CANTIK

“It Keeps My Elbow Supple,” Petua Pelakon Hollywood Joan Crawford Melembutkan Siku

Saya menonton Feud Bette and Joan, dan salah satu babak dalamnya iaitu Joan Crawford lakonan Jessica Lange, menyapu sikunya dengan lemon. “It keeps my elbow supple,” sebutnya dalam babak tersebut.

Ia memberi idea kepada saya untuk menulis tentang petua Joan Crawford ini – oh come on, Joan antara pelakon paling cantik pernah muncul di Hollywood. Olivia de Havilland quote sebagai, “She was the women every man wanted and woman wanted to be,” dan kata Bette David, seorang pengarah memberitahu sewaktu dia menghadiri uji bakat sebelum menjadi pelakon terkenal “Guess who he said he wished I looked like? Joan Crawford.”

Dan saya tidak sertakan satu bahan saja, sebaliknya saya tambahkan beberapa lagi yang bukan saja dapat melembutkan siku, tetapi juga mencerahkan lutut.

  1. Lemon

Lemon mempunyai sifat pemutihan dan pengelupasan, dan sifat ini juga bagus untuk mencerahkan tona kulit. Ia juga mengandungi vitamin C yang tinggi yang dapat menghilangkan sel-sel mati dan mempromosikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat.

Potong lemon atau gunakan jusnya sapu pada siku, lutut dan buku jari, atau urut perlahan-lahan, biarkan selama sepuluh minit dan bilas dengan air suam.

  1. Minyak kelapa

Minyak kelapa adalah agen pelembab yang bagus. Vitamin E yang terkandung dalamnya membantu melembutkan kulit dan mencegah penghidratan kulit.

Dan untuk mendapatkan hasil yang berkesan, dengan lembut, urut siku dan lutut dengan minyak kelapa selama tiga minit sebelum mandi. Anda juga boleh campurkan satu sudu teh minyak kelapa dan setengah sudu teh jus lemon, gosok pada siku yang gelap dan lutut setiap hari, dan lap selepas 15 hingga 20 minit.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8699″]
Cara Joan Crawford menyapu lemon di siku
[thb_gap height=”40″]
  1. Aloe vera

Dikenali dengan pelbagai manfaat kesihatan, lidah buaya bagus untuk mencerahkan kulit, menjadikan ia kekal terhidrasi dan lembap.

Aloe vera juga bagus untuk pembaikan sel-sel kulit yang rosak akibat pendedahan cahaya matahari.

Gunakan gel yang diekstrak daripada daun lidah buaya untuk disapu pada siku dan lutut. Dan selepas membiarkannya selama kira-kira dua puluh minit, cuci dengan air suam.

  1. Gula

Saya yakin anda terkejut? Skrub gula buatan sendiri sangat baik untuk mencerahkan tona kulit di lutut dan siku kerana gula membantu mengelupas sel kulit mati dan melembutkan kulit.

Untuk mencerahkan siku dan lutut yang gelap, hanya campurkan gula dan minyak zaitun dalam kuantiti yang sama dan sapu pada lutut, kemudian urut dengan secara berputar selama lima minit sebelum mandi.

  1. Soda penaik

Soda penaik adalah satu lagi agen pelembut kulit dan ia juga berkesan untuk menghilangkan siku dan lutu gelap.

Campur soda penaik dengan susu menjadi pes pekat, sapukan pada siku dan lutut dan bilas selepas lima minit.

Related posts

Herborist Focus on Rebalancing, Rehydrating, Rejuvenating, Brightening and Firming The Skin

admin

Liquid Luminosity. Endless Ways To Glow

admin

Your Skin, but Better: NUDESTIX Debuts Vegan NudeFix Cream Concealer

admin

Leave a Comment