Bermula dengan seorang teman yang meminta mengabadikan nama ini untuk jenamanya. Setelah dipujuk rayu, Wirda bersetuju dan membenarkan. “Apalah ada pada nama,” katanya kemudian. Tidak lama kemudian jenama dilancarkan.
Sentuhan sulung I Love Wirda mendapatkan respond menggalakkan, yang kemudian I Love Wirda mendapat jemputan untuk pertunjukan di Bangkok. Namun sesuatu terjadi, pemiliki I Love Wirda terpaksa melepaskan jenama ini, kerana ada masalah dalaman menimpa tuan yang memiliki nama.
Begitulah sejarahnya, dan kini ia milik sepenuhnya Wirda Adnan.
Pengalaman menjadikan Wirda peka dengan perkembangan fesyen. Beliau hanya memberi khidmat kepada kliennya yang terhad dan berminat sahaja. “Saya senang melayan klien-klien tertentu,” katanya. “Kenapa tidak menjual online?” “Belum tiba masanya?” jawab Wirda. Komitmen majalahnya masih mengambil masanya. Dan dia juga menyibukkan diri membuat kerja-kerja amal, sedikit sangat tumpuan kepada I Love Wirda. Sesekali sahaja jenama ini melayan kehendak pertubuhan, di negara jiran dan dalam negeri.
Tanggal 5 April, Wirda diundang ke pertunjukan fesyen sempena berlangsungnya Mihas 2019. Tertarik dengan kad jemputan (very inviting) walaupun majlis berganjak sehingga jam 4.30 petang, saya sabar menanti kerana tidak mahu melepaskan peluang menonton pertunjukan I Love Wirda. Saya terpaksa mengakui jika Wirda yang membuat show, ia sama sekali tidak menghampakan.
Hitam masih menjadi pilihan I Love Wirda tetapi beliau menggunakan fabrik lace. Memetik kata-kata Coco Chanel, “I consider lace to be one of the prettiest imitations ever made of the fantasy of nature: lace always for me those incomparable designs which the branches on leaves of trees and embroider across the sky, and i do not think that any invention of the human spirit could have a more greatful or precise origin.”
Tulis Wirda, ‘I Love Wirda, she is classy, she is a lady full of confidence and very inspiring. She is sweet, sexy and playful, yes she dress to impress. Sesuai ke karpet merah dan ke majlis glamour – wanita muslimah bersedia menawan dunia.”