CANTIKGAYA HIDUP

Misteri Alam Cantik

Kisah silam banyak mengajar kita tentang cantik; indahnya kala dipuji cantik, namun jelek bila terbit sifat riak. Itu belum lagi sifat manusia yang suka mengikut hawa nafsu, hilang pertimbagan hanya kerana taksub dengan kecantikan yang dimiliki atau kecantikan seseorang yang disanjung. 

‘Cantik’ juga tidak sepi daripada dikaitkan dengan perkara-perkara negatif seperti terbitnya rasa cemburu pada mereka yang tidak memilikinya, perasaan bongkak dan alpa pula pada sipemiliknya. Malah dalam banyak cerita dan legenda mengisahkan betapa cantik itu memainkan peranan penting dalam sesuatu keadaan hingga mampu mengundang rasa cemburu yang luarbiasa, berakhir dengan kehilangan pertimbangan hingga berbunuhan.

Kecantikan sebenar terbit dari lirik mata yang memandang atau “beauty lies in the eye of the beholder,” jika benarlah begitu, masyaAllah, setiap kita memiliki kecantikan yang tersendiri. Dalam dunia yang penuh kancah dan lebih superficial hari ini, agak sukar untuk sesetengah menghargai keindahan ciptaan Ilahi yang terdampar di depan mata tanpa, manusia sering tertipu dengan apa yang dilihat. Mengubah paras rupa bukan sahaja dengan bahan kecantikan malah saggup lalui pembedahan. Itulah lumrahnya. Demi nafsu, ramai yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mari kita cungkil alam kecantikan yang merungkai pelbagai misteri. 

Setiap tamadun di dunia, dari Eropah, Mesir purba, Jepun, India hinggalah di Nusantara, pendeknya, di barat mahupun di timur juga, masing-masing menyimpan rahsia kecantikannya yang tersendiri atau legenda yang menjadi bahan peninggalan penglipur lara turun temurun. Misalnya Romeo dan Juliet, yang menjadi kisah cinta terhebat dunia, kerap dipentaskan hingga ke hari ini.

Cinta, Cantik & Cemburu

Legenda Romeo & Juliet – Mengikut cerita cinta agung dan terhebat dari barat ini, Romeo adalah seorang jejaka bangsawan. He was so lovestruck. Dia amat meyakini cinta pandang pertama dan taksub dengan kecantikan yang dilihatnya. 

Dia hanya meminati dan tertarik dengan kecantikan Juliet hingga mabuk dengan alam cintanya. Sukar melelap mata waktu malam dan sering terbawa-bawa dengan igauannya dan ketaksubannya terhadap kecantikan Juliet membuat dia alpa tentang dunia nyata.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12764″]
[thb_gap height=”40″]

Dia sering membandingkan kecantikan gadis impiannya itu setanding dengan sinaran matahari. Bagi Romeo tiada gadis lain secantik Juliet dan boleh menandingi kejelitaannya. Walaupun sedar tentang kemelut keluarganya dengan keluarga Juliet, ketaksuban Romeo terhadap kecantikan Juliet tidak pernah luntur malah dia sanggup mengenepikan segalanya dan menempuh apa jua yang mendatang. Pelbagai halangan mereka lalui termasuk daripada keluarga kedua-dua pihak dan dalam pelbagai konflik yang akhir memusnahkan cinta mereka dan berakhir dengan kedua-duanya meragut nyawa dengan meracun diri. 

[thb_gap height=”40″]

Walaupun sedar tentang kemelut keluarganya dengan keluarga Juliet, ketaksuban Romeo terhadap kecantikan Juliet tidak pernah luntur malah dia sanggup mengenepikan segalanya dan menempuh apa jua yang mendatang. 

Pelbagai halangan mereka lalui termasuk daripada keluarga kedua-dua pihak dan dalam pelbagai konflik yang akhir memusnahkan cinta mereka dan berakhir dengan kedua-duanya meragut nyawa dengan meracun diri. 

Legenda Lancang Kuning Terdapat pelbagai versi tentang legenda ini, antaranya, hikayat rakyat Riau ini ialah tentang seorang sultan yang mempunyai dua orang Panglima kerpercayaanya yang bernama panglima Ali dan Panglima Alang Yahya. Menjadikan kisah ini lebih menarik, Panglima Ali telah tertawan pada seorang wanita rupawan bernama Kelani iaitu seorang penari di Istana. Kecantikannya begitu terbilang hingga menjadi buah mulut seluruh kampung dan negeri. Ramailah jejaka yang mengidamkan kecantikan Kelani termasuklah Panglima Ali. Namun Kelani telah jatuh hati kepada panglima Alang Yahya yang telah menyelamatkannya daripada lemas. 

