Emma Terharu Bil Hospital Disambar Datuk
“Assalam Kak Anis, Emma ni,” Allahuakbar! Menitis air mata mendengar suaranya. Saya terus bertanya khabar kerana suara itu dan berita daripadanya memang saya nanti-nantikan sejak dua tiga hari yang lalu. Sehari sebelum dibedah memang kami berhubungan dan selepas itu saya tidak mendapat apa-apa berita daripada Shamsul Amir Atan atau Emma G40 (gelaran ketika dia dan rakan-rakan lain sama-sama menjayakan salun kencatikan dan dandanan di Wisma HLA di Jalan Ampang pada tahun-tahun 80-an). Gelaran tersebut melekat hingga ke hari ini.
Emma adalah seorang jurusolek dan pendandan rambut yang terkenal bermula di era pertenghan 80-an, malah masih aktif hingga ke hari ini walaupun tidak serancak dulu. Emma masih menyolek pelanggan dan kenalan lama yang memerlukan perkhidmatannya. Dia juga masih lagi mengendalikan kelas-kelas solekan untuk mereka yang mahukan ilmu persolekannya.
Seingat saya beberapa hari sebelum saya menerima panggilan dari Emma, dia sihat-sihat saja. Sejujurnya saya amat terkejut, hanya beberapa hari kemudiannya saya mendapat satu post daripada Emma dengan foto dia berada di wad jantung di HUKM dan sedang menunggu waktu untuk dibedah. Allahuakbar! Jantung saya yang macam dirobek. Selepas itu saya tidak lagi mendengar apa-apa berita daripadanya dan panggilan telefon juga mesej saya tidak berjawab.
Sejurus itu saya teirngat Syed Hashim Al Habshi dulunya wartawan majalah RIAS terbitan Utusan Melayu. Hashim bekerja dengan saya keika menjadi editor dan dia memang banyak mengendalikan kerja-kerja pengambaran yang mana Emma sering menjadi jurusoleknya dan saya tahu mereka saling berhubungan hingga ke hari ini.
Saya terus menghubunginya kalau-kalau dia tahu berita terkini tentang Emma. Seperti yang saya jangkakan, Syed Hashim sedia maklum tentang keadaan Emma dan menolak cadangan saya untuk pergi melawat kerana hal-hal SOP pelawat tidak dibenarkan kecuali keluarga terdekat.
Saya terpaksa patuh, bukan kerana alasan peraturan hospital itu sahaja, malah banyak faktor lain yang membuatkan langkah menjadi semakin berat serta perlu saya pertimbangkan. Saya ada lima orang cucu berusia 30 hari, 5 bulan, empat tahun, lima tahun dan lapan tahun yang setiap hari dari pagi hingga petang berada di rumah, saya turut mengambil kira ibu mentua yang berusia 86 tahun yang tinggal bersama saya, untuk saya meremehkan hal-hal SOP. Sememangnya saya harus lebih berhati-hati dan peka perihal keselamatan mereka untuk pergi ke HUKM.
Menambah lagi kebimbangan saya, pos terkemudian Syed Hashim amat menyentuh perasaan dan membuat saya begitu terharu dan tidak keruan. RM15,000? Mana nak dicari dalam waktu yang sebegitu singkat? Apa yang vboleh saya bantu? Sekadar apa yang termampu sahaja tidak cukup dan tiak mungkin dapat membantunya.
Lantas saya turut memviralkan mesej tersebut supaya ramai yang mengenali Emma dapat membaca dan membantu. Orang pertama yang saya sampai berita tersebut ialah teman karib saya Puan Hjh Wirda Adnan. We both came a long way with Emma. Insan bergelar Emma ini dah macam adik kepada kami. Kami sama-sama cuba menghatar sebanyak mungkin post supaya ramai yang boleh membantu dan lebih cepat tabung dapat diisi.
Emma Komited dan Tak Lokek Ilmu
Sambil jari menjalankan kerja, saya terkenang pengalaman kami bersama. Mengenali dirinya sejak pertengahan tahun 80-an ketika majalah Jelita, (tempat saya bekerja sebagai wartawan) yang terkenal dengan ruangan fesyen dan menjadi rujukan mereka yang gemar bersolek sedang memuncak namanya, kami memang rapat. Ruangan kecantikan dan
di majalah kesayangan ini menjadi tumpuan pembacanya kerana tidak ketinggalan memuatkan petua bersolek, berdandan dan bergaya terkini.
