Pernahkah anda merasakan anda tidak ada baju untuk berpergian? Walaupun ada tiga empat almari namun masih sukar mendapatkan satu untuk dipakai. Mulalah anda berfikir untuk membeli, dan beli lagi dan lagi.
Kebarangkalian terdapat beberapa kesilapan dalam memilih cara berpakaian. Bagi yang gemarkan pakaian tradisional mungkin anda selamat tetapi yang lain dari semasa ke semasa fesyen berubah mengikut trend. Yang demikian anda sendiri akan berasa tidak kena gaya kerana baju dipakai sudah ‘out dated’ dan lebih sedih bila ada pula yang menegur.
Namun anda masih ada pilihan. Caranya memilih gaya basic, ia selamat pada bila-bila masa, tahun demi tahun tanpa memikirkan ia sudah tidak ‘in’ lagi. Contoh seperti kemeja putih dan blazer yang potongan klasik, nah walau musim berubah dan berganti tahun, kemeja putih masih nampak moden, dan mudah dipadankan.
Di bawah disertakan ‘Wardrobe Basic’ yang perlu anda ada. Pilihlah daripada fabrik yang bermutu dan pastikan buatannya halus. Ini saya sebut ‘the true investment pieces’ yang anda boleh pakai sepanjang tahun, tidak kira apa majlisnya, kecuali Raya atau yang sudah termaktub kod berpakaian untuk majlis-majlis tertentu.
Seperkara lagi sudah pasti anda tidak membuang banyak waktu untuk membuat pilihan, anda boleh bersiap dalam beberapa minit sahaja, dan masalah tiada apa yang hendak dipakai selesai. Rencana di bawah adalah apa yang anda perlu untuk memilikinya ASAP.
Kemeja Putih
Sama ada untuk anda padankan dengan jeans, sut ‘trousers’ atau mahu dijalinkan dengan dengan dress atau cami top, kemeja putih memang sedia diterima di pejabat atau ke majlis..
Longline Blazer
Sama ada anda memilih klasik hitam atau ‘heritage-inspired checks’, blazer labuh akan bertahan sepanjang zaman. Sarungkan atas dress malas anda untuk waktu kerja dan bila tiba santai sebelah malam, padankan dengan legging atau jeans, oh tukar kepada tumit tinggi dan anda pasti dicemburi teman.
Flattering Denim Jeans
Jeans skinny atau straight-leg jeans adalah pelaburan yang menguntungkan. Dan yang penting di sini ialah ia ‘fit’ bukan longgar dan melondeh. Dapatkan jeans yang selesa dipakai dan nampak ‘flattering’ pada anda, jadi anda boleh padankan dengan top mewah atau baju T santai, terpulang. Padanan kasut untuk jeans akan menentukan gaya; untuk selesa membeli belah, boleh dipadankan dengan ‘thong’ atau sneakers dan malam yang bergaya anda mungkin mahu memadankan dengan heel atau kalau ke party dengan booties atau but.
Comfy Ankle Boots
Mungkin ramai merasakan but tidak sesuai di negara kita tetapi perhatikan gaya-gaya selebriti seperti Che Ta dan Neelofa misalnya. Tengok bagaimana bergayanya mereka. Bagi saya ‘a good pair of ankle boots is a must. Belanja sedikit wang anda itu untuk melabur pada but yang sederhana elok dan tidak menyakitkan kaki, dan tumitnya tidak tinggi mahupun yang tanpa bertumit. Dengan sedikit tumit ia lebih cantik. Perfect for wearing with dresses, leggings or jeans, warna hitam lebih senang dipadankan sementara merah atau metalik atau leopard print are a timeless way to jazz up otherwise plain outfits
Kasut Sarung Putih Atau Hitam
Sepasang kasut putih ala-ala kasut sekolah warna putih atau hitam elok sekali untuk anda simpan terutama apabila sudah sakit kaki dengan tumit tinggi mahupun but. Kasut jenis mudah disarungkan untuk berpergian; dengan skirt menarik, celana juga cantik malah andai anda suka pakai jubah, kasut begini pun nampak glamor. Yang penting di sini anda selesa dan boleh dibawa ke mana-mana pun.
Cashmere Jumper
Cashmere is the most versatile of knitwear, making it an investment worth every penny. Team it with work trousers, skirts and blazers, or use it to smarten up weekend denim. A grey cashmere sweater is always elegant.
Flat Shoes
Hitam, nude, navy dan metalik semua adalah pelaburan yang mengguntungkan bila anda memilih kasut yang mahu dipakai hampir setiap hari. Ke pejabat atau tugasan luar yang memerlukan anda banyak bergerak, anda perlukan sepasang flat shoes. Dan sama ada anda suka jenis ballet flats, loafers atau dipanggil mules, cari jenis yang memberikan keselesaan dan yang versatile.
Simple White T Shirt
Baju T putih juga penting untuk kita semua. Dengan baju T putih anda boleh padankan ia dengan apa sahaja, dipakai begitu sahaja atau sebagai baju di dalam, untuk jaket, sweater, bersama blazer atau top yang agak jarang. Simpan sehelai dua supaya bila anda tiada lagi baju hendak dipadankan dengan celana atau skirt anda, baju T putih sentiasa menjadi penyelamat.