Panglima Alang Yahya telah melamar Kelani dan mereka menjadi suami isteri. Menyaksikan hal ini, Panglima Ali amat kecewa dan terbitlah rasa cemburu serta berniat jahat untuk merebut Kelani daripada Panglima Alang Yahya. Dalam usahanya itu, Panglima Ali telah bersubahat dengan pawang istana bernama Bomo agar membantu rencananya itu. Atas saranannya Panglima Ali, Sultan telah membina bahtera yang dipanggil Lancang Kuning dan memerintahkan Panglima Alang Yahya untuk pergi ke Linga bagi mengutip ufti kerana sudah dua purnama Raja Linga tidak menbayar ufti. 

[thb_gap height=”40″]

Pada saat Panglima Alang Yahya berangkat ke Linga. Panglima Ali telah merayu Kelani yang tengah hamil agar menjadi isterinya. Namun permintaan Panglima Ali telah ditolak oleh Kelani. Selepas itu, Panglima Ali telah menyuruh lanun-lanun membunuh Panglima Alang Yahya ketika berangkat pulang ke Riau.

Ada juga cerita yang menyebut helahnya, kapal ‘Lancang Kuning’ yang direncana akan diluncurkan untuk membawa persalinan Puteri Nila Wati sebagai hadiah pinangan Sultan tidak boleh diluncurkan tanpa korban lalu mereka menipu sultan bahawa ‘Lancang Kuning’ memerlukan korban jika mahu diluncurkan.

Setelah memanggil Kelani, Panglima Ali sekali lagi memujuk Kelani supaya menjadi isterinya.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12768″][thb_gap height=”20″]

Beginilah rupa reka bentuk Lancang Kuning yang dibanggakan

[thb_gap height=”40″]

Panglima Ali turut mengancam Kelani jika tidak mahu menjadi isterinya maka dia akan dijadikan korban dan dia akan dijadikan gilingan ‘Lancang Kuning’. Kelani tetap menolak permintaan Panglima Ali, Kelani menjadi korban.

Begitulah hebatnya kuasa kecantikan yang mampu membuat manusia hilang pertimbangan dan lakukan apa sahaja. Inilah misterinya dunia kecantikan malah tidak mampu kita nafikan bahawa sejak azali sesetengah wanita rela melakukan apa saja kerana ingin cantik. Sejak zaman Victoria, Era Kebangkitan Mesir, bermulanya tamadun China, India hinggalah ke Nusantara, di mana saja menyimpan sejarah tradisi kecantikan temurun yang adanya masih diamalkan hingga kini. Yang pasti manusia sanggup menderita semata-mata kerana cantik mengikut persepsi cantik di zaman mereka. 

Orang Cina yang bermula di zaman Dinasti Tang misalnya berpendapat mereka yang berkaki kecil itulah kecantikan sebenar hingga sanggup mengikat dan membalut kaki bayi perempuan mereka yang baru lahir dengan kain seketat-ketanya. Ia membantutkan proses pertumbuhan kaki sehingga menjadikan kaki mereka sekecil yang boleh. 

Walaupun sakit dan menderita bayi tersebut terpaksa melalui zaman kanak-kanak, gadis dan hingga menjadi dewasa dengan keadaan tersebut. Ini menjadi lebih penting khususnya jika mereka datang daripada keluarga bangsawan. Selain dianggap memiliki kesempurnaan dan cantik, kaki wanita ini kononnya menghairahkan dan melambangkan status mereka dalam masyarakat. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Amalan Naikkan Seri Wajah

Setiap tamadun dunia mempunyai amalan dan rahsia menjaga kelestarian kecantikan masing-masing. Beauty booster atau amalan untuk menaikkan seri wajah misalnya adalah satu amalan turun temurun dan berbeza-beza mengikut budaya dan sumber setempat. 

Orang Melayu misalnya mempunyai petua-petua kecantikannya yang tersendiri selain mengamalkan rutin kecantikan menggunakan bahan alami yang semulajadi tidak kurang juga yang menggunakan bahan seperti kain sebagai bengkung untuk merampingkan pinggang misalnya.

[thb_gap height=”40″]

Paling ekstrem, terdapat wanita yang terjebak dengan amalan karut seperti jampi serapah atau ilmu sihir termasuklah susuk dan amalan mengarut yang terlarang mengikut peradaban manusia apalagi agama. Walaupun susuk dan amalan memakan atau menggunakan objek terlarang ini ditegah keras dalam agama, ramai yang sanggup menanggung dosa demi seraut wajah atau susuk yang cantik.

