PERSONALITI

Penata Gaya Rambut Profesional Albert Nico Bercakap Tentang Buku Fotografi Terbitannya

Kongsikan tentang diri anda?

Saya adalah seorang jurugaya rambut profesional dan merupakan pemilik Albert Nico Boutique Salon di Jalan Bukit Bintang. Saya pernah menceburi bidang lakonan, pernah menjadi penari dan antaranya pernah mengiringi persembahan Datuk Elaine Kang, selain pernah bergelar model. Saya juga seorang pengarang buku yang saya terbitkan sendiri dan juga bergelar jurugambar.

Tentang buku Albert, The Soul of Portraits, apakah tujuan penerbitannya. Adakah projek ini berkaitan dengan kerja amal?

Idea asalnya apabila Elaine Daly meminta saya merakamkan gambarnya ketika dia sedang mengandung lapan bulan. Kami berdua sangat sukakan hasil fotografi tersebut, dan dari situ timbul idea untuk menghasilkan buku yang menampilkan 90 personaliti tempatan antaranya Datin Paduka Marina Mahathir, Orson Liyu, Dato’ Sri Bernard Chandran, Amber Chia dan Datuk Kelvin Tan. Dihari pelancaran saya mengadakan slot istimewa, yang mana 11 karya masterpieces saya dilelong dan salah satu foto memperolehi bidaan tertinggi RM11,188. Wang lelongan tersebut disumbangkan kepada Give Malaysia, sebuah pusat bantuan kanak-kanak yang didiagnosis dengan kanser.

Apakah projek lain sebelum ini yang menjadikan anda sangat berminat mengenainya?

Saya melancarkan buku ‘When Dreams Come Alive’ di salon saya di Fahrenheit 88, Bukit Bintang pada 2012. Saya juga bergelar Duta Besar Artistik L’oreal Professionnel, yang memulakan buku itu dengan niat untuk memberi inspirasi kepada generasi muda yang bercita-cita menjadi penata gaya rambut. Dreams Come Alive mengandungi banyak foto penggayaan ciptaan saya yang memenangi anugerah dan kisah kehidupan awal saya dan bagaimana saya menjadikan siapa saya hari ini.

Apakah yang membuatkan anda merasa sangat bersyukur dalam kehidupan ini?

Banyak sebab, salah satunya saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kemampuan dan bakat. Saya juga sangat menghargai orang di sekeliling saya kerana mempercayai dan menyokong projek saya sepenuhnya.

Apa yang paling menarik tentang diri anda yang tidak diketahui kebanyakan kawan dan ahli keluarga?

Keluarga, kawan dan pelanggan saya sangat kagum dan terkejut apabila saya menerbitkan buku ini. Mereka memberitahu bahawa apa yang saya lakukan sangat memberi inspirasi. Saya fikir yang paling menarik adalah ketika mereka melihat gambar-gambar penggayaan rambut ciptaan saya dan tidak dapat menahan rasa keterujaan, dan ini adalah pujian terbesar bagi saya. 

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9570″][thb_gap height=”40″]
Bercakap kembali tentang perniagaan salon anda… apakah nasihat anda untuk mereka yang ingin menjadi pendandan rambut dan untuk memulakan perniagaan?

Lakukan banyak latihan, lakukan banyak penyelidikan, dapatkan banyak pengetahuan dan pengalaman untuk meluaskan kemahiran anda. Juga, mesti mempunyai semangat, kesabaran, tindakan dan tekad.

Huraikan kehidupan dan plan anda 5 tahun akan datang?

Setiap hari adalah kehidupan yang baru untuk saya dan menjalaninya dengan menarik dan sangat produktif. Saya terlalu sibuk untuk memikir tentang plan lima tahun akan datang ataupun plan kehidupan. Saya menikmati sangat-sangat hidup saya dan apa sahaja yang berlaku saya akan terus berjalan dan bergerak maju ke hadapan.

Selebriti terkenal yang paling anda kagumi yang pernah berkerja dengan anda?

Saya ada moment yang menyeronokkan bekerja dengan Elaine Daly, kerana kami memulakan projek ini bersama-sama. Dia datang ke salon saya dan mengajak saya merakamkan gambarnya. Dia sedang hamil pada masa itu. Saya memintanya untuk membuat sesi penggambaran selepas dia bersalin, tetapi dia kata dia mahu lakukan segera. Itulah pertama kali saya memotret dan kami melakukannya dengan cepat dan mudah, kami semua sangat gembira dan sangat puas hati dengan hasilnya. Sudah tentu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat saya yang menjadi sebahagian daripada buku ini. Mereka dengan segera bersetuju apabila saya meminta mereka menjadi model saya. Saya sangat menghargainya.

Bergelar seorang jurugambar peribadi juga dalam dunia limelight, sekiranya ada seseorang mengambil gambar anda tetapi anda tidak sukakan hasilnya? Bagaimana anda bertindak balas?

Saya seorang yang berorientasikan perincian, tetapi saya juga faham bahawa fotografi sangat subjektif. Mungkin jurugambar tersebut melihat sesuatu yang menarik pada saya dari sudut yang berbeza dan membuatkan saya kelihatan menarik, saya tidak akan menilai atau complain. Jika saya rapat dengan orang yang tersebut, sebaliknya saya akan cuba meminta mereka untuk menukar gambar yang saya tidak suka dan memilih gambar yang lain.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true”][thb_gap height=”40″]

Penghargaan

Solekan & dandanan: Orson Liyu
Fotografi oleh: Albert Nico

Related posts

Yani Bakhtiar The Contender

admin

10 Soalan Cinta

admin

Temubual Bersama The Father of Palace Of The Golden Horses, Tan Sri Lee Kim Yew

admin

Leave a Comment