COVER STORY

Syukuri Ahmad Antara Ayah & Chef

‘Anak Bijak Daddy’  inilah ‘love quotes’ sering saya guna untuk menyapa atau menegur anak saya. Kata-kata itu satu doa. Kita selalu overlooks the power of our words. Kita lupa Allah sedang mendengar apa yang kita ucapkan. Setiap apa yang dikata itu satu doa. Semakin kerap kata-kata demikian disebut, diulang, semakin dekat ia menjadi realiti… that’s how much impact our words can have on our lives, ” kata Chef Syukuri Ahmad, 45, Pengarah Operasi & Jualan Merangkap Penolong Chef B’york Cuisine.

Anak itu umpama kain putih. Ibu dan bapanya lah pencorak anak melalui acuan yang patut diterapkan dari awal-awalnya usia mereka. Saya bersyukur dididik dalam persekitaran disiplin yang baik dan itu juga lah yang saya turunkan kepada anak lelaki saya sekarang.”

Syukuri Ahmad bahagia bersama isteri Syazwani Razuan, dikurniakan seorang cahayamata lelaki Muhammad Waqiuddin Iman yang kini berusia dua tahun.

Hubungan saya dengan anak sangat rapat. Saya akan cuba peruntukan masa walaupun sekejap, boleh dikatakan setiap hari saya akan layan dia menonton animasi series kegemaran dia atau main  lego block sebelum dia tidur. Bagi saya anak tidak akan merasa terpinggir kalau pembahagian kasih sayang secukupnya. Buat masa ini fokus pada yang seorang, insya Allah ada rezeki bertambahlah lagi ahli keluarga kami.

 Alhamdulillah  isteri saya juga sangat supportive. Sebelum kami berkahwin dia sudah mengenali betapa komitednya saya dengan kerjaya dan satu-satu tugasan yang diamanahkan kerana kami beberapa kali bekerja bersama daripada tugasan program NGO sehingga program kerakyatan. Dia tahu itu, maka tidak jadi masalah untuk dia melayan Waquiddin tanpa keberadaan saya.”

Every father should remember that one day his son will follow his example instead of his advice…

Bagi saya, wajib saya menunjukkan contoh yang terbaik sebagai ayah. Dan terlebih dahulu yang paling penting ialah, saya mesti menjadi suami yang terbaik untuk isteri; bertanggungjawab, melayan isteri penuh kasih sayang dan menjadikan rumah itu ‘syurga’ untuk penghuninya. Bila adanya kecintaan dan keharmonian dalam rumahtangga tidak sukar membentuk peribadi anak, insya Allah dia akan membesar dan menerapkan nilai-nilai murni dalam hidupnya dan menjadi insan berguna kepada keluarga dan negara khasnya.

Teringat abah, antara kenangan manis kami kepadanya ialah, dia mengajar kami adik beradik menabung. Abah akan bertanyakan baki duit belanja sekolah setiap kali dia balik kerja. Kalau dulu seringgit nilainya besar. Bayangkan nasi lemak baru 30 sen sepinggan jadi baki boleh jadi sehingga 60 sen kalau kami adik beradik pandai berjimat (dan paling pandai berjimat kakak sulung (Kak Long) saya.). Baki itu disuruh simpan di dalam tabung masing-masing dan pada hujung bulan abah akan bawa kami ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dan hasil tabungan di situ abah akan bagi tahu simpanan bank siapa yang paling banyak jumlahnya. Ini membuatkan kami adik beradik berlumba-lumba untuk berjimat dan menabung.. Aqieiman sudah ada tabung sekecil setahun usianya, bezanya Aqieiman akan minta small change daripada kami setiap petang bila kami balik kerja.

Oh ya, satu lagi abah saya tak miss buat Peanut Butter Sandwich untuk bekal sekolah kami adik-beradik ke sekolah. 

Tanggal Jun 18,  seluruh dunia akan meraikan Hari Bapa. Saya bertuah dikurniakan zuriat dan sebagai bapa pastinya kami akan meraikannya. Belum fikir apa, tetapi saya percaya isteri mesti ada surprise buat saya dan Aqieiman, atau saya akan masak makanan kegemaran isteri dan anak, well I will also keep it as a surprise, tunggu!  

Terkenang Father’s Day 2021, saya masak untuk isteri ‘a very-very special dishes’, ia juga sebagai hadiah saya kepadanya kerana dia melahirkan our son dan saya jadi bapa pada tahun itu. Maknanya saya ini memang suka masak untuk event-event tertentu sahaja, bukan hari-hari ya.. ha ha. Lagipun Awien (isteri) masak sedap sangat.”

Kerjaya sebagai Chef

When someone cooks for you, they are saying something. They are telling you about themselves, where they come from, who they are, what makes them happy.” Anthony Bourdain. 

