DESPERADO

Dusta Cinta

 
14 Februari tarikh aku dilamar oleh lelaki bernama A. Aku menerima lamaran setelah dua tahun  mengenalinya. Mengenali yang aku maksudkan, daripada apa yang dia ceritakan kepada aku setiap kali berjumpa. Tidaklah sering aku berkesempatan berjumpa dengannya kerana lautan memisahkan kami, ya aku di Barat dan dia di Malaysia.

Sesekali bertemu memang amat menyeronokkan. Lagipun aku rindukan lelaki yang kelakar, yang bijak dan very caring. Dia juga menggembirakan aku dengan hadiah-hadiah, tidak mahal mana namun aku gembira sebab untuk aku mendapatkannya aku perlu berkerja keras. Cuti semesta aku kena bekerja untuk mendapatkan duit extra dan perlu ikat perut kalau hendak melawa.

Sesekali bertemunya juga dia bercerita tentang negara ibu dan ayah aku dilahirkan. Dan keindahan negara Malaysia yang cuacanya tidak terlalu panas juga tidak sejuk. Sebab di London bila musim sejuk mendatang, sejuknya sehingga ke tulang som-som. Aku benci memakai baju yang berlapis-lapis dan aku benci belum pun jam lima petang (di musim sejuk) aku sudah terpaksa balik ke rumah, sebab aktiviti musim sejuk amat terhad. Tambah katanya di Malaysia, orang boleh makan di luar sampai jam tiga pagi, kedai mamak ada yang dibuka sehingga 24 jam dan aku suka sangat makan roti canai dengan kuah dhal. Di kota London bukanlah tidak ada tetapi susah hendak cari dan mahal. Katanya roti canai harganya cuma 90 sen atau seringgit, aduh bestnya.

Tinggal di tengah kota London, sering sekali berjumpa orang Malaysia, pelajar terutamanya dan pegawai-pegawai tinggi serta ahli perniagaan. Papa bekerja dengan sebuah syarikat gergasi dan mama walaupun tidak bekerja tetapi sibuk dengan aktiviti kebajikan dan sebagainya. Aku dan kakak seperti anak-anak jiran lain perlu berdikari; makan sendiri, dan cuti mencari kerja untuk membayai aktiviti sosial kami khasnya. Duit kolej mana cukup, dan untuk survive di London jadi sales girl dan sebagainya… tetapi kami happy kerana boleh tahan pendapatan, tambahan tempat tinggal percuma. Lagipun waktu itu we are crazy over designers clothing jadi memang kalau hendak harap duit papa memang tidak merasa. Papa dan mama didik kami macam anak Mat Salih, “if you want extra money you have to work for it…” tapi kata papa… haram untuk kami bekerja di bar or club atau pendek kata tempat maksiat. So we end up working dekat restoran atau jurujual sambilan terutama pada musim sebelum Krismas, bila Sales dan mereka perlukan ramai staff.

Kisah cinta aku bermula

Satu ketika aku bekerja di sebuah gedung paling terkenal di London, Harrods. Aku bekerja di bahagian pakaian lelaki. Lelaki yang membeli belah pastilah yang kaya raya, kalau tidak mana mampu membeli di sini. Di sini selebriti-selebriti kelas A membeli, ahh kalau aku ini gila artis Barat memang ramai sudah aku bertemu. Bukan sahaja artis Barat, tetapi artis seluruh dunia. Mungkin artis Malaysia kurang sikit… sebab selalunya kalau ada yang datang dari Malaysia akan tanya, “Are you Malaysian? Masakan tidak, wajah aku wajah Melayu, aku boleh juga cakap Melayu tetapi tidak beberapa fasih (masa itu) tetapi bila cakap mat Saleh, slang sesangat. Itu yang buat orang Malaysia tercenggang, dan ada kata aku sombong, ada kata aku loghat, ada kata aku perasan dan sebagainya. Mereka tidak tahu, aku ini tidak lahir di sini dan tidak bergual sangat dengan orang Melayu, sudah tentu aku lebih fasih Bahasa Inggeris.

Kisahnya satu hari datanglah si lelaki ini, mencuba pelbagai baju dan pants. Biasanya sales girls kadang-kadang bila diminta sehingga masuk ke dalam bilik persalinan. Mengukur baju dan celananya. Tiba-tiba dia mengangkat muka, dan bertanya, “Muka awak rupa Melayu, orang Malaysia?” Aku menggelengkan kepala. “Oh sorry, tapi?”  “Saya Melayu.” “Hem, tadi tidak mengaku orang Malaysia?” “No I am not Malaysian?” “Oh…” tak pe lah, tetapi kemudian, mungkin bila dia mendengar aku bercakap dengan teman sales, dia merenung balik kepada aku dan berkata… “you live here long?” “Lahir di sini, bersekolah di sini.” Aku menjawab semua soalannya. My parents live here.”  

