudian dijual di restoran mereka dengan harga mahal. Tambahnya, “Dan kemudian mereka ini gelarkan diri mereka chef. Boleh pula? It takes two tango; orang sebegini akan buat apa saja yang mereka nak demi pulangan lumayan dan mereka mengambil kesempatan terhadap orang kita yang jenis asyik nak makan luar saja.”

Menyebut tentang barisan chef (sebenarnya beribu kali sudah dia cakap benda ni), “Kita mesti bertanggungjawab untuk makanan yang kita hidangkan, kena ada disiplin diri dan sikap mahu belajar daripada kesilapan dan kelemahan. The proof is always in the pudding! Untuk menjadi seorang chef yang hebat perlu ada konsistensi dan kualiti dan menyediakan makanan pada tahap yang tinggi sepanjang masa. Banyak yang kita perlu buktikan kepada orang di luar sana kerana mereka mempunyai jangkaan yang tinggi kerana restoran ini di bawah jenama yang saya sudah bina bertahun lamanya.”

Halangan membuka restoran tidak setakat itu. Ada pula orang tertentu yang mahu memulaukan atas alasan kerana dia terlalu vokal daripada ketika kerajaan yang sebelumnya memerintah lagi. “Ada pula segelintir manusia yang busuk hati, nak boikot restoran Chef Wan, boikot Go Shop. Tetapi apa yang jadi sekarang ni, restoran I penuh. So who’s having the last laugh now. Me or them? Wan tak ambil peduli walaupun dilenyek tanpa simpati, dihina dan dikeji… tapi ramai juga yang memuji.”

Begitulah penangan Redzuawan bin Ismail. Berpuluh tahun dulu, anak orang lain di FELDA Sungai Koyan dapat kerja di bank atau jadi engineer, habis kecoh satu kampung. Yang anak cik Ani jadi tukang masak, seorang pun tak pandang. Kata mereka, “Ada aku kesah?” Sebaliknya hari ini, sebut saja nama Chef Wan, daripada budak sekolah rendah sampai yang setua Tun Mahathir itu pun, pasti mengenali dia. Tahun ini dia kembali ditawarkan menjadi Duta Pelancongan Makanan Malaysia, selepas disingkirkan beberapa tahun lalu hanya kerana dia memuji-muji pembangunan Pulau Pinang. Hem.. hal sekecil itu pun boleh jadi isu. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9547″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

BLUNT and UPFRONT

Chef Wan is blunt and upfront. Lantang menegur dan ada ketikanya menempelak terutama yang berkaitan anak-anaknya dan terjahan turut terkena bekas menantu. Kes penceraian Serina sebagai contoh, yang melarat kepada perebutan hak penjagaan anak, malah Chef Wan turut dituduh pedofilia dan tidak dibenarkan tidur sekatil dengan cucu sendiri. Allahu. Macam-macam ya.

Melihat pada rumitnya masalah penceraian ini, secara peribadi saya rasa Chef Wan dah tak teringin lagi nak bermenantu lelaki dan barangkali sama halnya dengan Serina, tidak kuasa lagi nak bersuami. Kalau ya, tak mengapalah, apa salahnya menjanda jika ia boleh membuat you lebih happy? Tetapi katalah, selepas ini ada lelaki menghampiri you Serina, sematkan dalam diri, “I will not be another flower picked for my beauty and left to die. I will be wild, difficult to find and impossible to forget,” dan kemudian hadiahi diri sebutir cincin bertatah berlian besar dan tunjukkan pada si dia yang ada hati pada you, “Either you beat the size of my diamond or match the size of my heart!”

Berbalik pada Chef Wan, kadang ada yang kata, dia ni memandai nak menasihatkan orang, padahal diri sendiri pun tak betul. Sedangkan anak dia pun bercerai-berai. “But i’m not responsible for my children. Mereka sudah besar. Lagipun bukan anak I saja yang bercerai, ramai lagi anak orang lain yang bercerai. Jadi apa nak dimalukan?”

You tak terkesan ke bila kena hentam?” “Of course I do, but i’m a happy person.” “But do you cry? What makes you cry?”

“Selain mengenangkan my struggle, my effort and family… manusia yang tidak mengenang jasa kita, ibarat melepaskan anjing tersepit. Kita dah tolong dia, dia gigit kita balik. Ceritanya fasal hal di kampung masa pagi Raya, dah pukul sembilan pagi anak-anak buah masih lagi tidur sedangkan kejap lagi tetamu nak datang beraya. Bila I keluarkan cerita tu dalam Instagram, oh nak saman I. Sedangkan bukannya I upload gambar muka pun, I hanya tunjuk gambar kaki dia masa dia tidur saja.”

“Isu ini menjadi pengajaran bukan saja untuk keluarga I, tetapi juga untuk keluarga you dan orang lain; don’t bite the hand that feed you. Apa pun tak kisahlah, banyak lagi orang sayang I. Esok bila I mati, kalau family sendiri tak nak mengangkat jenazah I, tak apalah, mesti ada orang lain yang akan tolong.”

