GAYA HIDUPkesihatan

SPESIES BERNAMA RHUBARB

Kisah di sebuah pasaraya. Sedang saya memilih sayur-sayuran (tiada sayur tiadalah makan tengahari mahupun malam, pendek kata masakan sayur wajib di atas meja, tidak kiranya apa jenis sayur asalkan sayur, kekadang sehingga tiga hidangan sayuran.). Ya terserempak dengan teman Tionghua, “Ini you mesti selalu ambil?” sambil bercerita mengenai khasiatnya. Dalam hati nama pun asing bagi saya walaupun saya selalu nampak di pasaraya dan pasar biasa. 

Membeli cuma seikat, dalam kereta lagi saya tidak sabar ‘googles’ mencari spesies yang dinamakan Rhubarb ini. 

Rhubarb (Jawi: ‏روبارب‎‎) atau rawand (Jawi: ‏راوند‎‎; Rheum rhabarbarum) adalah spesies tumbuhan saka dalam keluarga Polygonaceae serumpun dengan kelembak (bahkan juga dinamakan sedemikian) dalam genus Rheum yang sama. Ia tumbuh daripada rizom yang pendek dan tebal. Daun-daunnya yang besar beracun tetapi batang-batangnya yang berisi boleh dimakan. Bunga-bunga kecilnya yang berwarna putih kehijauan atau merah mawar dikumpulkan dalam jambangan besar.

Nama rhubarb serapan kata bahasa Inggeris iaitu rhubarb yang berakar daripada kata gabung bahasa Latin rheubarbarum yakni “[tumbuhan] gasar Sungai Volga”.Tumbuhan ini asalnya hidup liar sepanjang tebing sungai tersebut di kawasan Rusia moden Eropah yang dahulunya dikenali dengan nama Rhā.

Penggunaannya

Rhubarb ditanam untuk tangkainya, walaupun secara tepat bahagian tersebut merupakan daun juga. Penggunaan tetangkainya sebagai makanan pertama kalinya tercatat di England pada abad ke-17. Batang-batang rhubarb dipotong secara kecil-kecilan kecil dan direbus bersama dengan gula sehingga ia lembut. Rempah-rempah seperti kulit kayu manis, buah pala dan halia boleh juga ditambah sebagai perisa tambahan. Rhubarb yang dimasak biasanya akan dihidangkan terus sejuk seperti sos epal, tetapi pektin juga boleh dimasukkan ke dalam campuran ini untuk membuat jem.

Ia biasanya akan dimasak bersama gula atau dijadikan inti pai dan pencuci mulut, tetapi ia juga boleh digunakan dalam masakan berlauk mahupun jeruk, dikeringkan ataupun dicampurkan bersama jus buah-buahan.

Air rebusan manis atau kompot rhubarb boleh dihidangkan sebagai minuman, terutamanya pada musim panas. Sayuran ini turut digunakan bagi membuat wain buahan. 

Akar rhubarb telah lama digunapakai dalam perubatan tradisional Cina sebagai bahan pelawas sejak beribu-ribu tahun lamanya.Penggunaan tumbuhan ini turut didapati pada perubatan zaman Pertengahan Arab dan Eropah. Akar rubarb merupakan ubatan Cina pertama yang diimport dari negara China kepada dunia Barat.

Manfaat Rhubarb yang Perlu Diketahui

Rhubarb (Rheum rhabarbarum) adalah jenis sayuran yang tumbuh di daerah pegunungan dan beriklim sedang, seperti Asia Timur, Eropa, dan Amerika Utara.

Inilah 6 Manfaat Rhubarb yang Perlu Diketahui - Alodokter

Daun rhubarb tidak boleh dimakan kerana mengandung racun dan asam oksalat yang tinggi. Oleh itu, bahagian daripada rhubarb yang dapat dimakan hanyalah bahagian batangnya saja yang berwarna kemerahan. Jika dicicipi, rhubarb akan memberikan cita rasa asam yang menyegarkan.

Nutrisi yang Terkandung di Dalam Rhubarb

Di dalam 100 gram rhubarb, terkandung sekitar 70 kalori dan beragam nutrisi berikut ini:

  • 18 gram karbohidrat
  • 1,5 gram serat
  • 0,8 gram protein
  • 14 gram gula
  • 75 milligram kalsium
  • 0,2 milligram zat besi
  • 10 milligram magnesium
  • 10–15 milligram fosfor
  • 230 miligram kalium
  • 5,5 milligram kolin
  • 5,5–6 milligram vitamin C

Rhubarb juga mengandung nutrisi lain, yaitu selenium, folat, vitamin A, vitamin B, vitamin E, dan vitamin K, walau jumlahnya sedikit. Sayuran ini juga mengandung antioksidan, seperti polifenol, antosianin, likopen, serta lutein dan zeaxanthin.