Itu sedikit ringkasan mengenai diri ku… yang aku ceritakan pada pertemuan pertama. Aku teringat dia membeli banyak juga. “for you only, what about your wife and children?” I can assist you…  “ “Tak pe… lain kali sahaja.”

Sudah tentu, cerita dia tidak masuk pun ke dalam kepala aku. People come and go. Ada juga orang Malaysia, Tan Sri Tan Sri, dan Datuk-Datuk… aku percaya mereka itu berpangkat dan ada juga Menteri dan isteri-isteri Menteri yang beli macam mahu membawa pulang satu department balik, banyaknya duit mereka. Ya, ada juga yang sombong, mungkin pada mereka apa kelasnya melayan budak jurujual, afterall we are just a salesgirls, muka pun plain Jane. Tidak mendatangkan manfaat melayan kami. Walaupun kami melayan mereka bagaikan Raja tetapi perkataan terima kasih pun tiada.

Jadi si lelaki ini pun aku layan macam yang lain, dan dia tanya, aku jawab, dia suruh aku kenakan butang baju aku kenakan, dia juga aku ukur pinggang aku buatlah…

Kurang dua bulan dia muncul lagi. “you’re still here?” Aku tersentak. Siapa pulak lelaki ini macam aku pernah kenal. Upp aku teringat dia, yang mulanya mengingatkan aku ini perasan dan mengada-gada cakap telor mat salih… dan kemudian minta maaf. Itu hari pertama aku memulakan semula kerja di sini sebab cuti semesta… lagipun aku hendak kumpul beli beli hadiah Krismas. Banyaknya kawan-kawan yang aku perlu beri hadiah.

You celebrate Christmas?” teringat dia bertanya kerana waktu itu kurang sebulan menjelangnya perayaan Krimas. “I am a muslim,” ringkas jawapan aku. “Jadi tak celebrate?” “Mestilah kena beli hadiah untuk kawan-kawan.”

Lunch break jam berapa, tanyanya?” Soon..” “Can I buy you lunch?” Aku diam… tidak biasa dipelawa oleh customer apalagi orang Malaysia. “I am serious, can I buy you lunch?” “Not here…” pendek jawapan aku.  Melihat kiri kanan untuk mencari siapa yang boleh mengikut aku pergi bersamanya. “Just nearby okay, I am not comfortable,  eating with stranger.” “Saya bukan stranger okay, I am your Malaysian friend. Anggaplah saya abang angkat awak, I am here on working trip. Seronok kalau dapat berkenalan.”

Kelakar lelaki ini, waktu singkat sejam itu, aku merasa seronok juga bersembang dengannya. “so you’re alone here… single or married? “ Dia menelan air liur, “you want to know more about me,” tanyanya. “ Yalah tidak baik keluar makan dengan orang berkahwin?”

“Eh… orang London pun fikir macam ini?” katanya ketawa. “Was married…” jawabnya ringkas. “Ada anak?” “Ada.” “Lagi awak nak tanya apa?” “I prefer you address me as Asya..” Ni Aishah or Asya?” “Whatever,” jawabku.

Begitulah selepas pertemuan pertama, dia datang lagi ke London. Aku sudah pun masuk ke kolej dan tidak bekerja kerana mahu lulus peperiksaan. Papa pun sudah marah kerana aku lupa yang aku masih belajar.

Pendekkan cerita, dalam masa dua tahun itu, dia berulang alik ke London. Aku mendapat tahu yang dia ni orang besar di Malaysia. Beza usia kami 15 tahun. Tetapi kerana dia kacak dan amat pandai bergaya dia nampak muda. Dan dalam diam aku menyedari yang aku suka padanya. Suka tidak bermaksud kahwin kan?  Apapun aku sudah rasa ada bunga-bunga cinta padanya… “Can I visit your parents?” “No….” panjang jawapan aku. “Why not?” “Sebab saya rasa, I am not the right person for you?” “I ada majik, I akan buat mereka sukakan I. Percayalah…”

Belum bercerita banyak tentang siapa papa dan mama, guess what? Dia sudah buat homework. Dan dipendekkan cerita, mereka telahk merancang pertemuan, rupanya mengenai business.  

