GAYA HIDUPSIHAT

Tanya Dr. Edmond Oktober 2020

Saya Benci Tahi lalat

Dr. Edmond,

Saya dah bosan hidup bertahun-tahun dengan tahi lalat ini. Begitupun ia telah menganggu saya sekian lama, namun kebelakangan ini ia membuat saya lebih terganggu kerana saya akan bertunang tidak lama lagi. Saya ada beberapa tahi lalat yang agak besar dan ketara nampak. Memandangkan saya akan melalui satu moment penting dalam hidup saya, ia membuat saya semakin stres dan risau memikirkan bagaimana gambar-gambar pertunangan saya nanti dengan tahi lalat yang banyak di wajah.

Saya tahu mungkin bunyinya seperti saya membesar-besarkan keadaan, namun ia adalah satu kenyataan. Saya sudahpun berbincang dengan jurusolek dan dia berjanji untuk membuat kulit wajah saya nampak merata dan sempurna menggunakan teknik solekan istimewanya yang diakuinya mampu menutup tahi lalat saya supaya tidak kelihatan. Kenyataannya itu sedikit-sebanyak membuat kebimbangan saya agak reda.

Namun saya masih tidak begitu gembira kerana apabila solekan saya dibersihkan, wajah saya pasti kembali seperti sediakala. Untuk pengetahuan doktor dua daripada tahi lalat saya adalah aktif (saya perhatikan kedua-duanya semakin besar)dan tidak rata di permukaan. Saya tahu hampir mustahil untuk membuangnya namun saya masih berharap ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mencerahkan warna tahi lalat saya ini.

Apakah ada krim, pembersih atau barangan kecantikan yang boleh saya gunakan untuk membantu masalah saya ini? Seperkara lagi apakah ia ada kaitan dengan pemakanan saya? Atau saya telah melakukan rutin penjagaan kulit wajah yang salah. 

Cita Nasri, 29 Perak

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13108″]
[thb_gap height=”20″]

Sumber gambar: Google

[thb_gap height=”40″]

Cik Cita,

Tahi lalat yang tumbuh pada kulit adalah sama ada ia coklat atau hitam. Biasanya ia boleh tumbuh di bahagian mana saja kulit dan secara sendiri-sendiri atau berkelompok. Kebiasaannya tahi lalat muncul sejak seseorang itu di usia kecil dan dalam lingkungan 25 tahun pertama kehidupan seseorang. Sebab ianya berlaku tidak begitu difahami. Ia dikatakan disebabkan oleh faktor interaksi genetik dan kebanyakan terjadi kerana kerosakan kulit kesan pendedahan kepada cahaya matahari. Tahi lalat boleh berubah setelah beberapa tahun berlalu, sama ada ia menebal dari permukaan atau berubah warna. Kadangkala, rambut boleh tumbuh dalam tahi lalat. Sesetengah tahi lalat tidak akan berubah langsung sementara itu ada juga yang beransur menghilang ditelan waktu. 

Terdapat pelbagai jenis tahi lalat, dan sebahagian besar tahi lalat tidak merbahaya. Sekiranya anda melihat perubahan pada tahi lalat anda seperti warna, ketebalannya, ukuran atau bentuknya, anda patut mendapatkan pandangan doktor.

Anda juga patut memeriksa sekiranya tahi lalat anda berdarah, bernanah, gatal atau menjadi lembut serta terasa sakit. Jika doktor berpendapat bahawa tahi lalat anda perlu dibuat pemeriksaan lanjut, doktor akan lakukan biopsi dengan mencukur dan memotong bahagian tersebut supaya membolehkan dia memeriksa dengan lebih jelas melalui mikroskop. 

Tahi lalat jenis biasa tidak mendatangkan kemudaratan, cuma anda perlu membuangnya jika ia mengganggu perasaan anda. Namun demikian, jika ia membuat anda tidak selesa atau ia menjadi rengsa apabila bersentuhan dengan pakaian anda, membuang tahi lalat tersebut adalah pilihan terbaik. Bagi sesetengah tahi lalat, ia boleh saja dibuang menggunakan laser. Ia adalah satu kaedah yang pantas dan ringkas. 

