PERSONALITI

Rasa Rosz Lahir Daripada Rasa Ingin Memberi

Melayari laman Instagram Dato’ Sri Rozita Ramelan; @ds.rosz membuat hati terdetik rasa ingin tahu. Wanita ini sangat berjaya dalam perniagaan, namun jelas kelihatan bibit-bibit kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang erat dalam video dan gambar-gambar yang dikongsi. Beruntung wanita ini, karier dan keluarga bergerak seiring. It is a privilege to have both nowadays. Apa rahsia dan apa pula rasanya berada di tempat beliau.  Begitu istimewa.

Bercakap soal rasa, terbaru Dato’ Sri Rozita melancarkan produk pes masakan berjenama Ratu Tumis di bawah label RASA ROSZ. Apa yang istimewa tentang produk ini ialah ianya lahir daripada cinta. Lahir daripada rasa ingin memberi. MajalahWM.com menyelusuri arus cinta dan rasa ini buat tatapan pembaca daripada Dato’ Sri Rozita.

Ceritakan bagaimana tercetusnya idea untuk mengeluarkan Rasa Rosz?

Wirda, saya secara peribadi memang suka memasak untuk keluarga dan kawan-kawan. Daripada kecil, sayalah pembantu dapur arwah emak; Jaliah Mohamad, yang paling setia. Emak menzahirkan kasih sayang kepada kami melalui air tangannya. Tanya sesiapa sahaja yang berpeluang merasakan masakan emak, pasti semua akan memuji-muji keenakannya. Dari situ, saya banyak mewarisi resepi masakan emak. Buku resepi yang arwah emak tulis, merupakan hadiah paling istimewa untuk saya.

Apabila saya berjaya dengan perniagaan lain yang saya ceburi, tercetus ilham ingin berkongsi resepi. Berkongsi rasa. Berkongsi cinta saya dalam memasak dengan masyarakat umum. Sekaligus, mewujudkan peluang perniagaan kepada komuniti di luar sana untuk menambah pendapatan dengan menyertai Rasa Rosz sebagai agen dengan modal yang sangat rendah. Ini cara saya memberi. Ini cara saya berkongsi kasih sayang dan rezeki. Maka lahirlah Rasa Rosz, daripada rasa cinta dan ingin memberi.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9278″][thb_gap height=”40″]
Kenapa perniagaan berasaskan makanan?

Oh, jawapannya senang saja Wirda. Kejayaan besar yang Wirda boleh lihat yang saya kecapi ketika ini bermula dengan perniagaan chicken wing yang saya usahakan secara kecil-kecilan. Saya percaya, tanpa seringgit takkan jadi sejuta. Saya bermula di situ. Tambahan lagi J.R.R. Tolkien pernah berkata “if more of us valued food and cheer and song above hoarded gold, it would be a merrier world.” Jadi, saya pilih perniagaan berasaskan makanan kerana ianya relatable to everyone.

Pes Ratu Tumis Rasa Rosz. Boleh Dato’ Sri huraikan?

Ratu Tumis Rasa Rosz mempunyai lima jenis pes yang berbeza. Sambal, Asam Pedas, Gulai, Tomyam dan Sup. Ianya kombinasi sempurna dalam konteks masakan. Berbanding dengan jenama lain, Rasa Rosz bebas monosodium glutamate MSG. Ingredients yang digunakan bermutu tinggi dan pekat; menjadikan ianya boleh digunakan untuk kuantiti masakan yang lebih berbandang pes-pes sedia ada di pasaran. Apa yang penting Wirda, pes-pes ini akan memudahkan wanita dan pria di luar sana untuk menyediakan hidangan yang lazat dalam masa yang singkat. Lebih istimewa, kami memilih penyanyi, pelakon dan hos popular Amy Mastura menjadi duta produk kami. Amy Mastura sinonim dengan jenama antarabangsa dan tempatan. Amy pernah menjadi duta jam Omega, kosmetik Kose, pembersih Lifebuoy, alat kesihatan Takasima, Maggi Cukup Rasa dan banyak lagi. Amy mewakili household products berkait dengan masa, kecantikan, kebersihan (kesucian), kesihatan dan makanan. Ironinya pes Ratu Tumis rasa Rasa Rosz mempunyai semua elemen tersebut; menjimatkan masa, penjagaan kecantikan dengan bahan-bahan tradisi, suci lagi halal dan ianya makanan yang menyihatkan. Justeru itu pemilihan Amy Mastura yang sentiasa positif dan ceria adalah tepat kerana itu matlamat sebenar kami, to promote love through food and helping others nourishing themselves with healthy food. Jadi, kepada wanita di luar sana yang ingin mencuba pes Ratu Tumis Rasa Rosz, boleh menghubungi kami di talian 013-808 2772.

Related posts

Latt Omar Pelopor Platform Pembelajaran Ilmu Secara Online Melalui Ruangcikgu.com

admin

10 Soalan Cinta

admin

Neelofa Berniqab

admin

Leave a Comment