EYE ME

Yang Pasti Syawal Tidak Seronok Lagi

Ramadan berlalu
Aidilfitri menunggu
Tetapi tiada erti buatku

Merindu
Sendu
Menangis sayu

Kali pertama aku yatim piatu
Saatnya sungguh pilu
Rumah peninggalanmu
Hanya tinggal debu-debu  

Ke pusara aku tuju
Al Fatihah dilagu
Menggeletar seisi tubuh mengenangkanmu

Ya Allah
Sampaikanlah pahala bacaanku
Kepada roh ibu dan ayahku

Sekali lagi aku mohon dimaafkan segala dosaku
Kerana aku tahu
Sentiasa gagal membahagiakan kamu

Ketika hayatmu
Ziarahku tidak selalu
Doaku jarang untukmu
Laranganmu aku senyum buat tidak tahu
Melayanmu kadang-kadang aku rasa jemu
Belaianmu aku pula kata  oh! tidak perlu

Ya Allah derhakakah aku ini
Tidak tahu menghargai
Jasa mereka yang tidak berbelah bagi
Tetapi anak ini masih mementingkan diri sendiri

Bila ayah dan ibu telah pergi
Baru berasa Ya Allah bolehkah Kau pinjamkan kalau boleh cuma sehari lagi
Nafasnya untuk kami
Mengaku kesalahan kami
Memohon untuk dimaafi
Akan segala dosa-dosa yang kami sedari

Mahupun yang tidak diketahui
Tetapi ayah ibu yang berasa amat kecil hati
Perbuatan yang menyakiti

Ibu makan hati’
Dan ayah sedih sekali
Anak-anak menderhakai

Ya Allah ampunilah dosa mereka
Kasihan dan sejahterakan mereka
Maafkan kesalahan mereka
Muliakan dan lapangkan kubur mereka

Dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang maha Perkasa
Semoga aman di rumah sementaramu

Ayah dan ibuku
Hingga kita bertemu
Di Firdaus syurgaMu yang setiap umat ingin ke situ

Kamu yang masih punyai ibu dan ayah lagi
Jangan menyesali
Hanya setelah mereka pergi

Kelmarin aku menyaksi
Bagaimana seorang anak muka kelat tidak melayani
“Sesekali aku balik, tiada makanan dihidangi?”
“Masakan kegemaranku ngapa mummy gagal menyedianya lagi.”
“Asyik-asyik mengaji.”
“Bosan dengan mummy ni.”
“Anak pulang dari jauh tidak lagi dilayani.”

Ibu cuba minta anak memahami
10 malam terakhir Allah berjanji
Lailatul Qadar seolah bersolat 80 ribu hari
Hari yang para Malaikat turun ke bumi
Mencari umat Muhammad yang mendambakan diri
Menghadiahkan syurga buat diri

Anak merajuk terus pergi
Ibu menitis air mata memerhati
Tinggi ilmu tetapi tiada pandai berbudi
Aku anak yang sepatut dilayani
Jangan asyik tak habis-habis mengaji…

Anak-anak yang aku kasihi
Sudah aku cerita… nanti kamu menyesali
Sebelum Jibrail mendatangi
Sayangi
Daddy dan mummy
Cukup daripada bayi dia membelai

Bagiku Syawal tahun ini
Yang pasti tidak seronok lagi

Related posts

Nostalgia Fesyenku…

Wirda Adnan

Doa, Pesanan & Kenangan…

Wirda Adnan

Sakit Adalah Ujian, Allah Sayang Saya

Wirda Adnan

Leave a Comment