GAYA HIDUPSANA-SINI

AkzoNobel Memulakan Misi Melindungi Rumah Anda, Luar Dalam

AkzoNobel menjalankan peranannya melindungi rumah anda, dalam

dan luar, dengan memperkenalkan tiga produk yang dipertingkatkan di bawah Dulux, jenama cat hiasan terkemukanya. Produk-produk ini ialah Dulux EasyClean TM, Dulux EasyClean TM Plus dan Dulux Weathershield ® yang ditingkatkan dan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Secure Home, Inside Out’

Kempen ini bertujuan menunjukkan betapa pentingnya rumah sebagai tempat pelindungan yang selamat dan bagaimana pemilik rumah boleh melindunginya dari dalam melalui penggunaan rangkaian Dulux EasyClean TM dengan ciri anti bakteria dan antivirusnya. Di samping itu, bahagian luaran rumah juga tidak sepatutnya diabaikan – ia boleh dilindungi daripada unsur-unsur berkenaan dengan Dulux Weathershield ® dan kemampuannya untuk melawan kerosakan yang disebabkan oleh cuaca. 

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, tiga rumah untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan di bawah Persatuan Rumah KIDS akan dilindungi dengan menggunakan produk ini. Inisiatif ini, yang dijalankan di bawah sepanduk AkzoNobel Cares, bertujuan membantu komuniti dan meningkatkan kehidupan manusia dengan produk dan kepakaran kami.

Oscar Wezenbeek, Pengarah Urusan Cat Dekoratif AkzoNobel, Asia Tenggara dan Selatan berkata, “Sebagai warga korporat yang bertanggung jawab, kami komited untuk menyumbang balik kepada masyarakat. Di bawah sepanduk AkzoNobel Cares, kami berusaha mengubah komuniti dan memberi impak positif kepada masyarakat. Kempen ‘Secure Home, Inside Out’ memang sesuai berada di bawah sepanduk ini kerana setiap komuniti bermula dari peringkat isi rumah. Sementara itu David Teng, Pengarah Komersial Cat Dekoratif AkzoNobel Pasifik Asia Tenggara, berkata: “Kami di AkzoNobel mempunyai minat mendalam terhadap cat, dan kerana itu, kami terus meningkatkan tawaran kami. Kedua-dua rangkaian Dulux EasyClean TM dan produk Dulux Weathershield ® telah berada di pasaran selama bertahun-tahun, tetapi kami sentiasa mengemas kini formulasi kami.

“Formula baharu Dulux EasyClean TM ini, selain memberikan perlindungan terhadap kesan cemar isi rumah yang biasa, ia membantu menyekat pertumbuhan bakteria. Bahkan EasyClean TM Plus turut menambah perlindungan terhadap virus. Manakala Dulux Weathershield ® pula menawarkan dua kali ganda perlindungan terhadap alga dan kulat, kepudaran warna, alkali, kekotoran dan debu, apabila dibandingkan dengan cat luaran biasa. Bersama-sama, kedua-dua cat ini memberikan perlindungan yang sangat baik untuk bahagian dalam dan luar rumah anda.”

Terdapat lebih 2,000 pilihan warna untuk dipilih.

Related posts

Drive Something New Today

adminwm

ONLY FOR THE CHOSEN AND THE LUCKY ONES

admin

Toyota Meraikan Pelancaran Vios All-New 2019 Dengan Video Muzik Video Yang Grand

admin

Leave a Comment