Famous 2 Famous Musim 4 Jemput Tetamu Ahli Politik juga Artis Yang Daring

Lupakan rancangan masakan Sheila Rusly dan Chef Wan, kerana rancangan masakan Famous 2 Famous kendalian Raifa Zulkifli pada saya lagi menghiburkan.

Saya mula kenal Famous 2 Famous musim kedua yang saya tonton di Youtube melalui episod bersama Khai Bahar dan kemudian berterusan hingga musim seterusnya bersama Sufian Suhaimi dan Aiman Tino antara lain, sebagai tetamu jemputan.  Yang best tentang rancangan ini adalah celoteh pengacara dan cara dia melayan tetamu – rasa macam sedang tengok kawan baik sendiri di tv!

Rancangan ini kembali lagi buat musim keempat. Sidang media diadakan yang mana produksi turut memperkenalkan tetamu jemputan untuk musim ini antaranya YB Hannah Yeoh, Misha Omar dan Elly Mazlein. 

Famous 2 Famous diterbitkan stesen BERNAMA dan boleh ditonton di saluran Astro 502 atau Youtube Bernama News Channel.

Raifa Zulkifli bersama Syamel dalam salah satu episod Famous 2 Famous
Elly Mazlein yang jelita, antara tetamu jemputan Famous 2 Famous musim 4