Ramai wanita yang melakukan kaedah ini mengatakan bukan senang untuk memasukkan susuk kerana susuk ini biasanya dipilih dari jenis logam seperti emas, suasa, berlian dan ada prosesnya amat menyakitkan. Hanya bijak pandai yang mahir dengan jampi serapahnya sahaja kononnya mampu mengurangkan rasa sakit. Atau apakah keinginan yang meluap-luap untuk cantik membuat mereka sanggup menahan sakit dan menderita? Itu belum lagi diambil kira pantang larang yang perlu dipatuhi oleh mereka yang memakainnya.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12776″][thb_gap height=”20″]

Berbengkung adalah amalan tradisi untuk cantik yang diyakini dan diamalkan turun- temurun masyarakat rumpun Melayu hingga ke hari ini.

[thb_gap height=”40″]
Menggunakan Sumber Alami Untuk Cantik

Amalan memakan ulam-ulaman sebenarnya sudah sebati dan menjadi budaya masyarakat Melayu seluruh Nusantara sejak turun temurun. Bukan sahaja di Malaysia, Indonesia, Thai dan banyak negara di Asia termasuklah Korea, Jepun dan barat percaya bahawa ulam bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan selain sebagai pembuka selera tetapi ulam atau sayur mentah juga dipercayai jika diamalkan memakannya mampu membuat seseorang awet muda.

Biasanya ulaman atau salad ini dimakan dengan pencicah atau salad dressing jika mengikut cara barat dan tidak terhad hanya pada ulaman seperti pegaga, ulam raja, daun salam tetapi juga pucuk pohon seperti pucuk ubi, pucuk paku, pucuk gajus termasuk juga jenis buah seperti tomato, timun, peria dan termasuklah petal dan ulaman sejenisnya. Di dunia Timur, rumpun Melayu kususnya menghidangkan ulaman ini dengan pencicah khas seperti sambal belacan, sambal kicap, budu atau mencaluk yang dihiriskan cili hidup dan perahan limau.

Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang berfungsi sebagai pengnyah toksik serta boleh membantu kesihatan organ tubuh seseorang seterusnya membuatnya kelihatan awet muda dan cantik. Ini disebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan dan mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sesetengah wanita mengamalkan pati dedaun atau akar dan kulit tumbuh-tumbuhan untuk menaikkan seri wajah dan mengawetkan kulit, antaranya dengan amalam minum air timun, pati inai sementara ada pula yang perlu direbus dan dicampurkan dengan bahan lain seperti limau nipis, madu atau sebagainya untuk menambahkan khasiat dan fungsinya.

Antaranya, amalan ambil segenggam daun inai dan rebus dengan air sebanyak dua cawan. Apabila rebusan menyejat tinggal lebih kurang satu cawan sahaja, biar sehingga sejuk dan amalkan minum tiga kali seminggu. Sesetengahnya menokok tambah amalan-amalan tersebut dengan jampi serapah atau setidak-tidakpun di mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas nabi secara kiraan ganjil mengikut jumlah yang ditetapkan misalnya tiga kali, tujuh kali atau sebagainya. 

Apa yang mereka harapkan ialah mudah-mudahan kulit wajah kelihatan awet muda dan berseri-seri. Menyebut hal bulan tidak kurang pula ada yang sanggup menunggu bulan mengambang untuk mengamalkan rutin atau kepercayaan kecantikannya. Misalnya mandi bunga pada tengah malam. Walaupun sukar mendapatkan tujuh jenis bunga dan kesejukan kala mandi di tengah laman atau kawasan lapang pada waktu tersebut, ia dilakukan jua demi mengidamkan wajah berseri dan susuk tubuh yang dilihat menawan bagi sesiapa yang memandang.