Saya mendapat pendidikan awal bermula daripada pengajian dalam Culinary Arts and Basic Cooking dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Tourism and Hotel Management. Saya telah berada dalam Foods, Beverage and Hospitality Industry (penghasilan makanan, minuman dan perkhidmatan) baru 25 tahun, ya betul jauh lagi perjalanan kerjaya saya, Insya Allah.

Ibu seorang yang amat adventures bila dia memasak untuk keluarga. Rasanya pada awal 90-an lagi kami sudah ada pasta maker, food processor and bread maker, jadi ibu lah yang menginspirasikan perjalanan kerjaya saya di dalam F&B sebagai Chef pada awalnya.”

Sebagai chef, hidangan yang anda senang menyediakan? 

Desserts are my favorite dish.. sebab paling seronok to prepare dan lebih menyeronokkan bila tengok wajah gembira  yang tergambar bila menikmati penutup hidangan. Benar kata Thomas Keller, ‘A recipe has no soul. You as the cook must bring soul to the recipe’.

Antara yang saya suka sediakan ialah, apa yang saya sebut, Frozen Dessert dan lebih kepada Premium Ice Cream. Kerana  kita ini disajikan secara komersial dengan aiskrim yang ada di pasaran, yang kebanyakan adalah gelato. Untungnya pada mula saya terlibat dalam industri penghasilan makanan, saya dilatih oleh chef dari Australia, Jerman dan Jepun. Kebanyakan resepi dalam pegangan saya adalah resepi premium dari restoran hebat di era awal 90-an seperti Carcosa Seri Negara, Bon Ton dan Top Hat.. dan beruntung juga saya terdedah dengan juadah penerbangan seluruh dunia sewaktu saya bersama dengan Brahim’s Airlines Caterer. Saya pernah berjaya persembahkan satu dessert dari Amerika Selatan yakni  “Quindim” untuk Qatar Airways yang saya bawa di setiap F&B Establishment yang saya rasa layak.

Dan yang kurang disukai untuk menyediakan? 

Yang something not at the top of the list lah ya.. “Classic” Chinese Set Courses Meal, ha ha ha. Yes you need  “The A Team” to prepare it.. never in my mind to be involved with that dish. 

Your overall cooking philosophy?

 I make beauty from what I love and make holy from what I believe” Ini falsafah dan motto hidup saya. Jadi untuk diadaptasi kepada kerjaya saya ialah satu kesempurnaan dalam penghasilan produk kerja itu harus wujud daripada kecintaan dan kepercayaan.

Tiga ‘kitchen tools’ yang tidak boleh tidak ada? 

Pasta maker, food processor and bread maker… seperti mak dia suka tiga perkakas ini.

Siapa pada anda Best World Chef?

Selain emak saya, dia adalah Anthony Bourdain. I remembered he took us around the world and back, showing us how we all eat.. live and love. Bagi saya journal dan buku-buku beliau adalah terbitan semula naskah Agustus Escoffier dalam versi yang senang dan aman pendekatannya.

Gaya pengurusan anda sebagai Chef?

Lead by example. Sebelum kita suruh orang berjalan lurus baik kita dulu berjalan lurus.. tak best asyik nak kritik aje kan.

Kekuatan dan kelemahan anda yang boleh anda akui?

Sebagai seorang chef sudah termaktub dalam catatan sejarah dari zaman Escoffier Agustus ‘kesempurnaan’ itu sebagai keperluan untuk menghasilkan sepinggan hidangan. maka saya berpegang pada standard yang tinggi dan selalu berbangga dengan hasil kerja saya. Saya akan pastikan produk penghasilan zero daripada ‘Imperfection’. Sebagai seorang ‘perfectionist’ yang suka pada kesempurnaan, kadangkala ia merupakan kelemahan pada saya bila jadi burn out .Saya sememangnya seorang yang perfectionist apabila melibatkan kerja saya sendiri. Untuk kerja pasukan saya mempunyai sikap yang sangat berbeza. Mungkin kerana saya tidak suka kritik hasil kerja orang. Saya lebih suka ‘lead by example’.

Pengalaman bekerja sebelum ini, pernah tidak anda bertanggung jawab menghasilkan atau memperbarui menu-menu. Dan pendekatan anda dalam hal ini?

Sewaktu bersama Brahims SATS Food Services Sdn Bhd saya didedahkan dengan semua Flight International Routes. Mencipta menu ‘dessert’ untuk Japanese Airlines (JAL) paling mencabar tetapi amat menyeronokkan kerana kekerapan mereka menukar menu. Dan yang paling seronok bila mereka bawa chef-chef mereka berkolaborasi dengan pasukan chef kami, justeru dengan kreativiti kami terhasilnya beberapa menu yang masih dalam simpanan saya.

