EYE ME

Demi Sebuah Tas Berjenama…

Mencurah komen yang masuk pada rencana Eyeme Ogos ‘I’M ANNOYED BY FAKE DESIGNER BAGS AND…” dan ramai bertanya siapakah gerangan perempuan itu yang sungguh telah mengaibkan diri sendiri. “Mungkin dia digunakan oleh jenama-jenama besar bagi membantu menghina orang yang pakai barang tiruan?” Tulis salah seorang daripada pembaca. 

Saya teringat bertanya kepada Pengurus Perhubungan Awam satu jenama terkenal tentang isu yang dibangkitkan dalam ruang gosip penulis fesyen. Dia mengatakan pada satu majlis pembukaan rasmi butik terkenal itu, pegawai ditugaskan tidak membenarkan seorang selebriti masuk ke dalam butik kerana si selebriti menyandang tas tiruan. Apakah benar dakwaan tersebut? 

“Ya, saya pun ada membacanya, which to us is very unethical and ridiculous to such an act.  Kami tidak akan melayan pelanggan seburuk itu, jauh sekali dia tetamu kami. Dengan menghalaunya keluar hanya kerana dia menyandang tas palsu jenama kami? Tidak, itu terang-terang menghina dia. Cuma apa yang mahu kami katakan, adalah lebih baik dia tidak menggunakan tas tiruan jika tidak punya. Sama ada tulen atau tiruan ia pilihan peribadi tetapi bagi saya dia atau siapa saja yang memilih tiruan sebenarnya seorang yang gagal menilai estetika dan kecintaannya terhadap seni dan sejarah jenama, justeru kami mengatakan mereka ini tidak bijak dalam berfesyen.”

Jadinya pada persoalan sama ada dia dibayar untuk memburukkan orang yang pakai tiruan, saya percaya jenama besar tidak petah melayan hal-hal sebegini, dunia mereka lebih besar daripada mengupah orang seperti perempuan ini.

Mahu saya bercerita lagi tentang pengalaman fesyen saya. Ya, teman RJ memang gila beg tangan. Dia pantang melihat tas tangan baru, terutama yang ‘limited edition’, kalau boleh mahu di’sapu’nya semua. Pada satu peristiwa terkala kami di Paris musim Minggu Fesyen, sebelum saya melangkah sebagai tetamu pertunjukan Chanel di petang itu, saya dan teman singgah di butik LV, nah matanya terpandang satu beg edisi khas yang sungguh unik. “Sorry madam, not for sales.” Kononnya, kami diberitahu Beyonce sendiri cuba mendapatkan tapi dia juga tidak diberikan keistimewaan membeli yang satu itu.

Saya tidak tahu apa terjadi selepas itu kerana saya segera menuju ke tapak pertunjukan fesyen. Jangan seminit pun kamu terlewat atau pintu dewan akan ditutup, itu saya pasti kerana bila pertunjukan sudah bermula, selebriti A list dunia sekalipun tidak boleh masuk lagi ke dalam dewan, sebegitu ketatnya arahan setiap pertunjukan fesyen.

Dan pulang ke hotel, gosh, terkeluar biji mata, saya melihat beg tadi di atas katil. Bagaimana teman mendapatkan beg itu saya tidak pasti, tetapi saya percaya sebab nama teman tersenarai pembeli tertinggi jenama tersebut. Begitulah kadangnya mereka sengaja tidak mahu melayan dan memberi seribu alasan tetapi bila diketahui pelanggan ini jenis yang membeli, sampai mereka sanggup sujud kat kita. Pernah kami di payung sehingga ke kereta, walaupun tidak hujan pun, cuma gerimis sahaja.

Benarkah untuk mendapatkan tas Birkin anda perlu menunggu bertahun-tahun? Ya dan tidak. Sebab sewaktu kami di Paris di butik Hermes, saya melihat ramainya manusia sedang menunggu sesuatu, dikatakan pada hari tersebut, satu beg akan sampai ke butik untuk dijual, sesiapa bernasib baik, dialah menjadi pemiliknya. Tidak pelik kerana setiap hari begitulah senario di butik tersebut, orang sanggup berjam-jam menunggu dan menunggu dan menunggu, dari belum pun pintu butik dibuka sehingga sampai ke petang, dan di akhir cerita, tiada tas yang ada untuk dijual. Mungkin ini juga strategi pemasaran memperlihatkan betapa besarnya nilai jenama mereka.Terutama kalau kulit kamu tidak putih dan mata tidak biru, lagilah susah untuk mendapatkannya.

