SERI Makmal Penyelidikan Dan Pembangunan Produk Kecantikan Termaju

Dengan penubuhan pusat penyelidikan ini, SERI berupaya membangunkan produk yang menjimatkan kos, inovatif dan berkualiti tinggi.
Memiliki lebih 100 penyelidik dan saintis daripada pelbagai bidang sains, pengguna boleh mengharapkan produk baru dengan kandungan bahan-bahan yang menarik dan aktif, keserasian kulit terbaik dan memenuhi piawaian tertinggi untuk keselamatan dan keberkesanan.
SERI juga telah mempelopori teknologi dalam industri penjagaan kulit di Malaysia dengan inovasi nano emas di mana ia diformulasi ke dalam rangkaian produk anti penuaan SAFI Rania Gold. Dengan penyatuan enkapsulasi nano, bahan-bahan bio aktif seperti sebatian pencerahan kulit menjadi lebih stabil dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam pada kadar yang lebih cepat.
Baru-baru ini pusat SERI telah membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka untuk menyertai lawatan makmal dan analisis kulit.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]