GAYA HIDUPSANA-SINI

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

Kumpulan dUCk (dUCk) raikan sambutan hari lahir yang kelapan baru-baru hari ini! Bagi memperingati peristiwa ini serta perkembangan jenama yang berterusan, dUCk mengadakan pameran pop-up kapsul masa untuk dinikmati rakan-rakan dUCkies dan orang ramai di hadapan Fahrenheit 88, Kuala Lumpur sehingga Ahad, 29 Mei.

Bersempena acara yang meriah ini, dan aspirasi dUCk untuk terus mengejar impian untuk mengembangkan jenamanya, dUCk turut melancarkan koleksi hari lahir edisi terhad, The Infinity dUCk.

“Alhamdulillah, dUCk melangkah jauh sejak keluaran pertama kami pada 2014. Kami adalah antara beberapa jenama pertama yang memperkenalkan skarf berkualiti premium bagi meningkatkan gaya hidup wanita moden. Kini, dUCk merupakan jenama gaya hidup global yang menyediakan lebih daripada skarf dan busana, tetapi juga kecantikan, serta hiasan dalaman rumah dan produk gaya hidup, dan banyak lagi.

Bermula di butik kami di Pavilion Bukit Bintang, dUCk kini mempunyai sembilan kedai termasuk di Haji Lane, Singapura dan kafe & salon jenama dUCk. Tanpa sokongan dan kesetiaan berterusan daripada dUCkies, dUCk tidak akan mencapai kejayaan ini.

dUCk adalah jenama yang menyeronokkan, ekspresif dan memberi inspirasi, jadi kami percaya pameran pop-up dan koleksi The Infinity dUCk adalah cara terbaik untuk kami meraikan tahun kelapan kami, bersama-sama. InsyaAllah, banyak lagi yang akan ditawarkan dUCk. Kami berada dalam misi untuk memastikan fesyen yang berkekalan dan bertahan hingga ke infiniti dan dengan itu, kami berharap untuk terus menyokong komuniti dan pelanggan kami untuk menjalani kehidupan terbaik mereka,” kongsi Vivy Yusof, Pengasas Bersama The dUCk Group.

dUCk menghiasi Kuala Lumpur untuk ulang tahunnya yang kelapan dengan mempamerkan struktur binaan kotak dUCk bersaiz gergasi dengan paparan kapsul masa koleksi terhebat dan paling diingati dUCk selama ini. dUCkies dan orang ramai kini boleh mengimbau dan mengembara kembali ke dalam perjalanan dUCk masa lalu sambil merakamkan pengalaman menarik ini di ruang-ruang OOTD yang tersedia.

Antara koleksi yang akan dipamerkan di pop-up kapsul masa adalah:

  • The Blurred Lines, The Anniversary Edition – Salah satu koleksi terawal dUCk, diilhamkan oleh Louvre in Paris.
  • The World Map dUCk – Koleksi unik rekaan peta dunia, menghayati intipati #dUCktravels.
  • The Kaleidoscope dUCk – Salah satu koleksi yang paling mendapat permintaan dan dicari ramai, di mana dUCkies beratur selama berjam-jam hanya untuk mendapatkan koleksi yang cantik ini.
  • The Alhambra dUCk – Koleksi hari raya yang meraikan keindahan kesenian Islam yang habis dijual pada minggu pertama selepas dilancarkan.
  • Disney x dUCk – Mickey – Kerjasama antarabangsa pertama dUCk dengan media massa multinasional dan konglomerat hiburan, Disney.

Setiap tahun. dUCk tidak asing lagi meraikan ulang tahunnya dengan koleksi baharu. Tahun ini, dengan koleksi The Infinity dUCk, dUCk mengambil “8” sebagai inspirasi reka bentuk untuk koleksi kerana ia menandakan simbol infiniti dan cinta selama-lamanya bagi dUCkies terhadap jenama itu.  Koleksi Infinity dUCk menampilkan skarf edisi terhad, ‘Ready-to-wear’ (RTW) seperti blaus, beg dan barangan keperluan seperti tumbler dan buku nota.

Raikan ulang tahun ke-8 dengan koleksi The Infinity dUCk!

  1. Skarf Premium

Diperbuat daripada kain satin sutera signature dUCk, skarf The Infinity dUCk direka dengan gelung 8, dihiasi dengan topi hari jadi dUCk untuk meraikan ulang tahun bersama-sama.

  1. Blaus Sedia Untuk Dipakai

Untuk menghargai dan meraikan setiap dUCkie, blaus sedia untuk dipakai The Infinity dUCk ini mendapat sentuhan perincian dUCk kegemaran kami yang direka khas untuk fesyen yang berkekalan dan akan tahan lama.

  1. Beg

Dihasilkan daripada fabrik Juco mesra alam, Beg Beli-belah dengan cetakan gelung infiniti ini sememangnya memudahkan dan menambah keceriaan di majlis keraian anda! Material kalis air di bahagian dalam dan luar menjadikan ia sangat mudah untuk dibersihkan. Ia dilengkapi dengan poket dalam dan slot tumbler untuk memastikan bekas air anda dan barang keperluan sentiasa berada di tempatnya.

  1. Tumbler

Dibuat untuk menyimpan minuman sejuk dan panas, tumbler ini sememangnya memberikan anda lebih motivasi untuk kekal hidrat pada bila-bila masa.

  • Material: Plastik
  • Isipadu: 24oz / 600ml
  • Bebas BPA & PB
  • Produk ini mematuhi piawaian keselamatan makanan FDA
  1. Buku Nota

Perkara yang hebat berlaku apabila anda menulis cerita anda sendiri. Jom jadikan tahun ini, lebih indah! Buku nota kulit keras ini direka khas untuk anda mendokumentasikan detik terbaik anda sebagai sorang dUCkie.

Pastikan anda singgah di gedung pop-up dUCk sehingga 29 Mei untuk mendapatkan koleksi Infinity dUCk edisi terhad! Pengunjung gedung pop-up yang mengimbas QR code dan memuat turun aplikasi dUCk juga berpeluang untuk mendapatkan pelekat kereta edisi terhad.

Related posts

“Keyakinan datang bila saya mendapat restu dari ibu bapa…” – Nafiez Zaidi

admin

INFINIX NOTE 30 (X6716) TAKES HOME OUTSTANDING AWARD AT THE PARISDESIGN AWARDS 2023

adminwm

Wishlist Special: Cartier Objects

admin

Leave a Comment