Bagaimana anda mengawal mutu dan konsistensi hidangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan apa yang dihidangkan?

SOP ‘Standard Operating Procedure’ mesti dijaga. Kami chef memang bekerja berlandaskan polisi dan prosedur. Setiap establishment akan ada dasar dan prosedur asas yang telah ditetapkan berlandaskan matlamat dan objektif sesebuah pengusaha makanan dan minuman.

Pernah anda memecat pekerja?

Alhamdulillah saya tidak pernah terlibat dalam proses pecat atau pemecatan. Bagi saya HR harus melihat pada bahagian latihan (training center department), ini paling kurang wujud dalam kebanyakan pengusaha makanan dan minuman. Pemecatan bukan jalan terakhir bagi kakitangan yang bermasalah. Bahagian Modal Insan patut giatkan latihan yang wajar untuk mengelakkan tenaga kerja yang bermasalah. Saya lebih senang aruskan tenaga kerja yang sebegini kepada jabatan yang boleh menggunakan tenaga mereka kerana bagi saya setiap pekerja adalah aset syarikat.

Apakah anda juga sebahagian daripada Luvly Touch?

Luvly touch adalah pusat latihan  yang diusahakan oleh Khadijah Ahmad (Katt) yakni kak Ngah, kakak saya. Luvly Touch mendokong kuat usaha Go Green and Say No To Plastic, mereka pengeluar dan pembekal kaolin clay pertama di Malaysia (2009) 

Katt merupakan tenaga pengajar yang mengusahakan program khusus untuk wanita/suri rumah dan anak Autism yang membuat pin tudung biodegradable di rumah dan membeli semula hasil tangan mereka di rumah. Pada 21/11/2021,usaha dan minat Luvly Touch dalam menjayakan program Zero Waste, Recycle, reuse & Biodegradable mereka buka LT FLOWERS & GIFTS STUDIO pertama di Alam Budiman (cawangan pertama) di mana mereka menjual, mengubah bunga segar dan ‘preserved flowers’ untuk hiasan dan bahan Asas Pembuatan Lilin Aromatherapy dan Pemasaran untuk program pertama KKM *A* malan, *J* ana, *A* jar, *K* ekal Budaya Sihat bermula di rumah *(AJAK sihat)*

Bercakap tentang “Gaya Hidup Hijau’ apa pandangan anda?

We can start by stopping Single-Use Plastic Products (SUPs) that support Biodegradable Plastics. We bring our own shopping bags everytime we go to the grocery store.

“Pendekatan “Green living lifestyle” adalah metode baru untuk mengaktifkan disiplin yang berlangsungan ke arah kebaikan dalam kehidupan seharian seseorang supaya rutin harian mereka bekerjasama ke arah kelangsungan (sustainable method) sumber alam daripada melakukan kerosakan jangka panjang kepada alam sekitar atau sistem ekologi. Contohnya bercucuk tanam dengan menggunakan tenaga solar dan sebaiknya padam lampu dan alat electric apabila tidak digunakan. Menggunakan bahan bungkusan yang biodegradable atau bawa ‘carrying cart’ sendiri.

Saya sangat ‘admire’ mereka yang berkebun bagi menghasilkan produk tanaman sendiri.. Mak.saya, kak Long dan kak Nyah, mereka senang sekali bercucuk tanam.. Saya melihat ianya juga sebagai terapi yang bagus dalam mengamalkan kehidupan yang sihat.

Akhir kata, pandangan anda tentang ‘Ayah Makan Anak’?

Kalau ikutkan hati memang hukuman paling kejam yang boleh kita fikirkan. Manusia-manusia ini sebenarnya tidak wajar wujud dalam dunia dan komuniti masyarakat. Saya sangat bersetuju dengan negara jiran kita Indonesia tentang keadah kembirikan pesalah melalui ‘method chemical castration’. Mungkin badan kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu membawa kembali penerangan komuniti mengenai pengajaran sivik dan adab baik kepada umum melalui television dan radio.

Gambar Syarief Nurlette
Solekan dan Dandanan Katt Ahmad / Luvly Touch
Lokasi B’york, G Village, Desa Pandan Kuala Lumpur
Pengarah Seni Wirda Adnan

Related posts

Sasha Bashir – Malaysia’s Vintage Queen. Rahsia Geroboknya Dikongsi Untuk Pertama Kalinya

admin

Perkahwinan Termahal, Termewah Di Dunia Putera Abdul Mateen dan Dayang  Anisha Rosnah

adminwm

Datin Saadiah Abdul Rashad Secantik Primadona Filem Melayu Lama

admin

Leave a Comment