Begitupun, tahi lalat yang rambang biasanya dibuang menggunakan kaedah pembedahan. Krim pemudar, pencerah, pembeku atau rawatan yang  menggunakan bahan kimia tidak merawat tahi lalat. Perlu ingat, terdapat juga tahi lalat yang muncul semula setelah sekian lama melakukan laser atau operasi tahi lalat. Ini adalah kerana sel-sel tahi lalat mungkin masih ada lagi dan boleh muncul ditempat yang dirawat atau bersebelahannya. Sesetengah tahi lalat lebih agresif daripada yang lain dan memerlukan rawatan tambahan dan tindakan lanjutan serta susulan.

Adalah penting untuk melindungi kulit anda daripada radiasi ultraviolet (UV), seperti matahari atau katil penyamakan (tanning beds). Radiasi UV kini dikaitkan dengan risiko melanoma. Kanak-kanak yang tidak dilindungi daripada sinaran matahari biasanya didapati mempunyai lebih banyak tahi lalat. Gunakan pelindung matahari yang berspektrum tinggi misalnya daripada SPF15 ke atas sepanjang tahun. Sapukan pelindung selama 30 minit sebelum keluar, walaupun pada hari mendung. Elakkan keluar kala panas terik (sinaran matahari adalah paling kuat pada 10.00 pagi – 4.00 petang.) Pakai topi lebar, lengan panjang dan pakaian berciri pelindung boleh membantu anda mengelakkan kulit daripada kerosakan kesan sinaran UV.

[thb_gap height=”40″]
Bulu Roma Lebat Seperti Gorila

Dr Edmond,

Saya mempunyai masalah berbulu lebat di bahagian badan juga pada bahagian muka. Ia meliputi seluruh tangan dan kaki, namun yang membuat saya berasa amat terganggu dan paling tidak suka ialah bulu roma lebat  pada wajah saya. Pada pandangan saya, ini adalah genetik (sila perbetulkan jika saya silap) kerana ibu saya berdarah campuran iaitu Melayu dan bapanya berdarah Pakistan. Untuk makluman doktor, saya ada dua orang adik dan kakak perempuan yang kedua-duanya berbulu roma lebat tetapi tidaklah selebat saya.

Saya bekerja di jabatan kerajaan dan saya berhijab, jadi bulu roma di tangan dan kaki saya memanglah tidak dilihat orang. Begitupun saya amat terganggu dengan keadaan berbulu roma yang lebat ini. Saya lakukan proses threading sesekali untuk wajah tetapi saya dah jemu dan bosan melaluinya malah saya tidak mahu melakukan itu buat selama-lamanya.

Doktor, apakah benar melakukan threading membuat bulu roma semakin kasar dan panjang? Adakah itu juga sebabnya saya perhatikan bulu roma saya semakin kasar dan panjang? Satu perkara lagi, apakah ia ada kaitan dengan pemakanan saya? Doktor saya harap doktor dapat membantu saya. Saya ingin tahu apakah ada rawatan yang boleh membantu atau setidak-tidak pun mengurangkannya. 

Saya dahului dengan terima kasih.

Myra Shadaq, 32, Kedah

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13106″]
[thb_gap height=”40″]

Cik  Myra,

Bulu roma lebat yang tumbuh pada wanita juga disebut sebagai ‘hirsutism’. Ia biasanya kasar dan berwarna gelap pada wajah, dada, bahagian bawah belakang, punggung dan kaki. Selain itu ia menunjukkan simptom seperti kulit berminyak, jerawat batu, alopecia dan perubahan suara juga boleh terjadi. Hirsutisme boleh terjadi pada seorang hingga ke tiga orang daripada 20 wanita yang belum mencapai menopaus atau putus haid. Selepas mengalami putus haid, perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh membuat bulu roma tumbuh lebih lebat dan kasar.