Satu malam, papa dan mama memberitahu dia ada tetamu, Malaysian guests. Sibuk juga mama menyediakan makanan dan rupanya hanya berdua sahaja. Dua-dua lelaki. Aku terkejut yang datang Mr A, dan seorang lagi aku tidak kenal.  After dinner, (summer time), mereka menyambung sembang-sembang di taman.”

Papa dan mama memperkenalkan aku kepada mereka. “We met,” terus dia memberitahu papa. “Di mana?” “Harrods… “ Dan papa mengajak aku berbual bersama…”Anak-anak kalau tidak diajar berkerja, jadi malas,” teringat kata papa.

Pendekkan cerita lagi, walaupun selepas itu jarang bertemu tetapi dia sering menghubungi… dan ya pada 14 Februari,  dia melamar aku. Masa itu dia di London. Tiga hari selepas itu dia datang ke rumah… aku terkejut kerana papa dan mama merestui perhubungan kami ini.  Majlis pernikahan ringkas, dan kemudian diadakan majlis resepsi di sebuah hotel. Ramai kenalan papa dan mama dan kawan-kawannya juga.

“Ke mana suami berada, isteri mesti ikut serta.” Itulah perkataannya selepas kami bernikah. “Meaning, saya kena ikut balik ke Malaysia?” “Ya…”

Dalam beberapa tahun sebagai isteri, barulah aku mengenalinya dengan lebih dekat. Still very gentle tetapi not quite a gentleman. Mengapa aku berkata begitu? Sebab banyak yang dirahsiakan daripada aku. Katanya sudah bercerai, betulke kerana macam tidak aje. Anak-anaknya masyaAllah cepat sangat mereka menghidu perkahwinan kami. Dan aku mula mendapat layanan tidak mesra daripada mereka. Sakitnya jiwa aku, pernah sekali aku dalam diam terbang ke London. Tidak memberitahunya kerana aku masa itu diserang oleh dua anak lelakinya. Mereka bilang aku rampas daddy mereka daripada mummy mereka. Aku sakit hati, dan pack baju, terus ke airport… cari connecting flight ke London. Masa itu I don’t care, kalau tiada penerbangan terus, aku sedia menunggu berjam-jam di mana sahaja asal aku keluar dari Malaysia.

Gosh tetapi dia ni private investigator ke? Cepat dia menghidu, dua hari di rumah papa, papa bertanya, “You run from home?” Ingat awak sudah menjadi isteri, apa pun yang terjadi, papa tidak boleh mendengar cerita satu pihak. Your husband is coming to fetch you.”

Seminggu kami duduk di hotel lima bintang… setelah beberapa tahun rasanya layanan yang ini paling istimewa. Katanya dia akan memastikan perkara sama tidak berulang lagi. “Abang pastikan mereka tidak ganggu hidup sayang okay. Biasalah anak-anak mana suka papa mereka ada isteri, dan cantik pula, dan muda pula.”

Aku mahu dia mencari rumah di London untuk aku tinggal di sini sahaja. Dan permintaan aku diterimanya, dia mencari rumah sewa. “soon I will buy you one… abang promise. And promise me you have to be at my side always, meaning you have to live in Malaysia. Dan di mana abang berada, di situ abang mahu isteri abang bersama.”

Itu cerita lelaki yang bijak dengan kata-kata. Dan kata-katanya hanya manis di bibir. Dua anaknya tidak sesenang hati melihat daddy mereka punya isteri muda, dan sang isteri (oh bekas isteri, itu suami mengesahkan yang dia memang sudah lama melafaskan cerai dan tidak tinggal sebilik lagi, kalau dia pulang ke rumah mereka. “I have my private room, sayang, abang tidak lagi bersamanya lagi, percayalah.” “Then, why are you still visiting them, spending your time with your ex?” “Itulah yang Sayang tidak kenal, abang ada anak… dan abang tidak boleh tinggalkan mereka begitu sahaja. “

Papa dan mama, akhirnya berhasrat untuk pulang ke Malaysia terus. Lagipun papa mendapat tawaran lebih besar, dan within a short period, papa dan mama sudah pun berpindah ke Malaysia. And what about their property? Kata papa, dia hanya simpan satu kondo sahaja, yang lain dia mahu jual.