Little Black Dress
LBD atau Little Black Dress sentiasa menjadi penyelamat bagi yang mahu ke majlis. Anda tidak kalah gaya malah tidak akan berasa out of place bilamana mengenakan . Simpanlah sehelai dua dalam almari dan apabila sangsi nak pakai apa, sarungkan lbd anda, ia sentiasa nampak cantik, kecuali sudah dimaklumkan oleh tuan rumah untuk mengelakkan mengenakan warna hitam. Namun jarang perkara ini terjadi kerana hitam ialah warna yang amat selamat untuk ke majlis-majlis rasmi mahupun kasual. Kerana kini saya bertudung, lbd saya yang berlengan panjang dan labuh menutupi buku lali… dan saya seiring mengulang memakainya, tetapi untuk tidak nampak sama sudah pasti warna tudung dan ikatannya berperanan untuk mengubah gaya seseorang.
Tudung, Hitam, Putih… Antaranya
Selain menutup aurat dan diwajibkan bagi setiap wanita yang akhil baligh, tudung juga bertindak sebagai aksesori utama untuk gaya anda. Pilihan tudung yang betul, cantik, dan ikatan yang sesuai raut wajah membuat seorang wanita bertambah-tambah cantik. Saya selalu rasakan gadis bertudung jauh lebih ayu daripada yang tidak (mungkin saya bais, tetapi tudung dapat menutupi kekurangan pada rambut dan bentuk wajah. Apapun bagi yang tidak bertudung, harap simpanlah paling kurang sehelai dua, paling tidak pun ada hitam dan putih.
Jubah Hitam/Putih
Sekalipun kamu tidak bertudung dan tidak berapa gemar memakai jubah, saya masih merasakan kamu harus menyimpan paling tidak sehelai jubah putih dan sehelai jubah hitam. Alangkah manisnya bila hadir di majlis ilmu atau menziarahi jenazah mahupun ke kuburan kamu berpakaian sesuai dengan keadaan. Saya paling tidak senang melihat wanita berseluar sendat dan berselendang dengan rambut separuh terbang di majlis agama, apatah lagi menziarahi jenazah. Putih atau hitam? Lazimnya putih lebih elok untuk ke majlis pengebumian, apa pun kini lebih ramai mengenakan hitam, dan tiada salahnya.
Baju Kebangsaan
Ada saya mendengar wanita yang mengatakan memakai baju kurung macam Mak Cik dan kebaya pula rupa nyonya Melaka. Jadi sepasang pun tiada dalam simpanan.
Jangan begitu adik-adik oii… sepasang atau dua mesti ada dalam simpanan; pertama kamu tidak akan salah gaya bila mengenakan baju kebangsaan dan kedua…elakkan berskirt malah bercelana ketika menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu… amat manis si gadis atau wanitanya berkurung atau kebaya… malah betul padanannya nampak jauh lebih seksi daripada dress yang mendedahkan. Kini ramai sekali wanita Tionghua memilih baju tradisional Melayu untuk ke majlis, malah menyukainya lebih daripada cheongsam dan sari.
Tumit Tinggi Hitam
Tumit tinggi hitam penyelamat semua ‘evening outfit’ anda, ya sepasang yang selesa menjadi teman sejati sepanjang malam. Court shoes atau heeled pumps untuk ke mana sahaja berpergian dan pabila malam menjelma dan anda mahu ke majlis, fikirkan yang strappy hitam, dan gaya kamu pastinya selamat.
Trench Coat Klasik
Masa untuk melancong dan kamu tahu musim gugur sejuk. Percayalah kadang-kadang cuaca di negara bermusim ini tidak akan menentu, malah musim bunga sekalipun cuacanya membuat kamu mengigil. itu belum lagi musim gugur dan jangan sebutlah musim sejuk… kerana kamu perlukan lebih daripada hanya sehelai trench coat.
Ya, tiada gunakan memiliki banyak trench coat, satu atau paling tinggi dua, memadai, tapi kalau yang sentiasa berpergian, simpan paling tidak kot trench potongan klasik… cantik lagi kekal unik. Tips bagi yang bekerja, Belt it over workwear for office chic, or wear it open over a knit and denim jeans come the weekend.
Tas Tangan Kulit
Ramai percaya mereka perlu memiliki tas tangan yang banyak dan harus dipadankan dengan warna pakaian. Oh tidak, gaya sedondon baju dan tas tangan sudah lama tenggelam dan apa yang kamu perlu ada sebenarnya? Ya satu tas tangan kulit, yang sesuai untuk semua majlis. Tidak perlu designer handbag, dan amat menyakitkan mata kalau kamu melaram yang tidak original pula. Jadi yang afdalnya, pilih yang bermutu, warna hitam terbaik dan bila ia jenis kulit yang bermutu, anda boleh mengilatnya dan ia sentiasa nampak baru dan terbaik pilihlah tas yan bertali tapi boleh dipasang dan ditanggalkan, nah bukankah anda dapat dua gaya berbeza.
Jaket Kulit
Bagi yang gemar memakai jaket, jaket kulit adalah yang kamu Mesti Ada’. Jaket kulit lembut adalah timeless, kamu boleh menggayakan sepanjang tahun. Bila membeli, seeloknya dapatkaan satu size lebih besar daripada baju biasa kerana kamu mungkin mahu memakaii lapisan baju lain terutama apabila cuaca semakin sejuk… kini di pejabat pun kadang-kadang seperti berada di Eropah musim sejuk.