CANTIK

STEMEY PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN

Berikutan kejayaan syarikat STEMEY pada tahun pertama operasinya, syarikat pemasaran langsung milik tempatan melancarkan produk kedua, Dr Sys Hair Care, yang menggunakan teknologi revolusi ‘stem cell’ tumbuhan yang dipaten.

Mensasarkan peningkatan nilai industri kepada RM30 bilion pada 2028, industri pemasaran langsung adalah salah satu penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Dengan industri pemasaran langsung yang berkembang pesat, STEMEY, yang mula beroperasi pada 2021 dengan hanya satu produk sulung, telah memberi manfaat kepada lebih daripada 5,000 rakyat Malaysia melalui produknya dan sebagai sumber pendapatan. Syarikat ini juga telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM11 juta dalam 12 bulan pertama operasinya.

En. Edmund Chuah positif dengan pertumbuhan syarikat dan akan terus membuka peluang orang ramai untuk mengakses kepada teknologi dan inovasi ini.

Dengan pelancaran rangkaian Dr Sys Hair Care, Edmund Chuah, pengasas bersama STEMEY dan Ketua Pengarah Eksekutif STEMEY Malaysia, berkata bahawa syarikat itu menjangkakan pendapatan sebanyak RM18 juta dan pertumbuhan ahli sebanyak 50% pada  2023. STEMEY yang juga beroperasi di Malaysia, Korea, Australia, Singapura, Taiwan dan Jepun telah melaporkan pendapatan global sebanyak USD15 juta pada 2022 dan kini mempunyai lebih daripada 15,000 ahli. 

STEMEY menjangkakan jumlah ahli globalnya akan mencapai 30,000 dengan menjangkakan pendapatan sebanyak USD30 juta pada tahun 2023. Chuah berkongsi bahawa kejayaan STEMEY yang cepat dicapai daripada visi syarikat untuk membina perniagaan rangkaian yang berjaya melalui hubungan yang autentik. Dengan menawarkan produk yang terbukti berkesan dan terjangkau kepada pengguna melalui inovasi dan model perniagaan jualan langsung, kami telah memupuk keyakinan dalam ahli dan pelanggan kami bahawa mereka akan mendapat manfaat daripada STEMEY dari segi penjagaan diri dan juga sebagai sumber pendapatan.

Produk STEMEY  selamat dan sesuai untuk semua. Ia menggunakan empat teknologi teras yang dipatenkan iaitu ekstrak sel induk atau ‘stem cell’ tumbuhan, Lactobacillus Exosomes, Osmocell dan Peptida untuk mencapai hasil pembalikan penuaan bagi menyegarkan semula rambut dan kulit. yang meluas dan teknologi yang kos efektif, digabungkan dengan model jualan langsung, menafikan kepercayaan umum bahawa teknologi sel induk tumbuhan adalah sesuatu yang mewah dah mahal.

Rangkaian penjagaan rambut STEMEY yang bertujuan membantu pengguna mencapai keputusan klinikal di rumah dengan menggunakan teknologi berpaten.

Rakyat Malaysia kini boleh mencapai hasil estetik klinikal dengan menggunakan teknologi ‘stem cell’ tumbuhan ini di rumah dengan produk baru STEMEY yang terdiri daripada Syampu Krim Dr Sys Reset, Rawatan Rambut Dr Sys, dan Serum Rambut Dr Sys

CAPTION:

Dari kiri: En. Eom (Ketua Pegawai Eksekutif STEMEY Korea), En. Edmund Chuah (Ketua Pegawai Eksekutif

Global STEMEY), Pn. Erica Park (STEMEY Global Top Leader), Tuan Hj. Ahmad Khairuddin (Pegawai Khas YB

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), En. Brian Kim (Ketua Pegawai Teknologi STEMEY)

Related posts

Produk Kecantikan Ini Dihasilkan Daripada Ubat Herba Oriental Istana Korea Zaman Kuno

admin

 Lancôme Celebrates Every Woman

adminwm

My PITERA™ Story – Tangwei, Nini, Ayase Haruka and Chloe Grace Moretz

admin

Leave a Comment