INSPIRASI

Nun lama dulu, daripada bekerja ‘mengira duit orang’ di bank, Chef Wan menukar profesion, menyambung pelajaran dalam bidang kulinari di luar negara kerana mahu bergelar chef profesional. Dia melakukannya kerana passion, selain bosan barangkali, daripada mengira duit orang lebih baik dia biarkan orang lain mengira duitnya, sementara dia pergi beribu batu melakukan sesuatu yang lebih menggembirakan hati dan menyemarakkan jiwa. Satu lagi, kerana dia percaya dirinya berpeluang mencapai kejayaan lebih besar.

If a drop of water falls in a lake there is no identity. But if it falls on a leaf it shines. So choose the best place where your ability shines.” Mahatma Gandhi pula berpendapat, “Man often becomes what he believes himself to be. If I keep on saying to myself that I cannot do a certain thing, it is possible that I may end by really becoming incapable of doing it. On the contrary, if I have the belief that I can do it, I shall surely acquire the capacity to do it even if I may not have it at the beginning.”

Hari ini, namanya terkenal satu dunia, anugerahnya penuh satu almari. Orang lain yang sama sebaya, baik golongan chef sendiri, juga selebriti atau orang biasa sudah tutup buku atau tak berapa laku, sebaliknya Chef Wan diusia 61 masih ligat, rancangan tv-nya beratur menunggu ditayangkan dan masih banyak juga yang belum menjalani penggambaran. Manakala restorannya pula, selain dikunjungi warga kota, ia turut menjadi lokasi tumpuan kerabat Diraja dan orang kelas atasan. Seronok jadi Chef Wan, semua orang besar-besar mengenali dia.

Pun begitu, tidaklah dia mendongak ke langit berhidung tinggi. “Daripada kecil I tak pernah terlalu excited dengan glamor dan kesenangan. I have travelled the world, menjadi chef peribadi untuk salah satu keluarga terkaya di Hawaii, juga di Hotel Four Seasons antara lain, bergaul dengan the creme de la creme of the high society, Raja-Raja dan menteri dan ada yang terlalu famous pun, saya tak rasa begitu hairan. Walau siapa pun saya layan sama rata, dengan keikhlasan dan penuh hormat.”[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9548″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Walau bagaimanapun, dalam cuba merendah hati, ada juga yang takut dengan Chef Wan. Di merata acara misalnya, jika namanya tidak disebut dengan lengkap, mereka akan meminta maaf berkali-kali, “Maaf banyak-banyak tak letak title Profesor… sekian dan sekian,” tetapi jawabnya, “Tak mengapa dik, hal kecil saja. Abang dilahirkan sebagai Chef Wan, esok mati pun orang menyebut nama I Chef Wan juga.”

“Aku bukannya lapar publisiti. Hari-hari muka aku keluar Go Shop. Setakat ini tak pernah lagi I gilakan pangkat. Ada orang lagi besar statusnya, lagi kaya dan lebih merendah diri daripada kita. Apalah sangat I ni. Sama juga sebelum ini bila I naik Grab, ada yang segan fasal kereta dia kecil (dia bawa Myvi) padahal dia tak tahu I naik lori hantu je masa kat Felda dulu.”

USIA EMAS

Look at the sky. We are not alone. The whole universe is friendly to us and conspires only to give the best to those who dream and work.” – A. P. J. Abdul Kalam

Chef Wan melambangkan definisi sukses. Dia membuktikan tiada yang kita tidak boleh miliki dalam kehidupan ini. Kalau kita punyai semangat, disiplin, kerajinan, ketabahan (and the list goes on and on) bintang yang bertebaran di angkasa pun boleh kita gapai.

Sudah diusia 61, Chef Wan beranggapan dia ada lima hingga 10 tahun saja lagi untuk betul-betul aktif sebelum dia mengucapkan selamat tinggal. Tidak, jangan salah faham, bukan selamat tinggal untuk ke batu dua, tetapi sebelum dia bertongkat atau nak jalan pun kena dipimpin tangan, jadi dalam waktu ini, dia mahu melakukan apa yang dia terlepas sebelum ini termasuk meluangkan lebih banyak masa dengan Cik Ani, saudara-mara juga teman-temannya di dalam dan luar negara. Selagi masih sihat, walaupun kawannya itu di hujung dunia tetap dia mahu berpergian melawat mereka. Selain itu, bercadang mahu belajar mengaji dan beribadat di Makkah.

Bagaimana pula selepas tempoh itu? Kita tunggu dan lihat sajalah tahun 2029 atau 2030 nanti, kalau kita pun masih panjang umur maknanya dapatlah kita baca karangan dan bebelan Chef Wan di IG![/vc_column_text][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Penghargaan

Jurugambar: Fendi Shas & Hafizi dari Fendi Shas Studio
Solekan: Nurulhuda Khairuddin
Dandanan: Nurulhuda Khairuddin
Pakaian: Koleksi peribadi Profesor Datuk Chef Wan
Konsep dan Pengarah Seni: Wirda Adnan
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button