Solekan glowing atau glossy dilihat di mana-mana kini, dilihat pada selebriti, juga model di pentas peragaan. Anda berminat dengan gaya solekan ini? Tidak sukar menyoleknya tetapi mesti tahu informasi penting, seperti di bawah:
Solekan sesuai dengan semua jenis kulit kecuali kulit berminyak. Ini kerana kesan glossy membuatkan wajah kelihatan semakin berminyak.
Solekan glossy tidak perlu terlalu menyerlah.
Pilih warna glossy yang mengikut tona kulit wajah.
Produk mekap yang diperlukan untuk melakukan solekan glossy adalah highlighter atau shimmering powder. Selain bagi membuatkan kontur wajah nampak lebih jelas, produk ini juga akan menjadikan wajah terlihat bercahaya dan cantik.
Gaya solekan ini menonjolkan wajah yang semulajadi bercahaya dengan menggunakan shimmer pada area T Zone. Kesan glossy semulajadi diperolehi dengan penggunaan highlighter atau strobbing cream di sekitar bahagian T Zone seperti dahi, tulang pipi, dagu dan hidung.
Gunakan lipgloss selepas mengoles gincu bernuansa natural seperti warna baby pink atau peach.
Untuk mendapatkan kesan glowing yang bagus, pastikan anda miliki kulit yang bersih kerana ini adalah kunci kepada kesempurnaan aplikasi solekan. Waktu terbaik merawat kulit adalah malam hari, ketika kita tidur. Kita bisa mengoptimumkan rawatan dengan memakai sleeping mask dan dipakai semalaman agar ketika bangun keesokan harinya, wajah terlihat lebih segar bersinar.