Bagaimana dengan rumah sewa kami di London?” Bijak suamiku, katanya sementelah papa dan mama juga tidak tinggal lagi di sana, dia pun tidak mahu menyewa lagi, it’s a waste. Lebih baik kita tinggal di hotel sahaja bila di London…”Maknanya, seluruh hidup aku akan terus menetap di sini. Memang aku tidak suka dengan perubahan hidup ini tetapi aku ini isteri orang. Yang lebih sedih, kami tiada anak, aku cuba, dan bermacam-macam aku buat, tetapi membazir duit sahaja. Dan aku stop pada usia aku mencecah 40 tahun. Aku redha Allah tidak mengurniakan aku anak, Dia pasti ada yang lebih baik untuk aku, mungkin di hari kemudian. Itu semua rahsia yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Datuk A yang aku kenal bukan main menjadi-jadi… dan rasanya aku sudah tidak dapat mengikuti perkembangannya. Ramai bercerita, dia pun menyimpan perempuan. Oh siapalah perempuan itu, sanggup menjadi perempuan simpanannya?  Aku pula, tidaklah alim mana, tetapi perbuatan menyimpan mistress membuat aku sangat marah. Kata aku pada kawan-kawan aku, kalau isteri tahu suaminya buat maksiat, dia mesti hentikan dan kalau suaminya  hendak kahwin lagi, wajib dia membenarkannya.

Sudah tentu kawan-kawan tidak boleh menerima keadaan aku dimadukan. “Kalau aku, biarlah dia yang bergelumang dengan dosa,” kata mereka. “Asal dia tidak mendua, atau mentigakan kamu?” “What is his status over there?” Mereka refer pada wanita yang telah memberikan dia lima anak… dua lelaki dan tiga perempuan. Sebenarnya masa aku kahwin dulu, langsung  tiada cerita yang anaknya lima. Aku tahu dia ada anak, ingat dua lelaki itu sahaja tetapi dia pandai berbohong, daripada dua jadi tiga, jadi empat dan lima. Oh ya, sebelum aku pun dia ada kahwin seorang tetapi yang ini betul-betul bercerai. Aku diberitahu oleh seorang kawan yang dia mengahwini perempuan itu kurang setahun…. Dan masa itu dia sering berulang alik ke London…. Jadi pendekkan cerita dia mengorat aku masa dia masih berkahwin dengan isterinya yang satu lagi tetapi mereka bercerai belum pun usia perkahwinan masuk setahun.

Pada aku dia berdusta. Berjanji, ya seribu janji tetapi apa yang dilakukan terhadap cintanya? Kerana pangkat dan wang menguasai hidupnya. Dia membeli cinta dengan wang ringgitnya. Dengan aku yang ‘bodoh’ ini barangkali dia mudah menggunakan aku. Aku pula cepat lembut hati, entah beberapa kali aku disakiti, olehnya, ‘bekas’ isteri dan anak-anaknya. Pernah aku terpaksa keluar dari pintu belakang sebuah majlis kerana tidak mahu majlis orang bertukar jadi gelanggang carut mencarut anak dan isterinya. Aku malu. Aku bukan perampas, aku bukan seperti yang dikatakan oleh mereka. Aku tidak senang dengan maki hamun tetapi aku juga tiada tempat berteduh. Aku kena juga duduk di bawah bumbung rumah aku ini. Ya aku dibelikannya sebuah banglo, diberikan dua kereta dan disediakan pembantu dan pemandu. Tanya kawan-kawan, apa yang aku mahu lagi? And he gave me money, kalau akum ahu lari pun ke mana. Mama dan papa pun sudah pencen… and daddy is one kind of person… dia tidak mahu campur urusan rumah tangga kami. Kata mama, dia tidak mahu menanggung dosa. Ya dosa besar kalau mama dan papa suruh kamu bercerai. “You live with it.” Aku benar-benar tidak faham, bukankah aku ini disakit hati dan perasaan?” Dan kenapa mama dan papa senang sangat dengan jawapannya tidak mahu masuk campur dengan urusan anak mereka. Tetapi anak mereka menderita? Tidaklah mereka harus menyelamatkan aku?

Aku mendapat tahu suamiku berkahwin lagi. Hah yang ke berapa? Aku tidak tahu,  tetapi aku sebenarnya sudah tidak kisah lagi. Biarlah dia hendak kahwin sebanyaknya, aku tidak mahu ambil tahu.

 

Related posts

Sahabat Ajaklah Aku Ke Jannah

admin

Mengaku Bujang dan Graduan Universiti, Rupanya Penganggur

admin

Dua Kali Menjanda Dengan Orang Sama

admin

Leave a Comment