Hirsutisme terjadi kerana berlebihannya hormon yang dipanggil androgens atau berlakunya peningkatan sensitiviti terhadap androgens. Pada kebanyakan kes, ini disebabkan sindrom polisistikri (PCOS). Ini adalah kondisi di mana wanita tersebut mengalami pertumbuhan sista (kantung berisi cecair) di bahagian tepi ovari (sepasang organ reproduktif yang mengeluarkan telur dan hormon seks bagi wanita). Ramai wanita yang mempunyai PCOS mengalami ketidakseimbangan homon seks lelaki seperti kadar testosterone yang tinggi, begitupun tidak diketahui apa penyebabnya. 

Antara sebab-sebab lain hirsutisme ialah kerana penggunaan perubatan mengandungi steroid anabolik, hyperplasia adrenal kongenital, cushing’s syndrome, dan obesiti juga boleh menyebabkan berlakunya hirsutisme. Hirustisme Idiopathik melibatkan 10 peratus kes yang tidak mempunyai sebab ketara. 

Hirsutisme tidak boleh dirawat, namun terdapat rawatan yang boleh membantu mengawal kondisinya seperti:

a) Perubahan gaya hidup 

Sekiranya anda bermasalah berat badan, menurunkannya dengan diet berkalori rendah yang digabungkan dengan senaman sesuai dan sederhana boleh mengurangkan pengeluaran androgens.

b) Pembuangan Bulu Roma

Mencukur adalah cara paling cepat dan mudah begitupun  ia tidak melewatkan pertumbuhan bulu roma. Melilin, mencabut atau threading boleh mengurangkan pertumbuhan semula jika dilakukan dengan kerap namun ia sedikit sakit dan boleh meninggalkan parut atau radang pada folikal bulu roma. Pembuangan bulu roma secara laser adalah pilihan yang lebih kerana ia berupaya merosakkan bulu roma dengan mudah dan bertahan beberapa bulan sebelum tumbuh semula.

c) Perubatan

Sekiranya hirsutisme begitu berat dan amat menganggu kualiti hidup anda, mungkin anda memerlukan rawatan lanjutan seperti perubatan oral. Pil Oral contraceptives pi (OCP) seperti (Yasmin) boleh disyorkan. Kedua-dua jenis OCP mungkin mengambil masa hingga enam bulan untuk melihat hasilnya. Begitupun perlu diingatkan bahawa OCP boleh menyebabkan kesan sampingan seperti bertambah berat badan, payudara lembut, perubahan perasaan (mood), pening dan rasa loya. Terdapat juga kaedah lain bagi merawat hirsutisme, namun anda perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor untuk pilihan terbaik.

Sekiranya anda mengalami hirsutisme, berjumpalah doktor sesegera mungkin.

Hirsutisme sebenarnya adalah satu masalah yang biasa dan boleh dikawal dengan mudah. Selain mendiagnos hirsutisme dan memastikan sejauh mana seriusnya masalah anda, doktor akan cuba mencari sama ada ia disebabkan oleh masalah lain. Kemudian barulah doktor boleh memahami dan mengesyorkan kaedah rawatan yang sesuai buat anda dengan  lebih terperinci dan tepat.

[thb_gap height=”40″]
Penasihat Kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic dan Pembantu Profesor di UCSI University http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond melalui email editor-my@mwm.majalahwm.com atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

[thb_gap height=”40″]
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic dan Pembantu Profesor di UCSI University. Berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada UCSI University pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Siapakah Saya Percayai Untuk Melakukan Veneer Porselin Saya?

admin

Istimewa Ramadan: Lok-Lok Antara Menu Istimewa Di Hotel KL Journal

admin

Wanita Lemah Hanya Dalam TV! Anak Perempuan dan Ibu Berusia 50 Tahun Meluncur Dari Ketinggian 14,000 Kaki

admin

Leave a Comment