GAYA HIDUPSIHAT

Makanan Pesakit Kanser

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum. Kebiasaan pesakit kanser akan berasa lemah dan tidak bertenaga. Ini disebabkan kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Mereka memerlukan diet tinggi kalori dan tinggi protein bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Mengapa Protein dan Kalori Tinggi Diperlukan?

a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.

b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.

c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.

d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

Diet Tinggi Kalori dan Tinggi Protein

Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Contoh:

MAKANAN TINGGI KALORIMAKANAN TINGGI PROTEIN
  • Nasi Goreng/ Beriani/Lemak
  • Mee Kari/Bandung
  • Roti Canai/Roti Murtabak
  • Bubur Kacang/Jagung/Cha-Cha
  • Puding Bersusu/ Puding Karamel/Kek
  • Ais Krim/ Cendol/Abc
  • Sup Berkrim-Cendawan/Ayam
  • Susu Penuh Krim/Minuman Bersusu Dan Minuman Formula Khas
  • Ikan/ Ayam/Daging
  • Susu Dan Hasil Tenus
  • Telur
  • Kekacang Dan Hasil Kekacang

Seperti Kacang Dhal, Kacang Hijau, Kacang  Merah, Tauhu, Tempe Dan Lain-Lain.

Tip meningkatkan kalori dan protein dalam hidangan
  1. Tambah susu atau/dan gula dalam puding, telur hancur, lempeng dan ABC.
  2. Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.
  3. Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.
  4. Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.
  5. Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.
  6. Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
  7. Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman
  8. Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian mengikut kesesuaian.

 

Sumber: www.myhealth.gov.my
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button