GAYA HIDUPSANA-SINI

Nespresso Lancarkan Dua Kopi Edisi Terhad

 
Februari ini, Nespresso membawa pencinta kopi dalam pengembaraan mendekati asal usul kopi menerusi dua kopi Edisi Terhad baharu Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda.

Kapsul-kapsul baharu berkenaan mendapat inspirasi daripada kisah mempersonakan tentang asal usul kopi, memaparkan kopi dari Ethiopia yang merupakan tempat kelahiran jenis Arabica dan Uganda, salah satu daripada tempat asal jenis Robusta.

KISAH ARABICA – Kambing yang ingin tahu

Bawakan diri anda ke kawasan tanah tinggi silam di Ethiopia yang merupakan permulaan kisah Kaldi, seorang pengembala kambing. Pada satu hari, dia duduk di bawah kawasan yang teduh sementara memerhatikan kambing-kambingnya di padang. Keadaan yang panas telah menyebabkan Kaldi tertidur dan kambing-kambing tersebut berjalan lebih jauh.

Kumpulan haiwan ternakan tersebut kemudiannya ternampak dan mula memakan beberapa biji ceri merah yang dilihat di semak. Apabila Kaldi terjaga dan mendapati ketiadaan kambing-kambing tersebut, dia terus bergegas untuk mencari mereka. Didapati haiwan berkenaan melompat-lompat dan bergembira di sekeliling belukar misteri berkebaan. Berasa hairan dan ingin tahu, Kaldi kemudiannya memetik sebiji buah tersebut dan mencubanya sendiri. Seperti kambing-kambing itu, dia juga rasa gembira dan mula menari bersama haiwan ternakannya.

Seorang sami yang secara kebetulan berada di tempat yang sama, berasa sangsi melihat tindakan Kaldi dan kambing-kambingnya itu dan bertindak membakar buah-buah ceri merah berkenaan. Namun, apabila ceri-ceri itu dicampak di dalam api, aroma yang harum dan enak terhasil. Tertarik dengan apa yang dilihatnya, sami berkenaan mengeluarkan biji-biji merah itu daripada api, menghancurkannya dan menggabungkan serbuk yang terhasil dengan air untuk menjadikan minuman enak yang kita kenali pada zaman ini sebagai kopi Arabica.

KISAH ROBUSTA- Penghubung Ikatan

Untuk mengetahui tempat yang didakwa sebagai lokasi asal Robusta, kita kini di era silam Buganda yang kini dikenali sebagai Uganda.

Di sini, biji kopi Robusta yang amat bernilai merupakan sebahagian daripada ritual suci yang merapatkan hubungan kekeluargaan. Sebiji ceri kopi akan dipotong dan dua individu setiap seorang akan memakan salah satu daripada dua biji yang terdapat di dalam buah berkenaan. Dari saat itu, semangat daripada biji berkenaan akan menghubungkan kedua-dua keluarga dan warisan mereka buat selama-lamanya sebagai janji persahabatan dan kesetiaan.

Karsten Ranitzsch, Ketua Kopi Nespresso berkata, “Di Nespresso, kami tahu bahawa perjalanan kopi adalah sepenting rasanya. Menerusi penawaran kopi Edisi Terhad yang baharu ini, kami ingin membawa pelanggan ke pengembaraan silam tempat asal kopi. Kisah-kisah penemuan yang menarik ini merupakan asas terhadap minuman kopi yang kita dapat rasai pada hari ini dan membenarkan kami berkongsi rasa enak kopi Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda, dua rasa yang benar-benar menyerlahkan profil rasa wilayah mereka.”

RASAI KEENAKAN KOPI EDISI TERHAD

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kedua-dua kopi enak ini. Bagi penggemar Lungo, Arabica Ethiopia Harrar boleh dinikmati sebagai Espresso dan Lungo:

Arabica Ethiopia Harrar – Espresso lazat dengan rasa buah-buahan ranum dan bungaan segar yang memberi kehalusan yang tersendiri. 100% Arabica dari Harrar, daerah asal yang mengkomersilkan dan mengeksport kopi secara global.

Kekuatan: 5

Sukatan hidangan: Espresso (40ml) atau Lungo (110ml)

Robusta Uganda – Rasa manis dan memiliki ciri-ciri kakao yang kuat. 100% Robusta.

Kekuatan: 10

Saiz hidangan: Espresso (40ml) atau Ristretto (25ml)

Untuk memberikan kehidupan kepada cerita mitos kopi ini, Nespresso bekerjasama dengan pereka ilustrasi dari London, Mariana Rodrigues untuk mereka cipta sarung kapsul kopi tersebut.

Mariana Rodrigues menjelaskan: “Kopi baru daripada Nespresso benar-benar memberi inspirasi kepada saya terutamanya asal usul mereka. Apabila mereka cipta sarung tersebut. saya mahu memberi gambaran keceriaan kedua-dua budaya dan menghubungkan kembali dengan kisah kopi yang menarik serta warisan mereka.”

Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda boleh didapati untuk waktu terhad daripada Nespresso seluruh dunia, serta Pusat Khidmat Pelanggan Nespresso dan secara online di www.nespresso.com mulai 5 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah kopi dan perbezaan antara Arabica dan Robusta, layari https://www.nespresso.com/my.

Related posts

SneakerLAH

adminwm

Ganjaran RM1 Juta Menanti Pembeli-Belah

admin

Kempen Menceriakan Rumah

admin

Leave a Comment