Teman bernama Watie bercerita, “Tiga empat kali aku masuk ke butik. Aku faham untuk mendapatkan Birkin dan Kelly waktu itu perlu membuat tempahan, tetapi membuat tempahan pun aku rasa macam orang bodoh.” Sungguh jurujual katanya ‘bo-layan’. Kerana sakit hati pada hari ketiga, dia terpaksa mengheret suaminya ke butik, “Darling you must come with me this time.” Upp.. sebab suami orang Perancis, bukan sahaja dia perlu menempah, tetapi dibenarkan membeli masa itu juga. Maknanya apa? 

Apa pun saya dan teman RJ pernah mendapat layanan istimewa. Kami dijemput ke bilik khas, dan di situ dia menunjukkan tas Birkin warna maroon. “Madam, would you like to purchase it?” You see those people at the entrance hallway, all waiting for this particular beg, but today we give you the priority to decide, fast, ” kata pengurus di butik Hermes di Paris. Dan selepas peristiwa tu setiap kali teman ke butik itu, dia mendapat layanan istimewa. 

Dan saya pernah dikabarkan, dan ini mungkin cerita benar. Ada satu keluarga kaya dari Sarawak, bila mereka datang ke butik Hermes sama ada di London atau Paris, dikata pintu butik ditutup sepenuhnya untuk sekian waktu supaya pelanggan ‘luar biasa’ ini tidak diganggu sewaktu membeli. Tahu kenapa? Kerana sebahagian besar daripada isi dalam butik berkenaan akan kosong sebaik mereka keluar dari butik tersebut. Betulkan, ada orang sampai lupa dunia, bila membeli dan tidak kisah di luar ada terpaksa menunggu berjam-jam. 

Satu petunjuk kepada anda yang suka membeli produk berjenama, Birkin atau Kelly dan hari dikata juga Chanel. Andai ‘buyer’ anda kata dia boleh senang dapat tas demikian, hati-hati, kerana dia berkemungkinan menukar laluannya bukan ke Paris tetapi ke Korea. Dan yang dijual kepada anda mungkin gred tertinggi dan terbaik, tetapi ‘ter-ter’ keduanya itu masih ia counterfeit. Kalau dia kata harganya below market price, sekali lagi kena hati-hati, kerana ia tetap fake bag. Tipah tertipu. Untuk jangan tertipu lagi, kita bertuah kerana sebuah ‘independent multi-brand luxury retailer – Kabinet Prive –  ‘boasts one of the world largest collections of Hermes Birkin, Kelly, Constance bag amongst other iconic,limited-edition collector’s pieces.  Sila ke Kabinet Prive, The St Regis, Kuala Lumpur    

Soalan: Can normal people buy Birkin bags? Jawapan: Birkin tidak tersedia untuk dibeli oleh pelanggan atau sesiapa juga. Sebaliknya rakan jualan akan memilih sama ada dia hendak menawarkan pada klien tersebut, semua ini tertakluk kepada pelbagai faktor, sesetengah diketahui, sesetengah tidak. Soalan: Why does Birkin have a waiting list? Jawapan: The million dollar question, and in reality waiting lists at Hermes stores no longer exist. Soalan: Berapa Birkin anda boleh beli pada satu masa? Jawapan: Pada 2023, ditetapkan kamu hanya dibenarkan membeli Satu Sahaja, ini termasuk The Birkin, The Kelly dan Constance bag. Dan satu kuota untuk setahun. Soalan: Bagaimana dengan jenama Chanel, why is Chanel so hard to buy? Seperti Hermes, Chanel juga cuba menghadkan pembelian, dan trying to limit who can purchase a bag, controlling the supply to increase the demands for their bags.

Saya diaju beberapa soalan lagi oleh pembaca, Soalan: Antara dua jenama Chanel dan Dior,  mana yang lebih bagus? dan jenama-jenama lain yang popular? Jawapan. Kedua jenama disenangi oleh pecinta beg kerana reka bentuk nya dan ia ‘timeless’. Bagaimana pun pada Chanel ia lebih menumpukan kepada simplicity dan functionality sementara Dior pula lebih menonjolkan feminin dan elegan. Dan kepada soalan, senarai jenama popular dunia adalah Dior, Chanel, Gucci, Hermes, Prada, Versace, Burberry, Balenciaga, Saint Laurent, Armani, sementara Omega dan Rolex, (jam). Catatan Jun 2023.