[thb_gap height=”40″]
Zaman Victoria – Ekstrem dan ‘Kejam’ Demi Cantik

Waktu Inggeris dipimpin oleh Ratu Victoria pada tahun 1837 hinggalah 1900,kecantikan menjadi keutamaan. Masyarakatnya begitu mengagungkan kecantikan hingga mereka rela menanggung sakit dan menderita. Antara amalan yang popular waktu itu ialah mengikat ketat pinggang dengan korset atau bengkung seperti mana juga amalan masyarakat rumpun Melayu yang menggunakan bengkung dan barut (lebih khusus untuk mereka yang sedang dalam pantang) hanya untuk mendapatkan pinggang yang ramping bak kerengga.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Pelbagai tindakan ekstrem yang dilakukan wanita pada era tersebut untuk mencapai impian atau definisi cantik mengikut persepsi zamannya.  Memakai korset yang menjadi kemestian sejak menempuh alam baligh. Korset banyak dipakai untuk membentuk pinggang hingga tampak lekukan antara dada dan pinggang. Ukuran lingkar pinggang wanita dianggap ideal pada ketika itu ialah 13 inci. Ini bukan sahaja sesuatu yang luar kebiasaan atau tidak masuk di akal pada tahun 2020 ini, malah perbuatan korset yang menekan pinggang telah menimbulkan berbagai masalah kesihatan, daripada konstipasi, sakit pinggang hingga lebih teruk ia merosakkan organ dalam tubuh.

Wanita-wanita ini tidak menyedari ketika memakai korset, mereka sukar bernafas sehingga menyebabkan pening-pening, hinggakan ada yang jatuh pengsan. Sebab itu, pada zaman tersebut wanita selalu membawa smelling salts untuk membuat mereka tersedar jika pengsan. Selain itu, memakai korset secara terus-menerus didapati melemahkan otot punggung. 

Begitulah taksubnya mereka untuk ‘cantik’ sanggup bersakit-sakit dan lakukan apa sahaja. Mari kita selami satu lagi kegilaan yang tidak masuk di akal untuk cantik di zaman Victoria; meneteskan atropa belladonna. Kebiasaan yang mengerikan ketika itu ialah menitiskan sari pati tumbuhan atropa belladonna ke mata untuk melebarkan pupil mata. Tujuannya, mata lebih bersinar dan galak. Padahal amalan tersebut boleh membuat kerosakan saraf dan membutakan mata secara kekal.

Menelan cacing pita adalah satu lagi kegilaan untuk cantik di zaman tersebut, wanitanya rela menelan larva cacing pita dalam bentuk tablet. Apabila cacing pita tumbuh dewasa di dalam usus, mereka akan menyerap zat makanan, sehingga menyebabkan berat badan wanita tersebut turun, sering muntah-muntah, dan mengalami cirit-birit. Setelah berhasil mendapatkan berat badan yang diidamkan, mereka akan mengambil pula pil anti-parasit atau ubat penyakit cacingan untuk memaksa cacing pita itu keluar.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Menelan larva cacing pita dan memuntahkan cacing pita dewasa untuk cantik

[thb_gap height=”40″]

Bayangkan apa akan berlaku sekiranya cara tersebut gagal? Apa wanita ekstrem ini lakukan ialah meletakkan semangkuk susu di hadapan muka sambil membuka mulut dengan mengharapka cacing pita tersebut merayap keluar dari tubuh melalui mulut dengan sendirinya. Walaupun cara ini berisiko tinggi kerana boleh membuat wanita tersebut tercekik namun mereka rela melakukannya. 

Pemakaian lead foundation atau logam plumbum di era ini juga sesuatu yang amat mengerikan. Wajah licin bagikan porselin, pucat lesi hingga menampakkan saluran darah yang menjalar dinilai sebagai sempurna. Bagaimana mendapatkan wajah ini, cara terbaik ialah dengan memakai asas plumbum ke wajah. Semakin tebal seorang wanita memakainya, maka semakin pucatlah warna kulit wajahnya.

Bahan ini diperbuat daripada campuran cuka yang termasuk arsenik. Walaupun mereka tahu apabila terserapnya ke dalam pori-pori kulit, boleh mengakibatkan keracunan dan pelbagai kerosakan kronik pada tubuh. Antaranya rambut rosak dan gugur, kerosakan otak, bahkan boleh melumpuhkan termasuklah kerutan dan jaringan parut pada kulit.

Kegilaan Menukar Rupa

Kita tahu bukan semua orang dilahirkan sempurna dan rupawan. Di barat contohnya di Hollywood, juga di timur, khususnya di Korea, Jepun dan Bangkok amat terkenal dengan kepakaran mereka membuat pembedahan menukar wajah seseorang yang kurang rupawan menjadi sempurna seperti yang diidamkan.

Di Korea pula kecantikan telah lari daripada pengertiannya yang sebenar dan terlalu superficial; pembedahan mencantikkan bahagian muka seperti memancungkan hidung, mengukir kelopak mata, meninggikan pipi yang leper dan meruncingkan dagu yang lebar adalah proses pembedahan yang begitu biasa sehingga seseorang itu boleh saja ke pusat atau klinik yang menawarkan khidmat-khidmat kecantikan kala waktu rehat tengahari untuk mendapatkan khidmat pantas dan kembali bertugas di pejabat seolah-olah mereka baru saja selesai makan tengahari.