Shafinaz dan Tengku XXX, Albert King pereka terkenal 80-an dan 90-an bersama model terkenal negara Tengku Azura turut hadir melawat Emma.
Kerana saya menjaga dan mengelolakan ruangan solekan, sering saya selitkan dalam ruangan kecantikan saya yang diberi nama ‘Pauh Dilayang”, petua dan tips bersolek. Selain daripada majalah luar negara dan buku-buku solekan barat, ‘Sifu’ seperti Emma banyak memberi tips dan pengetahuan untuk saya jadikan bahan menulis. Kami orang media memang banyak dibantu oleh mereka ini dan kami amat berterima kasih kepada jurusolek dan jurudandan ketika itu kerana dari situ kami berkongsi info dengan pembaca hingga ke hari ini ada yang masih ingatkan ruangan kecantikan tersebut.
Bermula daripada eksposi tersebut ramai jurusolek dan jurudandan tersohor tempatan yang berbakat turut menjulang nama mereka seperti Sofea Bee, Amm, Yaakob, arwah Fendi Sani, Izatt, Su & Raziz, Nurul Shukor, Sham Nina, Izral, Surya Zainol dan ramai lagi banyak berjasa pada dunia media majalah dan dunia penyiaran khususnya. Tanpa hasil kerja dan air tangan mereka memang sukarlah mendapatkan hasil penggambaran yang bagus. Pada tahun-tahun 90-an barulah muncul nama-nama baru yang begitu hebat hasil kerja mereka seperti Razlan, Khir Khalid dan Syed Faizal.
Bagaimana tidaknya, seperti juga insan lain, walaupun cantik bukan semua model dilahirkan sempurna, hanya kami di belakang tabir yang tahu. Ada yang matanya kecil sebelah, ada yang kening sebelah melegkung dan sebelah kurang lengkungnya, ada juga yang alis bibirnya tidak sempurna, jadi inilah tugas jurusolek untuk membetul dan mengimbangi kekurangan tersebut. Tanpa mereka tentulah cover girl kami tidak sesempurna seperti yang umum lihat selepas mendapat sentuhan magis mereka.
Di sinilah besar dan penting peranan jurusolek serta pendandan untuk menghasilkan wajah-wajah yang telah kami visualkan. Yang penting komitmen mereka, bayangkan masa yang mereka ambil berjam-jam untuk menyolek dan paling menyakitkan apabila photo shoot tak menjadi. Bukan kerana model tidak cantik atau jurusolek tak pandai atau idea dan yang kami visualkan tidak menarik, but there will always be a bad hair days, the fail makeup days dan juga ideas malfunction di mana yang terhasil tidak seindah yang divisualkan.
We can consider ourselves lucky at that time kerana dah terciptanya polaroid dan kami boleh lihat hasil negative dan boleh merombak semuanya sedang sebelum waktu itu hasilnya boleh kami lihat dua tiga hari selepas sesi penggambaran. Nah! Ambilah, cantik ke hodoh ke itu lah yang terpakssa kami gunakan atau paling teruk, another foto shoot. Itupun jika ada sedikit masa sebelum deadline dan kalau berani menghadap bos. Ini yang kami orang belakang tabir harus hadapi dan perlu bijak menanganinya.
Apapun menyebut perihal komitmen, anak-anak seni ini tidak pernah kenal erti penat atau mengalah jika sesuatu hasil seni kami tidak begitu menjadi dan mereka senang saja menukar semula solekan dan dananan yang memakan masa berjam-jam tersnt. Sebenarnya foto cover girl atau ruangan fesyen dan kecantikan yang pembaca belek seminit itu boleh mengambil masa lebih tiga jam untuk dihasilkan sebelum jurukamera memainkan peranan dan memberi sentuhan kepakaran mereka.
Saya pernah membuat penggambaran muka depan majalah bersama bersama Emma dan Sofea dari jam 10.00 pagi hingga jam enam petang belum selesai. Lepas magrib baru kami dapat satu best shot. Itupun hanya untuk dua ‘look’ sahaja dan beberapa helai lagi pakaian yang saya pilih tidak dapat digambarkan kerana semuapun sudah letih dan kering idea.