Soalan: Antara Chanel dan Dior mana lebih mahal? Jawapan: Harga termaktub kepada itemnya, tas Chanel berharga antara $2950 dan $10,000 manakala Dior pula menjualnya dari $3,000 ke $7,000 (Catatan Mac 2023.)

Berbalik kepada cerita teman, RJ – berkesempatan ke ruang tas tangan, mashaAllah, tidak terkira betapa banyaknya tas tangannyal Lima tahun lalu katanya lebih 7000, dan bayangkan hari ini. Ada juga yang katanya dijual tetapi kebanyakan dia sayang – tidak sampai hati berpisah daripada kesayangannya. Ibarat anak, mana mungkin kita pilih yang mana satu untuk dipisahkan. Dan seandainya pula dia hendak ulang pakai yang sama agaknya mengambil masa bertahun-tahun juga. Soalan: Mengapa dia menyimpannya terlalu banyak? Jawapan: tidak mahu memikirkan tentang berapa value keseluruhannya kerana pada dia semuanya bernilai dan ada keistimewaan, kecantikan dan sejarah sendiri. Lagipun, kebanyakannya adalah edisi terhad. Katanya sakitku terubat melihat kesenian ciptaan tangan-tangan yang berseni dan tidak ada satu pun serupa, kalau bentuk sama tapi pasti warnanya tidak sama.

Sehingga satu hari, kerana adanya hati-hati yang tidak senang dengan koleksinya, menghubungi saya hanya untuk menyampaikan kata-kata ini, “Saya tahu you baik dengan dia, tapi yang you tidak tahu beg-begnya itu semua fake. Saya jadi marah, sebab bertahun mengenalinya dan sering kali bersamanya, dan dia yang tidak jemu-jemu membeli, mengapa menuduh sembarangan? Janganlah kerana kamu tidak beberapa mampu kamu cemburu dan untuk menyedapkan hati menuduh dia pakai fake. Tolong ya..

Dan saya akhiri cerita tas tangan ini daripada kenangan terindah teman saya bernama Mona Din. Bagaimana dia mendapat Birkin yang pertamanya? Ceritanya Zul (suami) tahu sang isteri longing to have one, disebabkan sukar sangat dan waiting list yang panjang, dia secretly mencari dan mencari di seluruh dunia, di mana dia boleh mendapatkannya dengan cepat. Setahun dua masih boleh menanti, katanya. Penantiannya berakhir, dia mendapat berita gembira dari satu butik di Australia. 

“Satu hari Zul memberitahu saya akan pulang lewat kerana ada hal yang amat penting untuk dia uruskan. Yang hairan selalu ke kedai belakang rumah pun dia memberitahu saya tetapi yang satu ini, terlebih berahsia. “Okay, asal jangan you tidak pulang sayang.” 

“Rupanya dia terbang ke Sydney Australia. (sebenarnya kami sekeluarga, baru dua minggu pulang bercuti di Australia.) Pendekkan cerita, dia terbang hanya untuk mengambil tas tempahannya itu dan taking the next flight home. Tapi tidak semudah itu pergi balik ke negara luar dalam tempuh kurang 24 jam, apa tah lagi dua minggu sebelum cop pas lawatan tertera di passport.

“Zul ditahan dan disoal siasat. Akhirnya dilepaskan, kerana tujuan hanya untuk mengambil beg tersebut supaya tepat pada hari jadi sang isteri, suami dapat menghadiahkannya. Gosh.. meleleh air mata kala bercerita. “Ya betul demi cinta Wirda dia melakukannya, tetapi mujur tidak masuk penjara kerana dikata penyeludup. Ha ha.” 

Oh ya, hanya beberapa lagi ada saya harijadi saya, 15/9. Pada tahun lalu saya menerima sebuah jam tangan, Soalan: Tahun ini apa agaknya?  

Jawapan: Saya tidak mengharapkan apa-apa sebaliknya saya pohon daripada Allah SWT, berilah kesembuhan kepada suami kerana sudah hampir tujuh bulan dia terlantar sakit. Seisi keluarga memohon kepada anda turut mendoakan kesembuhannya. InshaAllah dipanjangkan usianya. 

Related posts

Rindu Serindunya ke Baitullah Al Haram

Wirda Adnan

Insan Yang Bergelar Bapa

Wirda Adnan

Pulanglah, Jenguk Orang Tua Mu

Wirda Adnan

Leave a Comment