Manfaat Rhubarb untuk Kesihatan

Selain dapat dikonsumsi sebagai aneka hidangan, seperti salad dan tumisan, rhubarb juga dapat dikonsumsi sebagai tanaman herba. Berikut manfaat rhubarb untuk kesihatan tubuh:

1. Mencegah dan mengatasi sembelit

Makanan yang mengandung serat, seperti rhubarb, dapat membantu melancarkan pencernaan. rhubarb mencegah dan mengubati sembelit.

2. Memelihara kesihatan dan fungsi jantung

Rhubarb mengandung serat, antioksidan, serta vitamin dan mineral yang dapat membantu menurunkan kolesterol. Pelbagai kajian menunjukkan memakan rhubarb secara rutin dapat menurunkan kadar kolesterol jahat LDL sebanyak 9% dan kolesterol total sekitar 8%.

Penurunan kadar kolesterol dapat mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah akibat penumpukan kolesterol (aterosklerosis) yang dapat menyebabkan penyakit kardiovaskular. Selain itu, rhubarb juga mengandung kalium yang berperan penting untuk mengontrol tekanan darah.

Oleh kerana itu, rhubarb baik dikonsumsi untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan serangan jantung.

3. Menjaga kesihatan tulang

Kandungan kalsium dan vitamin K pada rhubarb bermanfaat untuk mendukung proses pembentukan jaringan tulang. Rhubarb diambil bagi menguat dan menyihatkan tulang, serta menurunkan risiko terjadinya osteoporosis.

4. Mengurangi risiko kanser

Salah satu manfaat rhubarb ia dapat mengurangi risiko terjadinya penyakit kanser. Kandungan antioksidan pada rhubarb diketahui bermanfaat untuk melawan radikal bebas, salah satu pemicu pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

5. Meredakan peradangan

Di beberapa negara, seperti Tiongkok dan Yunani, rhubarb digunakan sejak lama sebagai ubat tradisional untuk mengatasi demam dan akibat peradangan pada tubuh kerana rhubarb mengandung zat antiradang.

6. Menyihatkan mata

Rhubarb mengandung vitamin A dan antioksidan, seperti lutein, zeaxanthin, dan likopen, yang baik untuk kesihatan mata. Asupan di dalam rhubarb tersebut diketahui baik untuk mencegah kerosakan mata dan menurunkan risiko terjadinya penyakit pada mata akibat penuaan, seperti katarak dan degenerasi makula.

Selain pelbagai khasiat di atas, rhubarb juga dipercaya bermanfaat mempercepat proses penyembuhan luka, mencegah obesitas, serta membasmi bakteri dan parasit.

Sayangnya, pelbagai manfaat rhubarb tersebut baru diketahui melalui penelitian berskala kecil. Hingga saat ini, belum ada kajian terperinci bagi mengetahui lagi manfaat  rhubarb bagi kesihatan dan fungsinya sebagai pengubatan. Oleh karena itu, data terkait manfaat rhubarb bagi kesihatan masih perlu diteliti lebih lanjut.

Hal-Hal yang Perlu Diperhatikan Sebelum Mengambil Rhubarb

Selain mengandung berbagai-bagai nutrisi yang baik untuk tubuh, rhubarb juga mengandung kalsium oksalat, terutama di bahagian daunnya.

Awas jangan berlebihan, kalsium oksalat dapat menyebabkan hiperoksaluria, yaitu penumpukan kristal kalsium oksalat di pelbagai organ. Kondisi ini dapat memicu terbentuknya batu ginjal dan risiko terjadinya gagal ginjal.

Jika ingin mengambil rhubarb disarankan untuk membatasi asupannya agar tidak berlebihan dan hindari daun rhubarb yang mengandung racun. Jangan lupa pula untuk mengolah rhubarb hingga matang sepenuhnya agar kadar asam oksalatnya berkurang dan lebih sihat untuk dimakan.Sumber Wikipedia dan daripada tulisan dr. Kevin Adrian

Related posts

National Geographic Asia Launches Inaugural Planet Possible Day

admin

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

MIIOA Cipta Sejarah Perniagaan Online

admin

Leave a Comment