GAYA HIDUP

Bilik Pameran RA8 Cantik Lagi Selesa

“Saat yang paling membanggakan saya, saya dapat memenuhi permintaan kawan saya dengan semudah itu, semua dalam satu.”

Satu ketika, kira-kira setahun lalu, saya diminta teman untuk mencari satu ruang untuk dia mengadakan ‘Grooming Workshop’. Bersyarat, “I nak tempatnya paling selesa, venue mesti cantik, ada kerusi meja. Boleh bubuh skrin besar, kemudian makan-makan dan lepak-lepak. Syarat kedua ialah sewanya berpatutan.”

Melangkah ke ruang pameran (showroom) RA8 yang terletak di 36A, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), kata orang ia cinta pandang pertama. Meja panjang memuat lebih 30 kerusi dihias cantik. Saya terpikat dengan rantaian lampu-lampu yang ia sendiri bukan sekadar memberikan cahaya kepada bilik pameran tetapi menambahkan seri ruang. Sebelahnya sofa-sofa untuk santai dan ‘kitchen island’. Satu lagi ruang yang menarik perhatian saya ialah ruang tetamu menunggu. Pihanan warna merah purple seolah sudah memberitahu tempatnya ada kelas. Tirai putih sebenarnya membaluti keseluruhan bilik dan di hari-hari biasa tanpa seminar atau kelas, anda akan lihat baju-baju bergantungan cantik. Ya, rak baju untuk disewakan kepada pelanggan yang berminat.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9992″][thb_gap height=”40″]

Showroom RA8 memenuhi keperluan temanku. Dan sehingga ke hari ini, kata teman, dia tidak dapat melupakan sesi bersama rakan-rakan seperniagaannya dan mengulangi beberapa sesi lain termasuk meraikan hari jadinya di situ. “Tahu apa, saya tidak perlu mengeluarkan belanja banyak sebab semua tersedia cantik,” katanya”

Ruang showroom RA8 mula beroperasi sejak 2016, pemiliknya Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar. 

“Saat saya merancang untuk mengadakan showroom RA8, saya mahu pelanggan dan vendor saya selesa tatkala berada di sini. Saya juga tidak mahu tempatnya biasa-biasa sahaja, lantaran saya mendapatkan khidmat penghias dalaman bagi merealisasikan impian dan hasrat saya,” Raja Azam memulakan cerita.

“Konsep saya, ‘flowing dan rejunevating’. Saya mahu setiap yang hadir berasa seperti dilayan mesra. Ruang cantik juga memberikan ketenangan jiwa. Bayangkan anda ke satu ruang yang ada kerusi meja dan peralatan canggih tetapi tiada ‘roh’, ‘gloomy’ dan sesak nafas dibuatnya.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9993″][thb_gap height=”40″]

Kata Raja Azam, memandangkan ruangnya luas untuk kegunaan showroom produknya semata, beliau membuka kepada vendor pakaian dan sewaan venue untuk tujuan seminar dan majlis-majlis seumpamanya.

“Untuk vendor butik saya hanya membuka kepada vendor fesyen,” katanya. Antara penyewanya termasuk RA Infinity (untuk kurung Pahang dan kurung moden), A Diva (plus size apparel RA2 Muslimah), FOOTLINK (kasut kesihatan) dan jenama Assia –  I Am Fashion Apparrel. 

Untuk majlis, tempat ini boleh memuatkan sebanyak 34 kerusi dan 50 ‘theatre style’. Setakat ini, tempat ini disewa untuk kelas bahasa Arab dan pengajian Al Quran, workshop e-Usahawan, Juga pernah digunakan untuk parti hari jadi, parti hari Natal, malam mehendi atau hena night, dan spa party (manicure, pedicure, facial, massage dan reflexology) Ada sebuah bilik khas untuk ruang kecantikan (bilik rawatan badan) juga boleh disewa.

Sewaan untuk venue ialah RM500 sehari, RM300 untuk separuh hari dan RM100 setiap jam dengan mininum dua jam.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9994″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Cat Sebaik Yang Dijanjikan

admin

Biophilic design for health and wellness

adminwm

Bersenam Sambil Beramal Untuk Persatuan Kanser: KanWork Anjur Walkathon Amal KanWork 5

adminwm

Leave a Comment