CANTIK

Petua Wajah Sinar Berseri – Masa Untuk Minum Jus

the beauty of a woman must be seen in her eyes because that is the doorway to her heart, the place where love resides.’ Audrey Hepburn

Untuk cantik ramai memilih  supplement tetapi tahu kah anda adalah lebih baik membuat sendiri jus. Hendak sihat, segar dan langsing dan cara mudah mendapat kulit gebu dan tubuh menawan.

Masa untuk Jus – 10  jus yang apabila diminum membuat kulit segar sihat dan berseri seri. Jus-jus:-

  1. Jus Beetroot – Beetroot segar mengandungi anti inflamasi. Ia juga kaya zat besi dan potassium bagi membantu membersihkan darah.
  2. Jus Lobak mengandungi vitamin A, memerangi kedut-kedutan, pigmatasi, akne dan warna kulit tidak seimbang. Ia kaya fiber justeru memudahkan anda ke tandas.
  3. Jus Oren kaya dengan asid sitrik yang membantu menambah kolegan dan formulasi  keanjalan kulit. Yang demikian ia menggeringkan jerawat, membaik pulih tekstur kulit dan membuat kulit tegang. Waktu sama sifat oren  melembapkan kulit serta membaiki kerosakan kulit yang disebabkan oleh pancaran panahan matahari. Mengandungi antioxidant, ia memerangi radikal bebas dan menghalang kedutan serta kulit kerepot.
  4. Jus Epal – ‘An apple a day keeps the doctor away’. Epal mengandungi secukupnya kolegan yang membuat kulit anjal dan berseri. Mengandungi antioxidant bagi mengawal kulit cepat berkedut, dan menghalang tisu kulit mudah rosak. Minum setiap hari  kulit jadi tegang dan lembut.
  5. Jus Timun ini boleh meringankan perut dan cara terbaik menghilangkan dahaga. Kerana mengandungi air yang banyak di dalamnya, ia membuat kulit sentiasa lembab dan ‘well norished’, Juga kaya silica yang bertindak memberikan keserian kepada kulit. Selain itu ia kaya dengan potassium, magnesium, biotin dan vitamin A, B1 yang dapat membaik kulit dari dalam.
  6. Jus Tomato ini disebut makanan sempurna untuk kulit dan ‘work like magic.’ Meminumnya menghalang kehadiran jerawat, menjernihkan tekstur kulit yang sudah rosak dan menghadang penuaan kulit dengan cepat. Jus tomato juga mengandungi antioxidant diberi nama lycopene. Ia pengawal matahari semulajadi yang bekerja dari dalam. Ia juga kaya vitamin C bagi mengawal kulit daripada terkena kanser dan penyakit lain.
  7. Jus Delima mengandungi asid punicic dan omega 3 fatty acids yang bertindak menyimpan kelembapan di dalam kulit dan sentiasa melembabkannya. Jus delima ini membaik pulih sel kulit, menegangkan dan menghalang penuaan.
  8. Jus Anggur mengandungi beta korotene dan vitamin C bagi membina nutrasi. Ia menghalang daripada radikal bebas dan melambat proses penuaan kulit. Juga mengawal inflamasi dan daripada kerosakan disebabkan matahari.
  9. Jus Betik – jarang betik kita jadikan jus namun betik selalu dijadikan ‘ubat utama’ jika sukar ke bilik air. Betik mengandung enzyme disebut papain yang membersihkan impuriti kulit bagi menghadirkan kulit licin dan berseri. Minum selalu untuk kulit sihat dan bercahaya dan ia mencucinya dari dalam.
  10. Jus Pisang- mengandungi potasium dan vitamin E dan C, menyebabkan kulit sihat. Ia membaiki kulit pucat dan khasiat daripada pisang juga memudahkan kita mendapat tidur yang secukupnya.

 

Cuba jus ini di rumah:
Lobak + Halia +  Epal
Ia membersihkan sistem dalaman anda.

Epal + Timun + Saderi
Jus tiga bahan yang dapat mencegah kanser, mengurangkan kolestrol dan menghalang sakit perut dan migrain

Tomato + Lobak + Epal
Tona kulit jadi lebih cantik, gebu dan berseri-seri. Ia juga boleh menghapuskan nafas berbau.

Nanas + Epal + Tembikai
Tiga jenis buah-buahan ini boleh menghilangkan garam berlebihan dalam badan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang

Oren + Halia + Timun
Dapat mengurangkan badan di dalam badan waktu sama meningkatkan kelembapan dan tekstur kulit bertambah cantik

Lobak + Epal + Pear + Mempelam
Jus campuran empat bahan ini dapat menyahkan toksik dan meredakan panas  badan. Tekanan darah dapat diimbangai dan ia melawan pengoksidan. Untuk awet muda, nah cuba yang ini.

Betik + Nanas + Susu
Selalu minum jus campuran ini boleh mencerahkan kulit. Ia kaya vitamin C, E dan zat besi.

Pisang + Nanas + Susu
Kalau anda sering sembelit jangan lupa mencuba resipi tiga jus yang kaya dengan vitamin dengan khasiat yang tinggi.

Selamat mencuba!

[thb_gap height=”40″]

Related posts

11 Produk Kecantikan Bulan Ini

admin

PlantBio Rooted In Nature With Science.

adminwm

Liquid Luminosity. Endless Ways To Glow

admin

Leave a Comment