[thb_gap height=”40″]

Sekiranya anda peminat tegar artis Korea dan merasakan mereka cantik, comel dan tampan, anda sebenarnya telah dikaburkan oleh realiti yang anda lihat. Di sebalik wajah cantik dan kulit yang halus mulus itu sebenarnya terpalit kekurangan dan ketidaksempurnaan. Perhatikanlah pelakon juga penyanyi Korea, memang mereka nampak menawan namun adakalanya rupa mereka agak pelik dan di luar norma.

Diakui mereka sendiri, tidak ada artis mereka yang tidak pernah melalui pembedahan untuk mencantikkan wajah mereka, malah mengikut apa yang diakui mereka juga, pembedahan dilakukan seawal seseorang itu kanak-kanak hinggakan kononnya terlalu ghairah untuk merubah wajah mereka yang dianggap jelek; berhidung penyek, bermata sepet dan bentuk wajah yang bulat anak remaja mereka tidak kira gadis mahupun jejaka akan bekerja keras belajar untuk mendapatkan markah dan gred tertinggi demi mendapatkan hadiah istimewa daripada ibu bapa mereka. 

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12782″][thb_gap height=”20″]

Lee Min Ho – dulu dan kini

[thb_gap height=”40″]

Apakah hadiah yang membuat mereka berusaha sebegitu gigih? Pakej pembedahan! Mereka dihadiahkan pelbagai pakej pembedahan seperti memancungkan hidung, mengukir kelopak mata, meruncingkan dagu yang lebar atau apa sahaja yang perlu jika mereka lulus sesuatu peperiksaan. 

Memanglah ini satu perkiraan atau ‘hadiah’ yang sukar diterima akal dan adalah satu kegilaan yang melampau. Kajian menunjukkan ia boleh merosakkan bukan sahaja secara falsafah kehidupan anak-anak tersebut namun menjejaskan persepsi masyarakat tentang kecantikan dan kehidupan dimasa akan datang. 

Malah secara kejiwaan dikatakan sikap tersebut membuat anak-anak keliru akan kewujudan dan fungsi mereka sebagai manusia, walaupun mungkin ia membibit keyakinan diri yang lebih baik, namun lama-kelamaan seseorang itu masih tidak akan puas dan tidak menghairankan jika suatu hari kelak mereka akan melakukan sesuatu yang ekstrem dan di luar dugaan. Seperti membunuh diri misalnya kerana tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki atau apabila sub-conscious mereka kembali bertakhta.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Isteri Taeyang, Min Hyorin membuat pembedahan wajah yang drastik (kiri) Beginilah penampilan Kyuhyun Super Junior sewaktu sebelum jadi penyanyi terkenal (kanan)

[thb_gap height=”40″]
Guna Kurniaan Ilahi Secara Sihat

Banyak lagi cerita alam kecantikan jika mahu dirungkaikan namun kecantikan kurniaan Ilahi ini tidak sepatutnya disalah gunakan untuk kepentingan tertentu yang bersifat negatif dan memudarat diri serta orang lain. Contohnya beauty queen atau ratu cantik, melalui kemenangan dan gelaran Ratu Dunia atau Ratu Pelancongan yang mereka rangkul misalnya memberi mereka peluang untuk memegang kuasa atau amanah bagi membuat kerja amal demi kebaikan untuk masyarakat. 

Adalah penting bagi manusia sejagat memahami erti sebenar dan kemurniaan kecantikan yang dikurniakan Ilahi. Jika manusia tidak memahami dan mempunyai visi yang jelas tentang kecantikan, mereka akan tidak teragak-agak untuk menggunakan kecantikan dengan cara yang salah demi kepentingan sendiri. Sebagai contoh mengguna kecantikan seseorang untuk mempromosi produk yang tidak bagus atau palsu misalnya sebagai sesuatu yang berkualiti dan mujarab. 

Tidak kiralah sama ada seseorang itu menggunakan kecantikannya sendiri atau seseorang yang menggunakan kecantikan orang lain untuk memenuhi keinginannya, perkara pokok yang harus kita terapkan ialah jangan sampai jadi hamba kencatikan dan tertipu dengan kecantikan yang dilihat di depan mata.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kisah Cinta Dr. Kam dan Hazmi

admin

RÉNERGIE H.C.F. TRIPLE SERUM

admin

Khasiat Buah Kurma

admin

Leave a Comment