AGAMA

Fadhilat Ayat-Ayat Surah Yaasin

Ramai tahu kelebihan surah Yassin, yang merupakan sebuah surah yang selalu dibaca terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahu kah anda dengan mengamalkan surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

 

Menurut sebuah hadis, surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di mana si pembaca akan mendapat kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

 

Surah ini juga dikenali sebagai Rafia’ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang yang beriman dan menurunkan darjat orang yang mungkar. Allah s.w.t membacakan surah Yassin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata, “Umat di mana al Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalkan akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yassin berada di setiap ummatku.” Setiap ayat di dalam surah Yassin mengandungi Fadlihat tertentu; ulangi bacaannya setiap hari dan ketahui keistimewaan ayat-ayat ini..

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tidak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya – Ingat yang segalanya datang daripada Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam.

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua – Hancur
Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak tiga kali.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍

Related posts

Hakikat Kejujuran

admin

Covid-19 Bukan Sekadar Penyakit Berjangkit

admin

6 KERUSAKAN HARI VALENTINE

adminwm

Leave a Comment