FESYEN

Lokasi Minggu Fesyen Dunia Lengang…

Tiada lagi kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan di sekitar lokasi berlangsungnya minggu fesyen dunia. Tiada fashionista berebut kerusi, tiada jurugambar meroyan, tiada khemah-khemah menyambut kehadiran peminat fesyen… ya  dunia fesyen sungguh suram menempuh Covid-19 dan sukar diramalkan bila akan berakhir. Dengan ekonomi yang kian meruncing ternyata musim ini adalah musim yang amat sukar buat jenama fesyen di seluruh dunia. 

Begitu pun syukur kita hidup di era digital, segalanya di hujung jari bahkan pementasan minggu fesyen sudah digantikan dengan persembahan secara langsung di media sosial.

Tabik kepada Dior. Dior memiliki kumpulan pemasaran yang cukup kreatif. Dior mementaskan koleksi couture mereka berdasarkan cerita dongeng yang diinsprasikan daripada Theatre De La Mode. Video indah ini dihasilkan oleh sahabat baik Maria Grazia iaitu pengarah filem Itali Matteo Garrone. Tidak terhenti di situ saya juga kagum melihat himpunan koleksi lelaki Versace Musim Panas 2021 yang turut menampilkan rapper British Aj Tracey yang turut mendendangkan lagunya agar pertunjukan yang dihasilkan tidak membosankan.

Ada juga yang berani membuat pertunjukan fesyen seperti Di Dolce & Gabbana, Jacquemus dan Louis Vuitton menswear dipentaskan di Shanghai. Pertunjukan mega ini hanya dihadiri barisan model dan tetamu tempatan sahaja sebagai pemanis majlis.

Melihatkan hasil pementasan yang dihasilkan saya cukup kagum sekali dengan jenama yang cuba menonjolkan untuk menarik ramai penonton, ianya bukanlah sekadar pertunjukan yang formal seperti minggu fesyen sebelum ini. Benarlah kata CEO Dior Pietro Beccari, “People have to do what is best for their own brands, But Dior has lived  since 1946 by the sparkle of energy that is given by fashion show.”

Melihat perkembangan ini saya terfikir sejenak, bulan Ogos adalah kalendar penting untuk minggu fesyen Kuala Lumpur. Sebelum ini minggu fesyen di Kuala Lumpur sungguh meriah dengan aneka pertunjukan, malah dua tiga pertunjukan dalam sehari khasnya di pusat-pusat membeli belah terkenal sekitar ibu kota. Ada juga yang berani mementaskan di venue khas dengan belanjawan yang mencecah hampir jutaan ringgit. Dan ternyata wang dibelanjakan mendatangkan hasil lumayan. Bertanya pada diri bagaimana kali ini? Apakah mereka akan muncul dengan dengan idea unik dan kreatif bagi memperkenalkan koleksi baharu untuk tatapan para pelanggan mereka nanti? Kami di MajalahWM.com sedia menanti.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12852″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Sepatu Balet Datar Ultra Moden Ecco Anine

admin

Can a Bag Save the World?

admin

Kate Spade: Rediscovering Your City. Rediscovering Your Style. Rediscovering Yourself.

admin

Leave a Comment