Kalau nak ceritakan pengalaman saya bersama mereka memang sehari suntuk pun tidak akan sudah. Apapun bebalik kepada panggilan Emma pagi itu telah benar-benar melegakan hati saya. Malah saya amat bersyukur kerana Allah telah datang keajaiban dan seolah-olah magis telah berlaku.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya; pendek kata, bukan Emma saja yang lega, saya dan teman-temanpun turut gembira kerana sumbangan tersebut mengurangkan kebimbangan Emma tentang bil yang berbelas ribu itu. Walaupun masih perlahan suaranya dan agak tersekat-sekat Emma menceritakan segalanya berlaku pantas dan mungkin itu rezeki dia katanya, ada seorang hamba Allah telah bermurah hati dan dengan pantas menolong membayarkan bil tersebut.
“Alhamdulillah Kak Anis (Anis adalah panggilan timangan saya oleh ahli keluarga dan mereka yang lama mengenali saya. Begitulah mesranya kami),” ternyata Emma amat dia, “Im ok dah ni, Cuma badan rasa lemah sesangat. Syukur operation goes well, cuma yang tak sedap tu, mungkin perlukan satu lagi pembedahan di masa akan datang,’ tambahnya dengan suara yang perlahan.
Mendengar itu saya terus memberi kata-kata rangsangan kepadanya dan menasihatinya. Menyentuh perihal bil yang terlaksana, Emma sempat berbisik kepada saya siapa gerangan hamba Allah yang begitu bermurah hati untuk membantu membayarkannya.
“Cuba Kak Anis teka siapa yang bayarkan bil operation I?” pintas Emma mengajak saya berteka-teka. Dalam keadaan tersebut saya memang tidak terfikirkan pun sesiapa yang sanggup berbuat begitu, “Bukan sekadar sumbangan Kak Anis, malah dia bayar penuh bil operation. Ubat-ubatan dan yang remeh-remeh, dibantu oleh ahli keluarga dan sumbangan teman-teman.”
Apappun bila Emma membisikan nama hamba Allah tersebut, saya tidak terkejut, kerana Datuk RI (biarlah saya sebutkan begitu saja) memanglah seorang yang perihatin dan pemurah. Beliau juga orang seni dan sama-sama mengukir nama di persada fesyen dan dunia glamor sebelum beliau menjadi jutawan dan dermawan malah kini memiliki Yayasannya sendiri.
Apa yang boleh saya katakan, moga Allah permudahkan segala urusan Datuk RI dan Emma di dunia juga di akhirat nanti, dan semoga mereka juga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan Datuk RI itu kerana ramai kaya ternama di luar sana tu, but are they willing to be parted with RM15,000 for an old friend’s hospital bil? I believe only The Chosen and The Lucky Ones can be at that place, that moment and that person. May Allah swt bless you both.
FENDI SANI DALAM KENANGAN
Menyebut hal Emma, saya teringat kepada arwah Fendi Sani. Memang terkilan tidak dapat berjumpa dengannya sebelum dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Fendi juga merupakan jurusolek pada Era yang sama dan dikenali hasil kerja seninya begitu halus, current dan sentiasa clean and crispt.
Bermula pertengahan 80-an, arwah Fendi juga antara jurusolek terkenal negara dan masih aktif dengan dunia penggambaran fesyen dan kecantikan media dan juga dunia penyiaran malah hasil kerjanya amat disenangi dan menjangkau hingga ke alam pengiklanan, teater juga dunia filem.
Sepanjang kerjayanya, tidak keterlaluan jika saya katakan Fendi juga di antara jurusolek yang bertanggungjawab menyemarakkan ruangan-ruang kecantikan di majalah dan surat khabar tempatan walaupun secara luaranya dia seorang yang pendiam, tidak banyak bicara dan begitu low profile tetapi bila berbicara hanya yang penting dan untuk kebaikan bersama.
Kerana tips-tips menarik tentang bersolek dan trend terkini, ruangan fesyen dan kecantikan Jelita juga sentiasa dinantikan oleh para pembaca setiap keluaran.
Menarik tentang Fendi, dia merupakan jurusolek tersohor dan dihormati kerjanya oleh ramai pereka fesyen terkenal, artis popular, juga jenama-jenama alat solek gah dari luar negara kerana kepakarannya bukan sahaja berseni dalam mencantikkan cover girl dan model pentas peragaan dan untuk mdmalah bijak menata solekannya untuk penggambaran berkonsep dan bertema.
Pemergian Fendi amat dirasai dan adalah satu kerugian besar dalam dunia seni solekan dan tidak mungkin dapat ditukar ganti. Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang Allah kasihi dan sentiasa dalam rahmatNya